Itulah tajuk tazkirah yang saya sampaikan pagi semalam di PA syarikat. Bagi meneruskan pengajian dari kitab Khusyuk Dalam Solat karya TGNA yg kini sudah menjangkau Bab 17. Saya sangat rekomen tuan2 mendapatkan kitab ini yang harganya cuma RM13 terbitan NufairStreet. Terasa bermakna pula penyampaian saya semalam bila ada seorang pegawai syarikat email saya bertanyakan detail kitab yang dibaca untuk dibelinya bagi rujukan. Nampaknya ada juga insan2 yang memberikan sedikit perhatian kepada tazkirah yang disampaikan itu.
Bolehkah anda bayangkan bagaimana perasaan seorang anak yang lari meninggalkan rumah, kemudiannya, kembali semula setelah menghadapi kesulitan dan kepayahan di luar sana. Ketika ia tiba di ambang pintu rumahnya, tangannya merasa berat untuk mengetuk daun pintu. Tetapi dalam keadaan terdesak dan tiada pilihan ia terpaksa pulang ke pangkuan orang tuanya, dalam keadaan berat ia memberanikan diri untuk memasuki rumah tersebut dan sekaligus menghadap orang tuanya.
Sukar hendak dibayangkan betapa malu dan berat hatinya untuk menemui mereka kembali, lebih2 lagi setelah mengingatkan tindakannya yang lalu yang begitu nekad melawan dan menyinggung perasaan orang tuanya yang penyayang itu seterusnya bersikap biadap terhadap mereka dengan lari dari rumah. Suatu keterlanjuran yang mesti dibayar dengan penyesalan dan airmata, walaupun ia pernah berjanji tidak akan menjejakkan lagi kaki ke rumah itu suatu masa dulu. Semua itu kerana menurut kata hati. Kini ia terpaksa pulang semula dengan kehadiran membawa hati yang insaf bercampur malu serta mengharapkan bahawa segala kesalahannya yang lalu akan dimaafkan.
Begitulah suatu contoh dan gambaran perasaan yang sepatutnya ada pada setiap kali seseorang itu hendak mendirikan solat. Ia datang sebagai seorang hamba yang pernah meninggalkan dan tidak mematuhi arahan TuhanNya, tetapi terpaksa datang semula kerana ia tidak punyai pilihan selain terpaksa menemui Tuhan melalui solat tersebut atas kesedaran bahawa hanya kepada-Nya tempat ia mengharap keampunan.
Datang menemui Tuhan dengan kesedaran sebagai seorang yang banyak melakukan kesalahan adalah memperlihatkan keinsafan yang sebenar sebagai seorang hamba. Sebab itulah kehadirannya dengan perasaan sangat bimbang, campur malu, tidak syak lagi bahawa pertemuan dengan Allah SWT melalui solat akan dilakukan dengan penuh cermat serta tumpuan sepenuhnya, di samping berusaha untuk mengelak dari melakukan sebarang perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT.
Saya merujuk pula Kitab Nasihat Agama Dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Haddad di m/s 113 di mana ada menceritakan hakikat solat lahir dan batin. Ada dua hakikat bagi solat iaitu hakikat lahir dan hakikat batin. Solat seseorang itu tidak akan dikira sempurna, melainkan dengan melaksanakan kedua-dua hakikat ini sekaligus. Hakikat lahir itu ialah berdiri, membaca, ruku', sujud dan seumpamanya itu dari tugas2 solat yang lahir. Adapun hakikat batinnya ialah seperti khusyuk, hadir hati, tulus ikhlas dan sempurna, meneliti dan memahami makna2 bacaan, tasbih dan seumpama itu.
Tugas solat yang lahir ialah bahagian badan dan anggota. Manakala tugas solat yang batin, ialah bahagian hati dan rahsia kebatinannya. Yang kedua inilah tempat yang diperhatikan Allah terhadap setiap hamba-Nya, yakni hati dan rahsia dalam dirinya.
Imam Ghazali berkata perumpamaan orang yang mendirikan solat secara hakikat lahir saja, serta mengalpakan hakikat batinnya, umpama seseorang yang menghadiahkan seorang puteri yang sudah mati, tiada bernyawa lagi, kepada seorang maharaja agung. Dan perumpamaan orang yang alpa dalam mendirikan hakikat solatnya yang lahir, ibarat seorang yang menghadiahkan seorang puteri yang kodong kaki-tangannya, buta matanya, kepada seorang raja. Kedua-dua orang ini akan dimurkai raja disebabkan hadiahnya. Mereka akan disiksa dan di aniaya oleh raja disebabkan hadiahnya. Mereka akan disiksa dan dianiaya oleh raja kerana menghina kedudukan raja, serta mengabaikan haknya.
Imam Ghazali menyambung lagi, katanya samalah perumpamaannya dengan anda yang menghadiahkan solatmu itu kepada Tuhan. Awas, janganlah sampai anda menghadiahkan solat itu dengan sifat2 yang tersebut, sehingga anda patut menerima siksaan Allah SWT. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan memperbaiki lagi mutu solat kita, insyaAllah.
@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment