Thursday, October 02, 2008

Raya Lagi Kita Tahun Ini

Ramadhan sudah berlalu. Maka kita semua bergembira di Hari Raya, tanda kemenangan perjuangan melalui madrasah Ramadhan yang membasuh tubi diri menjadi insan yang elok dan bersih. Semoga berjaya. Berjaya untuk menjadi insan yang lebih baik. Berjaya mencapai output bermutu selepas menjalani satu proses 30 hari itu. Dan semoga kebaikan ini di teruskan pada bulan Syawal dan seterusnya sehingga ketemu lagi Ramadhan di tahun depan untuk di servis di overhaul lagi. Itu pun kalau ada lagi kesempatan dan umur panjang. Bukankah ini Ramadhan terakhir kita?

Alhamdulillah ibadah Qiyamullail berjaya saya teruskan without fail pada 10 terakhir Ramadhan sekitar 4:30am sebelum bersahur. Semoga saya berjaya mendapat rahmat Allah, keampunanNya dan pembebasan dari api nerakaNya sehingga melayakkan saya ditempatkan di dalam kelompok hambaNya yang layak mendapat nikmat Syurga. Itulah pengharapan kemuncak di akhir Ramadhan ini.

Hari Raya semalam saya mulakan dengan solat subuh dan mengaji sekadar dua lembaran. Azam saya untuk tidak bertangguh lagi dalam mengaji ini. Kalau ada slot sekadar 5 minit sambil menunggu wife atau anak2 bersiap2 untuk berjemaah atau selepas solat sunat qabliah semasa menunggu bilal di surau iqamah, maka saya akan mengaji InsyaAllah.

Semalam semasa beraya di rumah Hj Kamaruddin, banyak ilmu yang telah dikongsikan. Salah satunya ialah kita ini perlu sangat menguatkan pertahanan dalaman diri dengan mendampingi Al Qur'an. Kerana di sana ada pelbagai penawar dan ubat untuk setiap penyakit dan masalah. Katanya untuk permulaan beramal lah dengan beberapa ayat khusus, jangan terlalu banyak sangat takut tak istiqamah atau tak fokus. Ayat Kursi is a good start. Mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan berniat "Ya Allah aku ingin beramal dengan ayat Kursi ini dan mohon perlindungan Mu dari gangguan nafsu, syaitan, iblis, jin aprit, manusia, dan segala makluk Mu yang berniat jahat dan tidak baik kepada aku sekeluarga".

Teruskan bacaan ayat Kursi itu dan setelah habis kita kena save it. Macam buat file MS Word la kan lepas habis menaip tu kena save. So dalam folder kita dari sebuah file akan berkembang hingga beratus atau beribu files nanti. Konsep sama juga dalam pertahanan atau pendinding dengan ayat2 Allah ini. Selepas bacaan tadi maka kita tarik nafas dalam2 dan kita telan (bersekali dengan air liur) seolah2 meneguk air cincau semasa berbuka tu. Itulah proses menyimpan atau menyetor ayat2 Kursi tadi ke dalam diri kita ini. Buatlah rutin ini pada setiap kelapangan. Jadi bacaan2 kita tadi tidak hanya sekadar berlalu persis bayu bertiup setiap kali selepas membacanya, tapi kita savekan untuk nanti kita guna atau open balik satu masa nanti. Itulah rahsianya dan berdoa sentiasa memohon perlindungan dari Nya. Untuk pengetahuan, Hj Kamaruddin ini adalah anak murid dan juga besan kepada Ust Dr Dato' Harun Din. Beliau adalah tenaga penting Darul Syifa dan sering memberi khidmat kepada masyarakat terutamanya dalam perubatan ilmu hitam dan gangguan makhluk halus. InsyaAllah cubalah kita sama2 amalkan.

Semasa solat Raya di Masjid Al Salam bersama ribuan umat Islam macam biasalah masjid melimpah ruah dengan jemaah tidak cukup dengan setiap inci kaki lima malah beberapa khemah besar di sisi masjid juga penuh belaka. Saya perhatikan warga Bangla ramai sungguh melebihi warga Indon. Tanggapan saya depa ni pekerja2 kilang di sekitar pekan ini di samping sebahagian besar warga Vietnam yang sudah jadi pilihan utama majikan2 di sini. Orang tempatan mungkin dah tak minat kerja kilang ni atau depa lebih suka dok lepak saja tak taulah pulak, di samping warga asing ini mungkin masih jauh lebih murah kot. Yang herannya masa solat jumaat tak ada lah pula saya notis sangat kehadiran mereka ini. Hmmm....mungkin solat raya yang sunat ini lagi penting dan signifikan berbanding solat wajib Jumaat itu.

Di hari raya pertama ini isteri saya menyediakan juadah satay ayam 2 ekor, satay daging 1.5 kg, ketupat segera, kuah kacang, rendang ayam, agar2 dan pelbagai biskut raya. Anak saya Amir dan Iman yang tolong bakar satay. Anak saya Farihin pula fokus buat rendang. Pada Hari Raya kedua pula, juadah nasi dagang berlauk gulai ikan tongkol (aya) dan telor menjadi pilihan. Isteri saya memang power dalam juadah2 ini dan sering mendapat pujian teman2 yang berkunjung ke rumah kami. Alhamdulillah rumah kami meriah dengan kunjungan jiran tetangga, sahabat handai dan saudara mara.


Berbalik kepada Hj Kamaruddin dan isterinya Hjh Asmah. Mereka ini adalah insan2 yang Alhamdulillah di kurniakan Allah rezki yang murah dan merupakan pemilik bisnes yang berjaya. Dengan rezki itu di salurkan pula ke jalan Allah dan istiqamah dalam berdakwah dan kerja2 kebajikan. Hjh Asmah umpamanya menyampaikan kuliah mingguan di rumahnya setiap hari Khamis kepada muslimah2 di sekitar kawasan ini di samping menjadi tenaga pengajar di kelas2 pengajian di surau2. Hj Kamaruddin dan isteri begitu ramah melayan saya sekeluarga dan antara topik yang di sentuh ialah pengalaman2 beliau semasa merawat pesakit2 yang dirasuk makhluk halus. Namun di sini saya ingin menyentuh usaha dakwah mereka. Bukankah kita pernah dengar bahawa usaha dakwah ini menjadi tanggungjawab semua, bukan sekadar tertanggung kepada ustaz2 dan ulama semata. You and me adalah bertanggung jawab dalam usaha dakwah dan akan di soal di hadapan Allah nanti. Pernah dengar kan?

So far pasangan ini telah berjaya meng Islam kan 9 orang. Katanya yang latest ialah seorang berbangsa Benggali, dan kini menjadi adik angkat mereka. Mualaf ini perlu di beri guidance dan support, sebagai contoh pasangan ini pagi tadi personally pergi menjemput mualaf ini untuk sama2 mengerjakan ibadah solat sunat idil fitri kerana ini adalah pengalaman pertama saudara baru itu untuk mengerjakan ibadah ini. Gambaran dalam kepala saya Hj Kamaruddin dengan memandu Merc 300 series latest model itu berkunjung ke sebuah low cost flat tempat kediaman Benggali itu demi usaha dakwahnya dan membimbing saudara baru ini begitu mengharukan dan earn my respect.

Bila saya bertanyakannya bagaimana untuk berdakwah mengajak non-muslim kepada Islam ini, how to break the ice, Hj Kamaruddin mengambil contoh semalam semasa pergi ke kedai kunci di Pasaraya Grand Union dia berurusan dengan seorang berbangsa cina. Jadi dia menegur "awak banyak bagus cakap melayu". Yang mana pemuda itu menjawab memang saya ni sudah separuh melayu, selalu cakap assalamualaikum dsb. Maka Hj menambah awak ini bukan sudah separuh melayu tapi sudah separuh Islam. Apa yang awak tahu tentang Islam? Boleh tak saya call you one day cerita pasal Islam ini. Pemuda itu dengan senang hati memberikan no telefon nya dan e-mail addressnya. Itulah permulaannya. Proses berdakwah mesti di trigger mesti di cetuskan.

Awak agama Budha ya? Apa awak sembah? Kadang tu dia sendiri tak tau apa yang dia sembah. Ini sami dari Siam. Ada tu kata ini orang baik dari India. Gautama Budha juga di zahirkan dengan pelbagai rupa. Ada yang give-up bila di tanya soalan2 ini, saya pun tak tahu ini saya sembah hantu ka orang. SESAT. Trigger to think. Awak sembah manusia tau. Tuhan bukan manusia. Itu Gautama Budha sembah apa dulu? Why you tak sembah apa yang Gautama Budha sembah atau meditasi dulu? Soalan sebegini akan mencetuskan kuriositi untuk mencari kebenaran. Kita sebenarnya takut membuka mulut. Mungkin kita rasa itu sesuatu yang sensitif. Tetapi kita ni bawa kebenaran. Non-muslim hidup dalam kesesatan. Kasihanilah mereka. They have the right to know the truth. Kita kena bagi informasi yang mendekatkan seseorang kepada kebenaran itu. Itu tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim, tidak terlepas.

Sahabat Rasulullah, Sa'ad Abu Waqqash r.a. telah meninggalkan segala kelebihan beribadah di Masjidil Haram untuk mengembara beribu batu menempuh segala pancaroba ke negeri China untuk berdakwah mengajak orang2 China kepada Islam. Hasilnya ada lebih 60 juta umat Islam di China pada hari ini. Bayangkan significant of his act dan pahala kebajikan yang di terima oleh Sa'ad Abu Waqqash r.a. atas usaha dakwah nya. No wonder dia adalah antara 10 yang dijamin masuk Syurga.

We have our own capacity InsyaAllah. For a start pada signatory e-mail kita apa kata kita masukkan message if you want to know about Islam please visit http://www.islam.com/ atau pada bisness card kita cetak mesej yang sama. Banyak website yang bermanafaat yang boleh kita link kan sebagai sumber rujukan.

Ada satu kisah pasangan pelancong dari USA yang melancong ke Paris, di atas LRT berbual2 dengan seorang pemuda Arab. Pemuda itu bertanya did you know about Islam? Did you know about Muhammad? NO jawab mat salleh itu. Pemuda itu memberitahu Muhammad is the messenger of Allah and the prophet for Muslim. Ia hanya sebuah dialog yang biasa saja dan pelancong itu meneruskan melancong di sekitar Paris. Beberapa tahun selepas itu semasa melancong di UK, dia terdengar azan di laungkan di sebuah masjid dan dia teringatkan dialog dulu hingga menimbulkan kenginan untuk mengetahui lebih lanjut. Di pendekkan cerita masjid yang dilengkapkan dengan library dan bahan rujukan, buku2, tape, CD, video, dsb itu menjadi tempat mentelaahnya selama 6 hari yang sepatutnya digunakan untuk melancong itu. Alhamdulillah natijahnya dia mengucap dua kalimah shahadah di masjid itu. Ia hanya bermula dengan perbualan santai dengan pemuda dalam LRT itu. Do not under estimate that little first move. It can spark the fire within.

Hj Kamaruddin berkata seruan dakwah ini adalah satu proses yang panjang. Proses yang dimulakan oleh pemuda itu telah menghasilkan output yang diharapkan, beberapa tahun selepas itu. Ibarat seorang pesakit yang di rasuk. Seorang ustaz yang mendoakannya dapat mengalih sedikit penyakitnya. Di teruskan lagi oleh ustaz yang lain, hingga akhirnya ustaz terakhir berjaya membawa penyakit itu keluar sehingga dia mendapat nama sebagai bomoh yang hebat. Tetapi the truth is ianya satu proses yang panjang dan bermula dari doa ustaz yang pertama tadi.

Seorang mualaf berbangsa cina di Penang misalnya mendapat hidayah dan sangat ingin untuk berdakwah, namun ilmu di dada masih tidak seberapa. Inisiatifnya ialah dia duduk di sebuah masjid yang memang menjadi tumpuan pelancong di Penang. Setiap pelancong yang datang maka dia akan mendekati dan menegur "Do you want to know how the muslim pray?". First we take the wudhuk. Maka dia tunjukkan cara2 berwuduk secara praktikal. What muslim recite in the prayer. Dia menunjukkan Al Qur'an. Dia bacakan Al-Fatihah dan terjemahannya. Ada mat salleh yang menangis mendengar sessi penerangan ini hingga ramai yang berjaya di Islamkan oleh seorang pemuda yang baru memeluk islam yang ilmunya tidak seberapa pun. Itulah creativity bukan sekadar menjadi pemandu pelancong yang hanya semata2 menonjolkan nilai sejarah, aspek artistik dan syok sendiri, tetapi menceritakan tentang kecantekan dan kebenaran Islam. Pihak masjid itu telah mengkhaskan sebuah bilek untuk pemuda ini untuk dia menjalankan usaha dakwahnya ini.

Semasa hendak pulang ke rumah, saya memberitahu Hj Kamaruddin bahawa seorang penceramah di ofis saya ada memberitahu terdapat sebuah rumah di sini yang menempatkan bekas2 penagih dadah untuk di pulihkan dengan kaedah alternatif. Hj memberitahu yang Ust Dato Dr Harun Din pernah memberi cadangan kepada kerajaan untuk mencuba pendekatan agama dalam memulihkan penagih dadah ini. Dia meminta diberikan sebuah pusat serenti sebagai percubaan tapi masih belum mendapat jawapan.

Mengikut Dr Haron Din penagih dadah ini sebenarnya di kontrol oleh nafsu. Kalau itulah puncanya, logiknya begini berdasarkan ayat Al Qur'an yang mengatakan bahawa nafsu itu tidak dapat tundukkan walau pun dibakar beribu tahun dalam api neraka, tetapi tunduk lesu bila di masukkan ke dalam neraka lapar, maka itulah hebatnya ibadah puasa yang memberi kelaparan dan mengalahkan nafsu dalam jiwa. Maka itulah jawabannya untuk penagih dadah ini. Siangnya berpuasa. Malamnya kita tarbiah dan solat malam dan pengisisan ilmu dan doa. InsyaAllah itulah penawar buat penagih dadah yang hendak dipulihkan.

Cukuplah dengan program berseluar pendek, berkawat, ber exercise, dikurung dan dijamu makan di pusat serenti yang sudah terbukti kegagalannya. Mungkin saya unfair di sini kerana ada juga yang berjaya. Tapi peratusannya sangat kecil. Dan kita terpaksa menanggung biaya yang sangat besar dalam peruntukan belanjawan negara. Tapi kita teruskan juga. Mengharapkan hasil yang berbeza. Membuat sesuatu yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza itu sebenarnya kerja orang gila.

Atau atau udang di sebalik mee? Ada keuntungan yang di raih dari kewujudan pusat2 serenti yang bersepah ini? Atau kita ini sekadar service provider? To accomodate everybody. Hingga semua bentuk kemaksiatan masih bermaharajalela dan problemasi masyarakat tetap subur dulu kini dan selamanya contohnya pelacuran kelas rendah di Lorong Hj Taib, toto, pusat perjudian, nombor ekor, pelacuran kelas tinggi di Jln Bukit Bintang, bisnes along, arak, konsert, dadah, hiburan sana dan sini, dedah aurat, agenda menghampiri zina, macam2 beb. Seolah2 kita ini sebenarnya tidak ikhlas mencari sesuatu penyelesaiannya. Seolah2 kita sebenarnya hendakkan permasalahan itu wujud juga. Inikah elemen sekular? Inikah budaya service provider, just to please every little need of the society?

Kembalilah kepada Pencipta manusia untuk segala penyelesaian kepada permasalahan manusia. InsyaAllah itulah jawabannya.

Selamat Hari Raya !!

@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...