Alhamdulillah hari ini sudah hari ke 7 kita meraikan kemenangan dalam beribadah di bulan Ramadhan. Semoga kita teruskan ibadah Qiamullail, mendirikan solat2 sunat, dan membaca Al Qur'an dan setiap nilai2 murni yang sudah kita asuh sepanjang Ramadhan itu.
Namun bagi perokok2 professional tabiat merokok diteruskan jua. Bagi pendedah aurat maka mereka teruskan pendedahan mereka tanpa ada rasa malu dan segan silu. Para penidak solat meneruskan rutin tidak solat mereka. Para pengumpat para pendengki para pengirihati dan segala pesakit2 hati meneruskan profesyen lama mereka. Maka ibadah Ramadhan adalah sekadar lapar dan dahaga sahaja. Alangkah rugi dan celakanya. Semoga keinsafan menjelma jua.
Alhamdulillah hari ini merupakan hari ke 3 saya berpuasa sunat Syawal bersekali dengan Qiyamullail 4:45am sebelum sahur sekadar 7 rakaat dan dapat saya hayati sebenarnya ketenangan dan kesyahduannya. Di siangnya tak payah bersibuk2 nak pergi makan cuma cabarannya berlainanan kerana Ramadhan dulu orang lain pun berpuasa. Maka saya rasa lebih fokus dan produktif.
Di ofis pagi ni saya sampaikan tazkirah mingguan yang slot hari rabu ini memang ditugaskan kepada saya selaku salah seorang AJK surau. Jadi saya meneruskan pengajian dari kitab Khusyuk Dalam Solat karya TGNA yang saya tinggalkan sepanjang Ramadhan kerana slot ini di ganti dengan tazkirah2 berkaitan fadhilat Ramadhan. Tajuk hari ini ialah Di Sebalik Kesulitan Menyahut Seruan Azan iaitu di Bab ke 16 dari 29 Bab itu.
Al-Imam Ghazali menyatakan bahawa orang yang menyahut seruan azan dengan serta-merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjamaah, di akhirat kelak ia akan dijemput oleh Allah SWT dengan segala lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya.
Suatu rahmat yang besar bagi seseorang yang berada di Mahsyar ketika manusia hiruk-pikuk menghadapi nasib masing2, tidak tahu apa yang hendak dilakukan atau ada orang untuk bertanya dan mengadu nasib, di bawah terik mentari yang sejengkal di atas kepala itu, bila tiba2 Allah SWT menjemputnya dengan lemah-lembut penuh kasih sayang. Alangkah bahagianya dia. Inilah nikmat yang tidak terhingga balasan dari amalannya menyahut seruan azan dengan mendirikan solat semasa di sunia dulu.
Allah SWT menjadikan Padang Mahsyar sebagai hari terbuka bagi manusia mempamerkan segala amalannya. Dengan penuh cemas manusia mengharapkan barang pamerannya iaitu amalannya akan dinilai oleh Allah SWT dengan markah yang tinggi sehingga melayakkan diri untuk menjadi pemenang dan menerima hadiah iaitu Syurga.
Sayangnya hari itu manusia tidak berpeluang untuk membuat sebarang pindaan bagi meningkatkan markah, sebaliknya bergantung penuh kepada rahmat Allah SWT berdasarkan amalan yang dilakukan semasa di dunia.
Dalam saat cemas itu tiba2 Allah SWT datang menjemput seseorang dengan ramah mesra dan lemah-lembut dan memberitahu orang itu bahawa inilah natijah dari keredhaan Allah SWT yang telah menyaksikan orang itu bersusah payah di dunia dulu, menyahut seruan azan berkumandang, bergegas pergi menunaikan solat berjemaah di masjid atau musalla. Ia sanggup meninggalkan semua urusan buat seketika, meninggalkan tempat tidur di subuh dingin walaupun mata masih mengantuk.
Sesungguhnya Allah SWT menjadi saksi kepada kesungguhannya menyahut seruan azan yakni seruan Tuhan Yang Maha Esa, dengan itu hanya Tuhan jua yang tahu menilai dan membalasnya dengan menjemput orang itu ketika manusia lain sedang cemas di Padang Mahsyar melalui hari2 yang sangat hebat penuh debar dan harap.
Jadi mulai hari ini janganlah memandang enteng lagi soal menyahut seruan azan yang di laungkan oleh para muazzin di corong2 speaker masjid dan surau itu. Semoga cahaya Syawal ini benar2 menyuloh hati2 kita untuk lebih mengagungkan Allah SWT yang Maha Esa. Amiin.
@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment