Wednesday, November 09, 2005

Back To KL

So pagi-pagi lagi terus pack barang-barang dlm bonet waja aku. Pack barang ni kena ada seni gak, kalau tak, tak muat beb. After saying goodbye, we all biasalah kan singgah dulu kat Pasar Siti Khadijah di KB. Beli rempah-ratus, tapai pulut, beras siam, ikan kering, buah-buahan, dan kueh-mueh. Pastu naik level 2, pekena nasi berlauk dan teh panas. Kemudian ke area Pasar Lama, cari minyak ubat kat Jaafar Rawas dan nasi sumatera buat bekal kat Hoover. Aku sempat lagi gi simen gigi kat klinik gigi Goh di 3603 Jln Ismail, kena rm58 untuk dua lubang. Akhirnya bertolak lah kami meninggalkan Kota Bharu Bandaraya Islam tepat jam 11:30tgh (aik sama ngan time tinggalkan KL hari tu ye...apakah ini kebetulan?).

Aku balik hari Isnin on purpose. Nak elakkan kesesakan. Di jangkakan perantau semua (100,000 org tu) akan start pulang ke KL pada hari Sabtu atau Ahad (sebab Isnin dah nak kerja kan). Tapi aku sangkut gak sejam kat jln hala ke bandar Macang tu. Tapi hari Ahad aku dengar jem teruk mencecah 3 jam kat situ. So aku kira not bad la kot. So pukul 2 tu relax kat masjid kat guchil tu and having our lunch. After smoothly tru gua musang, merangkak lak kat bukit K.Lipis tu, rupanya banyak follow lori balak. Nak motong bukanya senang ooo. Sampai pekan Bentong pukul 11 mlm, dah tak larat so lepak kat Petronas, tidur sat. Pejam celik pejam celik jam sudah 3.30 pagi. Fuyoo...ok lah dah fresh. Teruskan perjalanan ke Karak dan sampai umah dlm pukul 5 pagi. Biar lambat asal selamat....17 jam tu !!

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...