Thursday, October 14, 2021

RADIO POWER


***

Saya bersetuju dgn komen sdra Ahmad Farami di atas. 

My quick google search shows there are about 64 radio channels currently in operation in Malaysia.

Sudah sampai masanya kita sama2 memikir dan cuba mengubah pola pemikiran dan trend masakini bagi re-engineer balik media terutamanya radio bagi memberi hasil pendidikan dan pelajaran yg lebih berguna supaya bisa  membentuk masyarakat yg baik dan positif, yg membenci gejala sosial, atau prilaku jenayah misalnya. 

Radio power wajar dijurus ke arah pembentukan masyarakat yg faham agama, cinta ilmu, dan tinggi sifat kasih sayang dan nilai kemanusiaannya. Disamping nilai hiburan yg ada padanya.

Kalau dilihat sinerio masakini, maka jelas radio power diguna utk genre hiburan semata, at the expense of pendidikan & pembentukan masyarakat & tamadun. So be it?

Tiada nilai ilmu atau pembentukan ummah madani yg tinggi nilai intelek yg mahu diterapkan. Seolah kita mahu ahli masyarakat kita ini kekal bodoh dan jahil agar senang dicucuk hidung. Begitukah yg kita mahu? 

Kepada kelompok Pemikir Pendidikan, rasanya topik & sinerio ini boleh di ketengahkan utk di bedah siasat, menuju kpd sebuah anjakan atau perubahan. But again, maybe not worth it. 

Terlalu byk airtime 24 jam sehari itu telah dibazirkan sekian lama, tidak diguna utk tujuan meningkatkan taraf hidup dan nilai diri masyarakat. What a waste, sudah berpuluh tahun begini.

***

Komen#1
"DJ with lawak bodoh, gelak2, genre hiburan je la..
What a waste of air time, big time. Intellectual very low. Junk input produce junk output."

Komen#2
"Byk nye ialah lawak bodo, bergurau kondem kwn2 sendiri, mengaibkan kwn2 satu konti live, mengilai tak tentu arah, pengisian mcm budak2, tkde topik ilmiah, rubbish n rubbish.. Inilah Quality yg dihidangkan hari2 utk wadah rakyat Malaysia.. What a joke!"

Komen#3
"Nanti ada org kata.. ala.. aku dgr radio nak relex2 jela dgr lagu.. dgr lawak bodoh skit.. gelak2 skit..info lain aku bole cari tempat lain 😂😂"

Komen#4
"Sbb org awam kita kurang mencintai ilmu.  Semua nak senang dihadam.  Ahli akademik di Indonesia,  sering menulis isu2 semasa dgn dipadankan dgn teori dan falsafah di akhbar2 harian. Ramai khalayak yg suka membaca dlm akhbar2 tersebut.  Malah artikel2 begini bukan hanya ada di akhbar nasional spt kompas sahaja.  Tetapi juga dlm akhbar bersifat lokal.  Editor mrk pun matang menerima penulisan ahli akademik.  Yg penting buah fikiran mrk itu sampai kpd masyarakat.  Di Malaysia ni klu tulis yg berlawanan dgn arus perdana belum tentu keluar.  Atau dibakul sampahkan. Tulis mesti boleh menyenangkan pemerintah,  jgn menyinggung perasaan kaum tertentu dan berbagai lagi pantang larang yg tak masuk akal."

Komen#5
"The reciprocal juga betul. Ketidakupayaan sarjana kita mengolah ilmu dan idea baharu dalam bahasa dan wacana yang menyentuh jiwa masyarakat adalah satu krisis yang kita perlu beri perhatian. Ini juga simptom yang berpunca dati pemakaian scientism dan reductionism yang melampau yang diangkat oleh sistem kesarjanaan kita. Umpama saluran darah yang tersumbat akhirnya pesakit akan terus strok. Malaysia tunggu masa untuk total strok saja."

Komen#6
"Perubahan tak popular tidak menguntungkan."

Komen#7
"Banyak motif hiburan
Dj pulak ramai pelawak.
Based on intellectual levels of the targetted audience?"

***

Sebagai konklusi, kita lihat radio power setakat ini diguna utk menggali dan melubuk nilai komersil. Perkara luarbiasa yg sudah jadi biasa. Jadi apa yg dihidang ialah so call apa yg vast majority pendengar atau pengguna radio mahukan, katanya.

Namun bila kita duduk dan melihat pada perspektif yg lain, maka ada sesuatu kelopongan dan kurang upaya yg jelas. Radio tidak begitu menyumbang utk memperbaiki keadaan masyarakat yg rusak, pembangunan negara yg senget, bahkan tidak dijadikan modal utk mengajar dan belajar bahan2 intelek yg boleh mengembang potensi diri rakyat jelata. Apa yg disumbat menjadi halwa telinga ialah hiburan lagi dan lagi 24x7.

Justru mari kita sama2 bahaskan topik ini. Sambil2 kita sibuk bicara  nak rentas negeri. Wallahu'alam.

@@@

No comments:

APA ITU BAROQAH?

Saya sering menggunakan frasa ini tika mengucapkan selamat hari lahir kpd kenalan, "smoga sihat walafiat dan usia penuh baroqah." ...