Wednesday, November 09, 2005

Balik Raya

Aku bertolak ke Kelantan jam 11:30 tgh hari Selasa (Hari Deepavali). Trafik kira ok gak, maklumlah ramai dah off load hari sabtu dan ahad lagi. Macam biasa la aku ni take it easy je, rasa penat sikit lepak sat. Around pukul 6 tu selepas baring-baring di masjid gua musang, kami pi la beli juadah berbuka kat bazar ramadhan gua musang tu, macam-macam ada. Kelantan ni memang kaya juadah berbuka. Aku beli nasi kerabu lauk solok lada, solok ikan (warna coklat tu), & goreng hati ayam. Anak-anak beli nasi kuning lauk gulai ayam kampung. Pastu beli air kelapa, air cincau, & air nenas. Hmmm martabat daging 2 bijik, nasik manis (wajik), jala mas, & taik itek. Mmg terliur nak pekena ayam golek, aneka percik, daging bakar, & kerabu kacang pjg, tapi control...takut membazir. Then drive hala K.Krai dan berbuka di sebuah bangsal di tepi kedai mkn...alhamdulillah licin. Berhenti di masjid kat macang, solat isyak & teraweh. Take a nap dlm kereta kat tepi masjid area Kok Lanas. Line clear hingga lah area Wakaf Che Yeh mungkin sebab ramai nak ke pasar borong kat situ kot, so aku belok kiri depan RTM tu menghala ke jambatan sultan yahya untuk cross sg.kelantan ke WB. Sampai rumah mak aku pukul 11:30 mlm, hmmm 12 jam perjalanan. Biar lambat asal selamat beb !!

No comments:

KEMBARA 100 MASJID

Sejak tahun lepas 2024, saya menanam satu azam untuk ziarah 100 buah masjid di seluruh negara sblom ajal menjemput. Saya akan memaparkan gam...