Tuesday, November 22, 2005

Kelantan Impian

Kelantan yang Kita Impikan
Kita namakan negeri kita tanah rendah sekebun bunga, Darul Naimi,
seakan kita idamkan bayangan taman firdausi yang zahir di bumi,
penghuninya asyik menatap musyahadahkan Ilahi,
jiwa mereka tenteram tiada penyakit cela di hati,
sungainya mengalir jernih serta hijau merimbun di sini,
suasana damai indah menawan dan tenteram sekali,
sehingga yang masuk tiada berhasrat keluar darinya lagi.

Kita tiada perlu impikan bangunan batu berselerak dan tinggi,
sungai berkelodak coklat tersumbat alirannya serta dikotori,
bukit menjadi botak serta hutan parah ditebangi,
sehingga harimau tiada dapat cari makan dan tempat selindungi,
yang demi pembangunan kita telah sanggup musnahkan keindahan ini.

Kenapa pemimpin perlu berfikir secara jantan,
yang penting bagi mereka berapa besar dan panjang sebagai ukuran,
kita bimbang nanti sorak yang menang tapi tergadai kampong halaman,
kenapa perlu kita berlumba mengikut rentak membangun negeri lain,
marilah kita dengan rentak kita menimbang keperluan,
mengambil kira kesan dan keseimbangan persekitaran.

Kekuatan kita sebenarnya pada warisan ilmu turun temurun,
kita dulunya digelar Serambi Makkah oleh banyaknya pengajian,
kita pernah hirup berkat para ulama dan para ilmuan,
kita pernah bertumpang teduh di bangunan wakaf disumbang hartawan,
kita pernah membaca kitab-kitab keluaran matba'ah yang berselerakan,
jangan biarkan ketandusan ilmu dan kehalusan budi menjadi kemarau
panjang,
menimpa bumi Kelatan yang kita semua zahirkan rasa sayang.

Marilah kita muafakat membina negeri sebagai amalan kebajikan,
kita hindarkan permusuhan perpecahan serta kita suburkan perpaduan,
kita perlu sedar kita diserang kiri kanan depan dan belakang,
kita hanya selamat dengan pertolongan dari atas oleh pertunjuk Tuhan,
atau dari bawah dengan sujud mengikut sabdaan dan Firman.

Kalaupun mahu kita bertengkaran, biarlah 5 tahun sekali sudah padan,
tenaga yang lain kita arahkan bersama membina negeri meninggi agama
pegangan,
kita usahakan terus membersih hati mencuci lidah dari kata maki dan
cacian,
kita eratkan perpaduan tanpa lambang-lambang kepartian,
marilah kita bangunkan negeri sebagai bendaharaan ilmu danperladungan
kepandaian,
negeri tadahan wahyu tempat Rahmat Tuhan turun bercucuran,
kita sama-sama bangunkan pusat pengajian yang terbilang,
atas nama Universiti Kelantan atau apa saja yang kita beri gelaran,
sehingga Kelantan ini akan menjadi 'baldatun tayyibatun wa rabbun
ghaffur'.


.........Abu Ahmad
Salor, akhir 1424 H.

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...