Tuesday, September 23, 2008

Lailatul Qadar

Malam ni dah malam ke 24 Ramadhan. Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya "Carilah Lailatul Qadar pada malam2 yang ganjil pada 10 hari yang terakhir bulan Ramadhan". Maka kita sebenarnya masih belum terlambat untuk memanfaatkan kurniaan Allah ini. Rasulullah SAW bersabda "Lailatul Qadar telah dikurniakan ke atas ummat ini (ummatku) dan tidak kepada lain2 ummat". Sebab2 pengurniaan ini banyak, menurut beberapa hadith, satu sebabnya ialah, Rasulullah SAW pernah memikirkan tentang umur umat2 terdahulu yang panjang2 dan apabila dibandingkan dengan keadaan umur pendek umatnya maka baginda pun sangat berdukacita kerana jika umat ini ingin berlumba dengan hal kesolehan dengan umat2 terdahulu, maka mustahillah mereka dapat bersaing atau mengatasinya lantaran umur mereka yang pendek. Maka dengan rahmat Allah SWT dikurniakanlah malam yang penuh keberkatan ini. Ini bermakna jika mana2 orang dari umat ini yang bertuah dapat menghabiskan masa sebanyak 10 malam yang sedemikian dalam menyembah Allah SWT maka pahala yang diperolehinya ialah sebanyak 83 tahun 4 bulan malah lebih banyak lagi. Jadi dapatlah umat ini bersaing kesolehan dalam amal ibadat itu dengan umat2 terdahulu, insyaAllah.

Masalahnya apakah kita grab this opportunity of the life time yang di offer special ini? Tak jugak. Kadang kita alpa macam biasa, sibuk tengok bola atau tidur nyenyak maka 10 malam terakhir itu berlalu bagai air kepam celah longkang. Apakah sebenarnya kita appreciate atau faham apakah itu Lailatul Qadar? Dalam surah Qadar dinyatakan "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur'an) pada malam kemuliaan." Ayat ini merujuk kepada suatu kenyataan bahawa pada yang khusus ini, al-Qur'an telah diturunkan dari Luh Mahfuz ke Langit dunia (secara sekali gus). Penurunan al-Qur'an itu sendiri sudah memadai untuk menggambarkan kehebatannya. "Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?" Dengan kata lain, tahukah kamu betapa besar dan pentingnya malam ini? Tahukah kamu apakah kurniaan dan nikmat yang terkandung di dalamnya? Maka di sambung dgn ayat seterusnya dalam surah Qadar "Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan". Maksud yang sebenar daripada ayat ini ialah bahawa ganjaran bagi berjaga pada malam ini di dalam beribadah adalah terlebih besar daripada beribadah selama 1000 bulan, tetapi sebanyak mana yang akan diberikan, maka tidaklah kita diberitahu di sini.

Berbalik kepada kita apakah mahu dibiarkan Lailatul Qadar berlalu begitu saja sekali lagi pada tahun ini. Ingatlah ini adalah Ramdhan terakhir kita. Jangan jadi manusia yang bodoh, rugi dan papa di akhirat nanti. Carilah sebanyak mungkin harta untuk bekalan akhirat, inilah dia di Lailatul Qadar. Barulah nampak cerdik dan bijak di sini (dunia) dan di sana (akhirat). Bagi memastikan seseorang itu memperolehi keberkatan bulan Ramadhan, maka habiskanlah masa dengan beribadah setiap malam bermula daripada malam yang ke 20 hingga seterusnya. Tidaklah sesukar mana menghabiskan masa sebanyak 10 atau 11 malam beribadah jika dibandingkan dengan ganjaran yang terlampau besar bakal diterima. Kini hanya tinggal 7 malam terakhir. Siapa cepat dia dapat, InsyaAllah.

Cuba imagine ibadah kita contohnya 2 rakaat solat tahajjud malam esok (malam ke 25) katalah nilainya RM1,000. Dengan usaha kita yang penuh ikhlas dan pengharapan itu, Allah memberikan pulangan keuntungan atas pelaburan RM1000 itu dengan balasan RM1,000,000. Nampak tak brother? Kalau kita ini businessman yang sentiasa mencari pulangan juta2 di muka dunia yang sementara ini yang bila mati besok semuanya bakal ditinggalkan dan tak di bawa satu sen pun, maka jadilah kita a smart businessman for a change yang mendapat pulangan juta2 yang dapat di bawa untuk hidup mewah selama2nya.

Itulah Lailatul Qadar tuan2 dan puan2. Apa tunggu lagi......Action!!

@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...