Wednesday, January 21, 2009

Bukan Mati Katak

Petang tadi kat ofis diadakan ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazri Chik dari BIMB. Tajuk asal ceramah ialah Hijrah Rasulullah & Pengajarannya. Namun Ustaz bijak menukar topik untuk membincangkan permasalahan Palestin dan hubung kaitnya dengan hijrah. Isu Palestin bukan sekadar masalah kebangsaan Palestin bahkan ia sebenarnya adalah persoalan agama umat Islam seluruhnya. Bumi Palestin adalah bumi para ambiya para nabi. Dan Nabi Muhammad SAW adalah penghulu segala nabi. Maka di situ ada hubung kaitnya. Ia kiblat pertama umat Islam. Rasulullah sendiri lebih banyak mengadap ke Palestin dalam solatnya sepanjang hayat baginda. Apa tidaknya, perintah Allah untuk berkiblatkan Kaabah di Masjidil Haram hanya bermula pada bulan ke 18 selepas Hijrah Rasulullah ke Madinah dari Kota Mekah.

Masyarakat Islam hari ini kadang konfius dalam mengutuk musuh sebenar dalam isu Palestin ini. Ada yang kutuk Yahudi. Ada kata Israel dan ada kata Zionis. Ustaz menjelaskan masalah hari ini sebenarnya dengan Zionis dan mengajak kita mengenal sejarah dalam membezakan siapa golongan ini. Bumi Palestin ini adalah bumi Nabi Ibrahim. Dari keturuan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ishak, lahirlah Nabi Yaakob yang mana dari salasilah inilah lahirnya Bani Israel dan semua Nabi2 Allah kecuali satu. Iaitu Nabi Muhammad SAW yang lahir dari salasilah seorang lagi anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail. Keturuan Bani Israel ini terbahagi kepada 12 kumpulan. Salah satunya ialah Yahudi, anak kepada Yahuda. Yahuda inilah yang dulunya bercadang membunuh adik bongsunya iaitu Nabi Yusuf dengan meninggalkannya dalam sebuah telaga buta. Maknanya Yahudi ini memanglah dari salasilah keturunan yang kejam dan jahat.

Selepas berhijrah ke Madinah, Rasulullah telah membuat sebuah perlembagaan (adminstrative law) yang di iktiraf oleh barat sebagai perlembagaan pertama di dunia yang ditulis oleh manusia. Namun bangsa Yahudi telah melanggar segala perjanjian dengan Rasulullah. Ustaz menyebut, sebanyak 38 perjanjian telah dimungkiri oleh Yahudi ini. Dalam perang Al-Ahzab Yahudi telah melobi puak Quraish dan Kristian untuk menyerang Rasulullah. Tabiat Yahudi untuk melobi kuasa2 besar kekallah hingga ke hari ini. Perdamaian dengan Yahudi ini adalah tidak mungkin. Perjanjian dengan Rasulullah pun dilanggar inikan pula dengan manusia biasa. Yahudi ini golongan yang dimurkai. Nabi pun tidak dapat menjinakkan mereka.

Semasa pemerintahan Umar Al Khatab, Yahudi di usir keluar dari Palestin. Pesannya sambil memegang kunci Baitul Maqdis "Kita kaum yang Allah muliakan kerana berpegang kepada Agama Allah". Seterusnya beliau berpesan "Kita hanya akan maju dengan memahami Islam".

Kalau hak agama pun kita tak boleh jaga, maka jangan harap kita dapat menjaga hak-hak yang lain. We must ensure everything we do is within the compound of Islam. Dalam Perang Salib pada 2 Oct 1187 di bawah taklukan Sultan Salahuddin Al Ayubi sekali lagi Islam menguasai bumi Palestin. Tentera2 di barisan depan adalah dipilih dari kumpulan tentera yang ahli ibadah di malam hari. Itulah zaman keagungan Islam di bawah pemimpin yang memahami Islam.

Yahudi ini ahli kitab yang percaya kepada tuhan yang satu. Yahudi menerima Nabi Muhammad sebelum nabi lahir tetapi apabila didapati baginda bukan dari keturunan mereka maka mereka tidak dapat menerimanya malah berusaha membunuh baginda. Bagi Yahudi, umat manusia lain tidak sama taraf dengan mereka dan membunuh nyawa orang lain ibarat membunuh binatang sahaja. Yahudi ini bangsa yang tidak mahu di terima dunia. Hitler mahu membunuh semua mereka namun meninggalkan sedikit untuk menjadi bahan sejarah. Yahudi menjadi 'burden of Europe' dan diminta berambus dari Eropah. Yahudi memasuki kembali Palestin selepas Perang Dunia Kedua di tahun 1940an dari selatan Rusia.

Zionis baru terbentuk pada tahun 1897 di Bukit Zion. Persatuan Zionis Antarabangsa telah diwujudkan dan memiliki prinsip2 panduan. Antaranya menguasai balik Palestin, menubuhkan Israel Raya, menguasai ekonomi dunia melaui sistem riba, menguasai media termasuk dunia hiburan dan muzik. Zionis ini bukan setakat dari bangsa Yahudi semata, bahkan sudah merebak dan tidak mustahil ada antaranya dari bangsa melayu sendiri. Ciri2 Zionis sudah diserap ke merata-rata maka berjayalah mereka untuk menguasai dunia ini.

Maka tidak pelik lah kalau kita tengok dalam krisis Gaza hari ini, yang menjadi talibarut Zionis ini ialah pemimpin2 Arab sendiri, yang menutup sempadan dan menyekat bantuan antarabangsa, menjadi agen Zionis. Malah pada minggu lalu ada seorang pegawai berkelulusan Kolej Agama di pejabat saya membuat sebuah komen yang bagi saya menunjukkan kecetekan ilmu dan kerendahan akhlak atau penerapan ciri2 zionis itu sendiri, katanya "Masalah Palestin ini adalah masalah yang depa cari sendiri. Buat apa kita nak ambik peduli. Ramai yang di Palestin itu bukan Muslim pun". Pihak Inggeris sendiri tidak akan meninggalkan negara2 jajahan mereka melainkan setelah memastikan ianya diwarisi oleh pemimpin2 yang mewarisi ideologi Inggeris.

Percayalah kepada janji Allah bahawa orang Islam akan menguasai kembali bumi Palestin dan menghancurkan Yahudi. Hanya satu penyelesaian iaitu keberanian mati syahid dan Intifadah. Itulah yang digeruni Zionis terhadap Hamas. Mereka tidak gentar kepada Fatah yang ibarat buih dan boleh dibeli. There is no such thing as Muslim but not a practice Muslim. Kerana not a practice muslim itu adalah kafir. Perjuangan rakyat Palestin melawan kekejaman Zionis untuk mempertahankan tanahair mereka sendiri bukan perjuangan mati katak tetapi fardu ain mempertahankan negara. Dan mati mereka adalah mati syahid yang ganjarannya Syurga Allah.

Bagaimana yang harus kita rasa apabila membicarakan senario di Palestin? Kita patut merasa sakit di seluruh badan kerana penderitaan saudara kita menanggung kekejaman Zionis. Mereka itu ayah ibu kita. Anak2, adik-berdik dan saudara-mara kita. Muslim itu bersaudara. Fahamilah Islam untuk maju. Didiklah anak2 kita untuk memahami Islam. Fahamilah siapa musuh orang Islam. Seorang ibu di bumi Palestin berpesan kepada anaknya yang berusia 17 tahun "anakku, jangan engkau pulang berjumpa aku kecuali dalam keadaan syahid". Pesan Rasulullah SAW, tiada lagi hijrah kecuali jihad dan niat iaitu keazaman untuk mempertahankan agama Allah. Tepuk dada tanya Iman !!

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...