Tuesday, November 22, 2005

Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Result UPSR dah keluar last week. Anak sdr saya Adri kat Pasir Puteh tu dapat 5A, kat Pkln Chepa si Farah tu pun dapat 5A. Anak Rozita dapat 5A, anak Shafie pun dapat 5A. Anak Nazri, Dr.Nordin, Jamilah & Azmi Ludin pun dapat 5A. Tahniah. Jadi bila result 5A ni maka berpeluanglah untuk layak ke SBP. Tahun ni ada 35,870 dari 506,814 calon UPSR yg dapat 5A. Tapi hanya ada 6100 tempat yg ditawarkan dari 54 SBP seluruh negara. Maknanya cuma 17% saja dari yg dapat 5A tu berpeluang ke SBP dan 29,770 (83%) lagi akan kecewa. Itulah the big picture.

Apa sebenarnya kelebihan Sekolah Berasrama Penuh? Berikut saya paparkan satu pertanyaan dari seorang pelajar berkenaan perkara ini yg telah disiarkan oleh sebuah akhbar.

***
Cikgu,
Saya pelajar tahun enam dan memperoleh pencapaian cemerlang dalam peperiksaan di sekolah. Saya selalu mendapat gred A dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Ibu dan ayah menggalakkan saya memohon memasuki sekolah berasrama penuh dan MRSM. Namun saya susah hendak berpisah dengan ibu bapa dan dua orang adik saya yang masih kecil. Saya pun kurang jelas tentang faedah memasuki sekolah berasrama penuh dan MRSM. Bolehkah cikgu terangkan kelebihan memasuki sekolah sedemikian?

Wan Aisyah Wan Abd Rahman,
Langkawi, Kedah.


Adik Wan Aisyah,
Tahniah kerana selalu meraih keputusan yang cemerlang. Pelajar yang cemerlang seperti adik, seharusnya digalakkan meneruskan pengajian ke sekolah terkawal seperti sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Kelebihan belajar di SBP dan MRSM ialah struktur, kawalan, dan penyeliaan yang berterusan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan para pelajar meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Di SBP dan MRSM, adik akan tinggal bersama pelajar-pelajar cemerlang dari seluruh negara. Kemudahan tempat tinggal, makan minum, dan sebagainya akan disediakan agar adik-adik belajar dalam suasana yang selesa. Kerajaan membelanjakan sebanyak RM7500
setahun untuk seorang pelajar di SBP.

Selain itu, adik juga boleh menghindari gejala negatif dan pengaruh buruk rakan sebaya seperti merokok, dadah, dan lain-lain seperti di sekolah harian. Di sekolah berasrama seperti SBP dan MRSM, gejala ini terkawal dan jika didapati ada kes sedemikian, pelajar tersebut terdedah kepada undang-undang tegas seperti
dibuang sekolah.

Jadual dan aktiviti pembelajaran juga lebih tersusun kerana pelajar di sekolah sedemikian perlu mematuhi jadual yang ketat seperti jadual pembelajaran berguru (sekolah), kelas persediaan (prep), solat berjemaah, riadah, dan sebagainya. Akhirnya SBP dan MRSM melatih diri kita untuk lebih berdikari. Adik perlu membasuh pakaian, menyeterika pakaian, dan sebagainya sendiri.

Sehubungan itu, lepasan SBP dan MRSM biasanya lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

Soal sedih hendak berpisah daripada keluarga merupakan perkara biasa. Pada peringkat awal, adik mungkin akan mengalami homesick atau penyakit rindukan keluarga. Tetapi jika adik berikhtiar dengan mendapatkan bantuan guru-guru, ibu bapa, dan rakan-rakan, insya-Allah adik boleh mengatasi masalah itu.
***

Sebagai ibubapa pula apa pendapat kita dalam menghantar anak kita melanjutkan pelajaran di tingkatan satu di SBP? Ada kata elok la tu. Ada lak kata tak bagus. Bagi saya jika anak kita mendapat tawaran ke SBP, maka yg kata tak elok atau tak sesuai tu takyah lah terima tawaran itu, berilah peluang kepada orang lain. Lagipun kita ni pun dah better off dari zaman parent kita dulu betul tak? especially dari segi infra-structure, education tools, dan financial. And life is about choices anyway.

For me, I still vote for my kids to study at SBP, if got the opportunity. Simply because the system was well established and proven effective. Its a matter of plugging-in. Statistically speaking they perform better in academic & co-curicullum stuff. Later in life, it helps them to survive in the hostile world, full of the unexpected. Its a 'confort zone' at home no doubt about that. But if the kids stay home, we as a parent will have a tough time monitoring them, encouraging them to study, wake them up in the morning, checking their homeworks, supervising, switching off the TV, berlebel & berleter. The trouble is, you yourself are busy and tiring with your daily works. So its a tough act, especially when majority of us are not SuperDad or SuperMom.

SBP, goes with statistic adalah antara sesuatu yg terbaik yg boleh diberikan buat anak-anak, sekiranya terpilih. We are entitled of our opinion with regard to the pros & the cons of SPB. At the end of the day, lets look at the negative elements of SBP on case by case basis and NOT jumping to the conclusion that "SPB is no good".

Dont worry and be happy about their tough life at SBP. Thousands have survive. Think about those study circles, about berdikari, and being tough in life. Believe me, they will cherish it when come to our age. I once have a cousin that cry like a baby for the first 3 weeks of his Form 1 at SMSKel and his dad personally asked my assistance to accompany the kid (2 yrs my junior) eventhough I still on my SRP break. And lucky break for him, he manage to sustain. The end product, he became the best student in his batch for SPM 5 yrs later. He is now one of the Specialize Engineer at ESSO. I myself is the product of SBP and proud every moment of it !!

2 comments:

~ GAB ~ said...

Salam,
All I know SBP had prepared me many things for my future back then. And I do beleive, being a kampung boy myself, had I not studied in SBP, I wouldn't have known what future would've held for me.

Congrats to those kids. Hopefully they can be the 2nd generation at SMSTMTF.

School Of Tots said...

Yes Sir, agree with you. SBP give me hope as well, back then coming from poor family. Taught me life, discipline, competition and open up opportunity to further my studies oversea. TQ SBP.

But nowadays, the question is for well off parent, do they still need the kids to be enroll in SBP? YES for some & NO for others. For me, I think its good experience for the kids to go to SBP.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...