Monday, October 27, 2008

Graduasi MRSM KP

Aku telah memenuhi undangan ke Majlis Graduasi Kali Pertama MRSM-KP yang agak special kerana julung2 kali diadakan memandangkan batch anak aku adalah batch pertama yang memulakan pengajian tingkatan 4 di kampus 53 juta ini pada tahun lepas. Aku sekeluarga bertolak pukul 6.11 ptg setelah mengambil anakku Iman di SMKBS yang menduduki peperiksaan akhir tahun subjek PAI hari Jumaat itu. Laluan PLUS ke utara lancar. Macam biasa lah setiap kali kepenatan atau mengantuk R&R menjadi tempat aku take a break. Tema perjalanan aku ini ialah biar lambat asal selamat tiba sebelum majlis graduasi bermula sekitar 8 pagi Sabtu. Kami selamat tiba di masjid 1km dari MRSP-KP tepat 6.09 pagi, maknanya 12 jam perjalanan beb dari BB ke KP. Di situ berjumpa Pak Nik ayah kepada Harith kawan anakku Amir. Aku bertanya sudah lama sampai, dah lama katanya. Dia bertolak sekitar 12 mlm dan tiba 5:30 pagi iaitu perjalanan Honda Accord lebih kurang 5:30 jam berbanding aku yang mengambil masa 12 jam he he... Setelah mandi dan bersiap di masjid itu, kami pun berhenti sekejap untuk breakfast nasi lemak di gerai berdekatan MRSM. Kami memasuki dewan graduasi dan majlis bermula dengan pembarisan masuk anak2 graduasi di susuli ahli2 senat pada pukul 8:50 pagi.

Bak kata Pengetua MRSM-KP En Ahmad Sanusi Hashim, majlis graduasi ini menandakan para pelajar telah melepasi satu fasa dalam perjalanan akademik mereka iaitu pada peringkat menengah. Bukan saja cemerlang dalam akademik malah juga mantap sahsiah mereka. Semoga suatu hari nanti akan lahirlah para intelek yang berperibadi mulia hasil didikan MRSM. Seramai 248 dari 250 orang pelajar tingkatan 5 telah berjaya memenuhi syarat2 graduasi MRSM. Dari 56 pelajar yang mendapat sijil graduasi MRSM kelas pertama iaitu kelompok pelajar yang mendapat CGPA 3.5 keatas, Fatin Hanani Md Nor anak seorang petani di Kedah telah menjadi pelajar terbaik dgn CGPA 3.92, membuktikan jika ada keinginan, di situ ada kejayaan tidak kira siapa anda.

Brigedier Jeneral Prof. dato' Dr. Kamaruddin Hussin, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis telah menjadi tetamu kehormat yang merasmikan majlis ini. Beliau telah memberikan sebuah ucapan yang sungguh mantap menaikkan semangat para graduan dengan kisah2 benar kecemerlangan dua anaknya, produk keluaran MRSM Taiping yang kini bertugas selaku Chartered Accountant di HSBC Sydney. Dan seorang lagi berkelulusan Universiti Jepun yang mendapat kerja di CSA dengan gaji permulaan fresh graduate RM3500 lebih RM800 dari graduan lain yang biasanya mendapat RM2500 sebulan, kerana kelebihannya yang dapat berbahasa Jepun. Jadi menguasai bahasa ketiga ada kelebihannya. Beliau sangat menggalakkan graduan kita untuk berdiri sama tinggi dengan professional dunia yang lain dgn mendapatkan pengitirafan professional dalam bidang masing2. Jangan mudah merasa selesa. Prof menekankan supaya anak2 never give-up dan teruskan usaha 2 minggu ini untuk cemerlang dalam SPM yang akan bermula pada 11 Nov nanti. Perjalanan masih jauh katanya.

Pesanku kepada Amir ialah stay focus dan jaga kesihatan. Doaku agar Allah memberikan kekuatan kepadanya untuk membuat persiapan terbaik dan memberikan kejayaan cemerlang dalam SPM nanti. Semoga dia akan memperoleh peluang ke institusi terbaik di peringkat seterusnya. All the best my son !!

Dalam masa yang terhad itu kerana Amir pada malam nanti akan menghadiri annual dinner batchnya di salah sebuah hotel di Alor Star, maka kami pergi lunch sekeluarga di food court pekan Jitra. Seterusnya sempat bersantai lebihkurang sejam di sebuah taman rekreasi awam. Isteriku telah menyediakan 'cocktail special' untuk santapan sekeluarga, dimana bahan2nya telah siap dibeli awal2 lagi. Kualiti time bersama Amir dimanafaatkan dalam ketenangan redup dedaunan dan deruan bayu petang. Nasihat2 berguna dan motivasi buat anakku Amir mengisi sebahagian dari detik2 penuh makna itu.

Aku meninggalkan Kubang Pasu pada pukul 4:30 ptg dan singgah melancong ke Penang sekejap. Setelah parking kereta kami ronda2 sekitar Komtar. Anakku Amir ada rekomen supaya pekena nasi kandar kat Line Clear. Cari punya cari tanya punya tanya sambil2 isteri aku dok cari lokasi nak beli jerok, berkat rajin bertanya ada seorang mamat ni bagitau Line Clear depan tu je, dalam 4, 5 blok dari tempat kami berdiri tu. Hah apa lagi line clear lah kan. Sedap beb. Gerai tepi jalan je kat sebatang lorong. Makan 4 orang anak beranak kena RM32 diskaun 80 sen. Not bad. Biasa kami makan kat Brahimsha, Jln TAR KL, silap2 kena RM60 tu. Kami solat qasar & jamak fardu maghrib dan isyak di Masjid Pakistan. Sebelum tu solat zohor & asar di Masjid Jamek Jln McCalister, aku perasan tempat wudhuk dan bilek air depa bersih betul. Tahniah Penang. Sebelum menyebarang balik jambatan PP, kami sempat beli jerok salak 2kg (RM7/kg), mangga 1kg (RM7/kg) dan mangga kuning 1kg (RM10/kg), snek lazat buah tangan dari Penang.

Selepas memandu sejauh 150 km, kami rehat dan tidor di R&R Bidor. Aku nak puji PLUS kerana rata2 R&R di laluan utara ni memang first class. Rest room dan surau serta kemudahan2 lain yang bersih dan terjaga rapi. Aku tidur lena di salah sebuah gazebo di situ tanpa secubit gigitan nyamuk pun. Sekitar 7 pagi Ahad tu baru sambung perjalanan balik. Kemudian singgah di R&R Tapah, another great stop, R&R yang siap dengan pedestrian mall with great food & fruits, world habis. Sampai Bukit Beruntung sekitar 12:30 tgh. Ada 3 jemputan open house hari Ahad tu, so kami pun penuhi 2 daripadanya. All in all duit minyak habis RM180, duit tol RM80, plus a little shopping, makan dan duit poket Amir, habislah sekitar RM600 bagi perjalanan 900 km itu.

Hari ni (Isnin) ada pulak tetamu datang rumah, sdra Azmi sekeluarga. Isteri aku masak express (1 jam je beb) nasi dagang lauk gulai ikan tongkol, telor dan udang serta desert cocktail delight. Memang pro, sedap pulak tu. Pukul 5:30 ptg pi hantar anak kedua, Farihin balik asrama. Penat badan. Esok kerja. Ooops...dah pukul 1:43 pagi. Sometime blogging ni begitu melarakan. Kena tidor ni. Ok Adios !!

@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...