Sunday, December 12, 2021

BULI OR NOT TO BULI?


BULI

Sejarah buli membuli di sekolah ni bukan cerita baru. Zaman saya sekolah dulu pun sudah berlaku. 

Knapa yg dibuli tak pi mengadu kpd warden/cikgu/pengetua/pengawas/ibubapa? Why? 

Atau suffer in silent ni dah jadi unwritten rule yg wajib dipatuhi turun temurun? Dan menjadi parut hitam sampai ke mati?

***

Anak sedara aku berhenti MRSM Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar, masa tingkatan 1, baru beberapa bulan sekolah kerana kes BULI. 

Dan berapa hari lepas, viral kes buli di MRSM yang sama. Lepas anak sedara aku berhenti di MRSM nie, sambung balik di SMK Clifford, dan alhamdulilah cermelang SPM, kini sambung belajar di Matrikulasi Gopeng. Sekolah Clifford, sekolah aku tu..haha..

Boleh jer berjaya di sekolah harian biasa jika ada kemahuan. Alhamdulillah.

Yang aku nak cerita, awal masa dia nak stop tu, ada juga rasa kecewa, sebab bukan mudah nak masuk sbp. Tapi hari demi hari kena buli, sampai ke benda tajam...ape ke heynye.

Apa kata cikgunya?

Biasalah budak budak...
Kene belajar jadi kuat...

Nak report kita dah report...nak jaga nama baik punya pasal...1 tindakan pun tarak...

Bagus sangat viral nie...kasi ajar sikit..

Saman jer..tuntut ganti rugi..

Tak yah bagi peluang, buang masa simpan pembuli. Budaya bongok yang dikekalkan. Duk asrama jer kene buli... Ada abg besar, abg kawasan. Bila dah jadi macam nie...minta maaf, minta maaf...kecik jadi pembuli...besar jadi pembunuh...elok la tu...

Kita nie lahirkan pemimpin ke, atau penjenayah? Orang nak kata lembik, tapi takkan nak tunggu sampai hilang nyawa, baru nak ambik tindakan?

Ya, ada banyak kelebihan masuk sbp, tapi bila melibatkan nyawa nie, pihak atasan tolonglah beri perhatian. Warden kat mana? Barisan guru hebat di mana? PIBG?

Buli nie yang kita nampak kena rakam tu jer, yang tak rakam banyak lagi. Janganlah ada mindset, tak asrama lah kalau tak ragging. Oiii nie dah nak masuk 2022, tinggikan sikit akal pemikiran tu...

Sedih aku melihat, pandai dah pandai...tp bodoh juga si pembuli nie...

KATAKAN TIDAK UNTUK MEMBULI.

~Sharimi Shaharudin

***

Luahan rasa sdra sharimi ini memang kena batang hidung setiap kita. Masalah buli ini bukan perkara kecil. Ia telah menyebabkan kecederaan kekal & kematian. 

Kita nak tunggu sampai macamana lagi? Sblom sesuatu tindakan menyeluruh boleh di kuatkuasakan utk menghapuskan once & for all masalah buli yg menjijikkan & begitu memudaratkan ini. Stop buli now. How?

Action items:

1) Jika anda mangsa buli, tampil dan berani buat aduan kpd pihak yg berotoriti seperti warden, cikgu, pengetua, ibubapa, atau polis. Jangan menderita seorang diri. Anda ada hak.

2) Pihak berotoriti, jangan pandang enteng dan remeh kes buli ini. Sila peka dan ambil tahu. Siasat hingga ke lubang biawak, dan ambil tindakan tegas seperti gantung sekolah, tukar sekolah, rotan, atau penjara mandatori jila sabit kesalahan. Melentur buloh biar dari rebong.

3) Kerajaan jangan ambil ringan masalah buli ini. Stop it now. Sudah ada beberapa kes kematian telah berlaku. Bayangkan budak yg dibuli itu anak atau adik kita atau cucu kesayangan kita. Masya-Allah. Do something to stop all this nonsense pls.

***

Cadangan saya di Buletin FM pagi tadi: Tukar definisi "buli" kpd "JENAYAH SERANGAN & PUKULAN @ ASSAULT & BATTERY," lantas boleh didakwa di bawah Seksyen 351 Kanun Keseksaan – Serangan:

“..serangan tidak memerlukan apa-apa sentuhan, tetapi memadai tindakan penyerang, sama ada melalui apa-apa isyarat atau persiapan yang menimbulkan kebimbangan kepada mangsa yang merasa dirinya akan dikenakan kekerasan jenayah.”

Mungkin kerajaan perlu pinda sedikit undang2 utk membolehkan kanak2 bawah umur dibicarakan sebagai dewasa, atau peruntukan tertentu yang membolehkan hakim menjatuhkan hukuman berbentuk mendidik.

Anda rasa?

~zaid mohamad

***

Salam semua…saya tak boleh move on lagi..
Sejak mula saya tonton sebahagian sahaja video tular kes buli di sekolah berasarama penuh sehingga hari ini jantung saya berdegup kencang bila saya buka laman instagram atau facebook. Saya tak mampu untuk menonton video tersebut sampai akhir. Saya tak sampai hati. Terimbas saja gambar remaja berbaju merah itu ia terus menerkam dalam jantung saya. Tak sanggup saya menatap video atau foto itu lagi.

Memangnya sudah ramai yang bersuara tentang hal buli ini. Sebelum ini wacana-wacana pada peringkat cendikiawan juga tidak ketinggalan. Namun ia semacam bermusim saja. Sekali kes besar berlaku sekali itu juga kita dibekalkan dengan maklumat berkenaan. Selepas itu suasana menjadi tenang seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku. 

Saya percaya pihak berwajib juga telah bertindak. Tindakan telah diambil sewajarnya. Namun yang pasti, apa yang menjadi harapan kita ialah kisah seperti ini tidak lagi berulang. Apa tindakan yang lebih berkesan? Pihak berkuasa yang berkaitan pasti lebih tahu. 

Sekiranya kita merujuk kepada undang-undang, mereka yang tahu tentang kes yang boleh mendatang kecederaan kepada mana-mana pihak, terutamanya pelajar, tetapi mendiamkan diri dan tidak melapurkan kepada pihak berkuasa, maka mereka juga boleh dikatakan sebagai terlibat secara tidak langsung dalam perlakuan jenayah itu.

Satu perkara lagi, mungkin istilah “buli” yang dimaksudkan sebagai perbuatan mendera atau mempermain-mainkan orang lain dengan tujuan menggertak, mencederakan atau menakutkan orang yang lebih lemah adalah terlalu ringan untuk digunakan dalam konteks perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada yang lemah. Kita mungkin perlu menngunakan istilah yang lebih keras sehingga dapat menunjukkan kesan yang lebih berat akibat perbuatan tesebut. Istilah  seperti perbuatan mendatangkan kecederaan lebih sesuai untuk digunakan. 

Moga sekolah-sekolah kita tidak lagi mempunyai dan seterusnya melahirkan pelajar kaki mencederakan orang. Sama-sama kita usaha banteras perbuatan mendera dan mencederakan.

~Shamrahayu Aziz

@@@


#StopBuliNow

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...