Anak2ku kini sudah tiba masa tahap umur remaja dengan kerenah dan krisis tersendiri terutamanya berkenaan dgn feeling atau perasaan. Ada krisis identiti atau kecelaruan hormon mungkin. Kita akan rasa seronok bila diminati atau meminati seseorang. Farihin & Iman, kalau berkawan dgn lelaki mestilah cermat dalam segala hal. Begitu juga anakku Amir dalam berkawan atau bercit-cat atau bersms dgn perempuan. Kontrol kata2 yang diluahkan. Terlajak kereta boleh diundur, terlajak kata/sms padah jawabnya. Kerana kekadang tu kita hanya biasa2 saja tapi dia orang ada ape2. Atau kita rasa ape2 tapi dia org biasa2 saja. Menyebabkan kita hilang fokus untuk belajar dan asyik berkhayal pula.
Ingat, jangan jadi karektor Fahri (dlm Movie Ayat2 Cinta), seorang yang ikhlas dan baik, namun memakan diri apabila ramai insan2 yang menaruh harap padanya. Sehingga apabila dia mendapat jodoh, ramai pula yang kecewa dan putus asa. Ada pula yang cuba melakukan perkara yang tidak baik terhadapnya sebagai membalas dendam atas kekecewaan itu.
Ingat prioriti sekarang ialah belajar dan mencapai tahap terbaik supaya ada peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. InsyaAllah anakanda akan bertemu pasangan yang terbaik juga. Stay Fokus !! Papa ada terjumpa sebuah petikan dalam salah satu blog (dah lupa address nye dlm Kelantan Bloggers) yang mungkin berguna untuk pengetahuan. Sama2lah kita cuba menghayati dan menafsirkan kata2 ini untuk panduan diri kita..Moga kita akan dapat ketemui sesuatu...
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal....
Sebagai kesimpulan, kalau terlalu memilih atau banyak sangat untuk memilih atau tersangatlah mencari yang terpilih dan terbaik atau ter-ideal, maka mungkin jugak semua nanti akan terlepas. Maka awak juga yang melepas. Contohnya si Minah ni, lawa orangnya. Maka peminat pun ramai. Orang ni nak ngorat dia, orang tu nak berkenalan, namun bila dah perasan lawa maka semuanya dilayan acuh tak acuh, tak ada yang betul2 serius atau betul2 berkenan di hati. Dah jadi jack of all trade pulak. Makanya last2 kawan yang lain semua dah kahwin, dia je yang belum. Umur makin meningkat. Saham makin turun. Akhirnya bertemu jodoh dengan si Botak dari gua hantu. Tapi Alhamdulillah la kan. Ada tu andartu sampai ke tua. Atau jadi bujang terlajak walaupun hansem boleh tahan. Jadikan lah coretan ini sebagai kiasan dan sempadan dalam melalui liku2 remaja mu.
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment