Aku sekeluarga bersolat sunat idil fitri di masjid tmn uda murni, walaupun bgn tambahan masjid 2 tingkat telah digunapakai tapi jemaah masih melimpah ruah. Ramai sungguh anak kelantan di perantauan pulang beraya. Imam Rashid (imam yg nikahkan aku 15 thn dulu) buat pengumumam kepada jemaah yg sudi beramal jariah untuk sponsor carpet bgn baru tu yg dinggarkan rm40k. Solat di imami imam muda. Bacaannya sungguh sedap. Khutbah yg disampaikan pula penuh isi dan lantang, pendeknya tak terlentok sangat la kepala aku ni. Alhamdulillah transisi imam tua kepada imam muda sudah berlaku di masjid ini. Imam Rashid juga menjemput para jemaah ke rumah terbuka Tan Sri Md Yaakob, bekas menteri besar.
Aku lak beraya belah mertua sebelah pagi. Antara menu utama termasuklah roti cicah gulai kudzi, satay, lemang, & rendang. Rumah mak aku lak biasa la kan, satay mekyam WB yg famous itu. Malamnya umah kakak aku nasi dagang. Raya kedua lak, umah sepupu nasi dagang, umah mak sdra nasi dagang, majlis anak rantau pun nasi dagang, pendeknya tiada yg dagang melainkan nasi dagang belaka. Nasib baik umah member bini aku tak jadi jamu nasi dagang, kerana nasi dagang yg di tempah basi sebelum berjuang.
Alhamdulillah banyak rumah adik beradik dan saudara mara sempat di kunjungi. Duit raya yg ku tukar dlm pelbagai dominasi di Maybank tempoh hari sebanyak rm500 cuma berbaki RM40. Tiga anakku pula mendapat tidak kurang dari rm150 seorang. Hmmm...balik modal nampak. Hari raya dan duit raya ibarat satay dgn kuahnya. Sementara orang tua kita masih ada di kampung ni, aku lihat inilah masa yg paling sesuai untuk beraya di kampung. Kalau satu hari nanti kedua-dua orang tua sudah tiada, mungkin terasa janggal juga untuk menumpang rumah sdr mara dsb masa bercuti raya itu, atau mungkin kena sewa hotel la kot sebagai base camp.
Pusara ayahanda dan bapa mertua ku kunjungi. Pahala bacaan al-fatihah, yassin, & surah-surah lazim sebagai hidangan raya. Deretan batu nisan menjadi saksi antara hidup dan mati. Hidup ini begitu lah sesekali berjumpa, ketuaan orang-orang tua semakin terserlah dan kemudaan orang-orang muda pula semakin tertonjol. Anak-anak kita semakin membesar dan memanjang. Itulah komen dan yg diberi atau pemerhatian yg dirasakan. Juga ada dikalangan ahli keluarga, sdr mara, dan orang sekampung yg saban tahun akan berkurang, berhijrah ke alam barzakh. Dan satu hari nanti kita pula pasti ke sana.
Hari Lebaran adalah detik terbaik untuk kita salin mengiratkan silaturahim dan bermaaf-maafan. Fokus kepada agenda yg besar bukannya kepada perkara remeh dan temeh. Jangan kerana berebut bilek air atau bilek tidur yg jadi issue untuk bermasam muka. Bersihkan hati dari sebarang penyakit. Dengki, bergaduh, irihati, kedekut, marah, masam, sakit hati, meluat, benci, penat, boring - kita gantikan dengan kasih sayang, muhibah, kerjasama, rindu, timbang rasa, cinta, senyum, murah hati, gembira, dan memaafi. Semoga hari lebaran ini penuh bermakna dan betul-betul manjadi hari untuk kita merayakan kejayaan. Kejayaan membersihkan HATI kita dari sebarang penyakit dan sifat mazmumah itu. Suci bersih dan sihat walafiat. Selamat Hari Raya !!
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Wednesday, November 09, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment