Wednesday, January 07, 2009

Bumi Jihad

Teringat saya tazkirah maghrib minggu lepas oleh Ust Azhar dari UM, katanya Bumi Pelestin itu adalah tempat terpilih oleh Allah untuk menjadi Bumi Jihad tempat pergolakan dari dulu lagi, kini, dan hingga selamanya. Sesungguhnya penduduk Palestin yang bermandi darah selama ini dengan kekejaman rejim Zionis Laknatullah itu adalah hamba2 Allah yang terpilih dan beruntung untuk menghadapi Syahid, yang balasannya di akhirat nanti ialah tidak lain bahkan Syurga yang penuh kenikmatan. Kesengsaraan sementara di dunia yang fana di Bumi Jihad itu bakal menobatkan kebahagiaan berkekalan di Syurga Allah.



Dalam blog Ust Nik Abduh http://nikabduh.wordpress.com dinyatakan bahawa Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.


Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing - masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga - tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya.


Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri. Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya. Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.


Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.


Saya membaca The Sun hari ini dinyatakan sejak serangan Israel terhadap Gaza yang bermula pada 19 Dec yg lalu, sudah meragut 629 nyawa dan 2,700 yang lain cedera. Sudah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk membantu sedaya yang mampu saudara kita di Palestin. Bantulah walaupun dengan wang ringgit, tenaga, harta-benda, sebaran maklumat, protes, demonstrasi, doa dan munajat. Jangan sesekali hanya berdiam diri seolah2 tiada apa yang berlaku. Ust Azhar menyatakan janganlah kita mengharap umat Islam untuk bersatu dan bertindak ke atas Israel. Kerana umat Islam hampir mustahil untuk bersatu dulu, kini dan selamanya. Usahlah menaruh harapan untuk itu. Kita lakukan sedaya kemampuan kita untuk membela Bumi Jihad itu dengan cara kita masing2. Usah ditanya apa orang lain buat, tanya apa yang aku sudah buat?


No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...