Saturday, October 30, 2021

KETRAMPILAN ASATIZAH


Di musim Covid ni, media FB live menjadi satu alternatif utama kpd para asatizah utk menyampaikan kuliah ilmu kpd masyarakat. Iaitu selalunya  penyampaian dari rumah
bukan dari masjid atau surau sebagaimana kebiasaan.

Ketrampilan atau imej para daei @asatizah bila berdepan dgn org ramai wajar dijaga agar tidak menimbulkan salah anggap atau mencemar imej, dan yg lebih parah jika boleh menimbulkan fitnah.

Seharusnya para asatizah mengambil pendirian seolah sedang berdepan dgn para jemaah pada sesi kuliah maghrib di masjid @surau. Takkan ustaz nak pakai t-shirt kot. Atau biarkan kepala tanpa kopiah atau lilitan serban? Betul tak? Jangan bila buat FB Live penampilan sempoi semacam je. Kena profesyenal la kan. Jaga dress code.

Para asatizah merupakan public figure yg dikenali ramai. Maka setiap prilaku termasuk pakaian & pertuturan menjadi perhatian. Sewajarnya para asatizah elak diri drp berkekakuan aneh atau lepas laku seolah orang biasa-biasa. 

Jangan kerana perbuatan atau tingkahlaku yg tidak menjaga adab dan susila, maka ustaz yg selama ini kita respek dan hormati bertukar menjadi seorg yg sudah kurang di respek lagi.

Para asatizah juga wajar elakkan diri dlm suasana atau keadaan yg boleh ditafsir oleh org ramai sebagai seseorg yg split personaliti. Keadaan cakap tak serupa bikin. Menyeru manuaia supaya berakhlak mulia, jangan mengumpat, atau ada perasaan riak tapi dia sendiri gagal mengamalkannya atau menjadikannya sebagai sesuatu yg dia praktikkan dlm kehidupan.

Sama2 kita muhasabah dan perbaiki diri agar menjadi figura contoh dlm masyarakat yg di hormati dan di segani. Insya-Allah.

@@@

No comments:

KETRAMPILAN ASATIZAH

Di musim Covid ni, media FB live menjadi satu alternatif utama kpd para asatizah utk menyampaikan kuliah ilmu kpd masyarakat. Iaitu selaluny...