Sunday, January 04, 2009

SAMT KKB

Kejap lagi saya sekeluarga akan ke SAMT-KKB (Sek Agama Men Tinggi Kuala Kubu Bharu) untuk menghantar anak kedua kami 'Kakak' yang akan melanjutkan pelajaran di Tingkatan 5 pada tahun ini. Tinggal lah anak ketiga kami terkonteng-konteng kat umah, yang akan memulakan persekolahan tingkatan 2 di SMK-BS. Abangnya sedang menjalani PLKN di Perak selama 3 bulan.

Kakak dok banyak melepak kat umah bersama internet dan sms nya sepanjang 2 bulan bercuti ini, maka mulai hari ini around 2pm no more internet 'chatting & posting' and no more handset 'sms addiction'. Kakak setuju meninggalkan hobi nya itu demi mission yg lebih mencabar pada tahun ini dalam persediaan dan pendakian ke kemuncak menuju SPM 2009 ini. No more fooling around. This is the real thing. The special year that needs dedication and hard & smart works. Kakak know that.

Semalam saya kind of lecture Kakak supaya sedar akan cabaran tahun ini di mana usaha studi secara konsisten merupakan habit yang baik. Usaha supaya ada peningkatan dalam pembelajaran dan peak at the right time, SPM exam. Ibarat air yg menitik setitik demi setitik setiap hari bisa mengesankan batu yang keras, begitulah jua usaha yg berkekalan mulai hari pertama persekolahan hinggalah bulan oktober nanti bakal membuahkan natijah yg manis, iaitu 11A dalam SPM 2009, insyaAllah. Istiqamah dalam studi dan beribadah.

Teringat saya tazkirah yg di ikuti suatu masa dulu iaitu perlakuan sujud dalam solat itu yang berjumlah 34 kali sehari semalam dan perlakuan rukuk yang berjumlah 17 kali sehari semalam pada solat fardhu itu adalah rutin konsisten dalam ibadah, menghambakan diri, meletakkan dahi di tanah tempat paling bawah, untuk menyembah Allah Yang Esa, yang Maha Tinggi Kekuasaan-Nya. Tidak lain bahkan untuk mendidik hati secara konsisten akan kehambaan kita. Untuk mendambakan pengharapan yang tinggi akan restu dan hidayah Allah demi untuk berjaya dalam apa jua tugasan dalam misi kita di muka dunia yang fana ini. Semoga kejayaan dan habuan yang kita kecapi itu bisa memberi kita bahagia dan kesenanagan bukan setakat di dunia malah yang lebih utama kekal di akhirat nanti.

Tempoh hari saya ada bertanya Kakak apakah azam tahun baru beliau. Kakak berazam untuk solat fardhu di awal waktu, solat sunat hajat dan solat sunat taubat pada setiap malam jumaat, dan elakkan bercakap perkara yang sia-sia. Papa dan mama doakan supaya dipermudahkan segala urusan Kakak, di jadikan segala kegiatan Kakak sebagai ibadah kepada Allah, dan di berikan Allah kejayaan dunia & akhirat. Amiin.

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...