Semalam 18 Syawal saya mendapat banyak jemputan ke Open House. First saya sekeluarga ke rumah Hj Mokhtar (mantan General ATM), very proper preparation, siap catering dan canopy dengan hidangan nasi minyak lauk kambing, ayam merah, kari daging, tak lupa lemang dan rendang. Banyak modal. Kemudian bergegas balik rumah untuk menyambut tetamu yang akan datang beraya. Isteri masak pasta bersama hidangan kek coklat, special desert "cocktail wonders" dan beraneka cookies raya.
Tetamu kami sebenarnya adalah kawan anak saya dan abangnya yang bernama Saifullah (Pedang Allah) seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Syariah. Yang menarik semasa saya berbual2 dengannya seolah2 menemuduga tubi, Saifullah ini rupanya seorang Hafiz 30 juzuk semasa mengaji pondok, meneruskan pengajian di SAMT-KKB di Tingkatan 4 & SAMER-Rawang di Tingkatan 5, kemudian mengambil STAM di SAMT semasa Tingkatan 6 dan berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar dengan tajaan Pusat Zakat Selangor sebanyak RM5,000 setahun. Katanya kalau berjimat insyaAllah cukup perbelanjaannya. Saya suka sikapnya itu. Kini akan memasuki pengajian ke tahun 3. Beliau sedang bercuti selama 3 bulan dan telah memanafaatkan sepenuhnya cuti beliau. Bulan pertama digunakan dengan menjadi guru ganti di SAMER mengajar Bahasa Arab bagi Tingkatan 1, Ilmu Al Qur'an & Hadis untuk Tingkatan 2, dan yang kelakarnya Kemahiran Hidup (Sains Rumahtangga) di Tingkatan 3. Sepanjang bulan Ramadhan pula beliau menjadi Imam Terawih di Puchong dan sekali sekala menjadi penceramah di kuliah2 maghrib. Maknanya masa cutinya telah di guna oleh Saifullah dengan penuh hikmah.
Bila saya bertanyakan bagaimanakah teknik hafazan yang digunakan, beliau memberitahu bahawa kita mesti lancar dulu bacaan katakan satu mukasurat yang hendak dihafal itu, baca sampai lancar. Kemudian bahagikan kepada 4 bahagian dan mulalah menghafal sehingga dapat. Mesti set target katanya, banyak mana yang hendak dihafal. Untuk mengekalkan hafazan, rutin yang beliau amalkan ialah mengulang antara 1 hingga 5 juzuk setiap hari tidak kira samada persekitaran bising atau sunyi. Isteri saya memberi komen nampak kejernihan airmuka seorang hafiz di wajahnya dan di sambut oleh Saifullah dengan merendah diri. Bila saya tanya apakah visi dan cita2nya. Jawabnya untuk menjadi seorang lecturer dan pendakwah bebas. Saya kata bagus tu. Sehinggalah mereka berangkat pulang selepas sekali lagi memohon maaf kerana terlambat tiba tadi (kerana sesat jalan) dan juga kerana pembatalan temujanji sebelum ini. All the best to Saifullah.
Agenda seterusnya ialah berkunjung ke open house ke 2 iaitu rumah Azmi jiran di Prima Beruntung. Beliau memang suka buat kenduri dan majlis makan2, masuk kali ini saya kira tak kurang dari 10 kali sepanjang 3 tahun beliau menetap di taman perumahan ini. Kemudian ke Bukit Sentosa 3 untuk ke rumah Shahmi kawan anak saya. Bapanya Azlan agak peramah dan hidangan istimewa ialah nasi lemak special kerana isterinya memang meniaga nasi lemak. Seterusnya kami singgah solat maghrib di Masjid As Salam. Kelihatan ramai musafir jauh dan dekat yang singgah untuk solat selepas kunjung mengunjungi di pelbagai rumah terbuka di hari minggu ini. Seterusnya ke rumah kawan saya dari Time Telecom di banglo 2 tingkatnya yang dibeli dengan harga RM230k. Beliau yang ringan mulut sempat memberitahu harga pasaran di Jalan Tanjung kini ialah RM350k untuk banglo double story & RM260k untuk banglo single story.
Open House ke 5 kami ialah ke rumah Midah kawan isteri saya dengan jamuan mee rebus, pizza, dan spagheti. Memenuhi jemputan2 open house raya inilah di jadikan alasan untuk tidak ke ofis di hari sabtu ini untuk tugas tender EDRMS walaupun Habib, bid manager tengahari tadi sudah SMS meminta bid members yang kelapangan untuk datang ke ofis.
Maka hari ini, Ahad terpaksalah ke ofis juga untuk tugasan penyediaan tender ini. Submissionnya ialah pada hari Isnin 12 tgh. Tender ini adalah untuk membekal Sistem Pengurusan Rekod Elektronik kepada 2 agensi kerajaan sebagai pilot sites. Isteri saya menghantar saya ke bus stop. Dari Rawang saya menaiki komuter ke KL Central. Setelah lunch awal di Subway saya menaiki LRT ke stesen Jelatek. Seterusnya menaiki bas U23 ke ofis. Saya kini banyak bergantung kepada public transport. Jarang benar saya memandu ke ofis. Salah satu faktornya ialah penjimatan kos. Rasanya hari ni terpaksa bermalam di ofis. Tidak mengapa sebab esok ada reason untuk ambil book-off (cuti tanpa rekod sebagai ganti).
Jumlah pembida yang menghadiri taklimat tender tempoh hari adalah 41 syarikat. Maka probability untuk memenangi bid adalah 1 dari 41 sekiranya semua syarikat yang menghadiri taklimat tender itu menyertainya. Namun kata pemutus rasanya lebih berpihak kepada syarikat yang punyai networking baik dengan orang2 politik. Itulah antara kelemahan2 yang ada dalam proses membida tender agensi2 kerajaan ini. Bagi pekerja pre-sales seperti kami, kerja2 menyediakan tender bidding ini sudah menjadi rutin dan sebahagian dari tugas walaupun secara peribadi saya sebenarnya tidak gemarkan tugasan itu. Terutamnya bila memikirkan peluang memenangi bida yang tipis. Namun keadaan kemelesetan semasa syarikat dan tekanan pihak pengurusan kepada sales team untuk mendapatkan sales baru untuk syarikat bagi menjana pendapatan untuk terus beroperasi menyebabkan penyertaan dalam bida2 tender tidak begitu selektif lagi. Maka saya antara yang terpaksa tidak tidur untuk itu. Semoga usaha ini mendapat berkat dan diterjemahkan kepada sesuatu yang baik.
Saudara Lokman pengurus dari bid management office (BMO) membelikan kami dinner nasi goreng ayam dan minuman fresh oren. Sekitar 3 pagi vendor aplikasi kami telah email revise quotation dengan penjimatan sekitar RM1m, dan bid manager yang kepenatan mengekang mata kini terpaksa adjust costing spreadsheet dan CMT dengan harga baru pula. Membebel panjang kawan kita ini dan menyoal kewarasan mengapa lewat betul pricing baru ini dihantar. Sebenarnya itulah antara taktik dan strategi vendor supaya harga mereka tidak bocor kepada competitors dan juga yang lebih penting sekali supaya pembida seperti kami ini tiada ruang yang panjang untuk tawar menawar dengan mereka. Saya sudah masak dengan hakikat ini. Respect saya pada Habib yang tidak take a nap pun. Mungkin dia dapat bantuan dari nikotin dalam Dunhill King Size yang sudah entah pack keberapa dan minuman Red Bull nya. Haikal, Zain, Zack & saya mengambil giliran untuk tidur sekejap.
Saya sempat menyendiri di surau dan mengerjakan Qiyamullail 7 rakaat sebelum subuh itu. Tepat 5:41am suara saya memecah kesunyian di corong speaker surau dengan seruan azan menyeru umat manusia mengerjakan solat, menuju kejayaan dan menghebahkan bahawa solat itu lebih baik dari tidur. Setelah mandi kerbau di level 2 ofis dan mengenakan t-shirt baru terasa sedikit segar. Seterusnya saya breakfast mee campur mihun dan nescafe panas kurang manis di kantin syarikat.
Setelah memastikan urusan tender selesai sepenuhnya maka saya pun 'book-off' myself untuk balek ke rumah di Prima Beruntung menaiki bas RapidKL U23 sampai ke Titiwangsa, naik STAR ke Masjid Jamek, seterusnya menaiki Komuter ke Rawang, dan bas tabung (mini) ke BB. I take my time to have a hair cut and have a nice lunch. Kemudian baru call my wife to pick me up. Kebetulan my wife puasa hari ni. Selepas solat zohor, saya pun melelapkan mata to recover back dari pening lalat akibat tidak tidur sepanjang malam. Hujan rintik2 menambah baik lena tidur saya. Alhamdulillah.
@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment