Friday, September 21, 2012

Protes Aman Kebiadaban "Innocence of Muslims" Depan Kedutaaan Amerika di Jln Tun Razak

Saya baru balik dari menyertai perhimpunan aman ini di depan kedutaan Amerika. Saya anggarkan tidak kurang daripada 5,000 orang daripada pelbagai kaum dan agama menyertai bantahan awam ini. Tiada kejadian buruk yag berlaku. Pihak polis juga memberi kerjasama yang baik. Jalan Tun Razak di laluan depan Bangunan Kedutaan di tutup kepada trafik. 

Perarakan bermula sebaik selesai Solat Jumaat di Masjid Tabung Haji. Kelihatan YB Nurul Izzah, YB Salahuddin Ayub, YB Tin Chua, YB Dr Dzulkifly Ahmad, Ridhuan Md Nor, Nik Abduh, YB Surendran, dan beberapa orang VIP lagi di atas lori berucap di depan Bangunan Kedutaan. Para peserta perhimpunan tekun mendengar amanat yang disampaikan dan sesekali bertakbir dan berselawat dengan penuh semangat. Rombongan VIP seterusnya menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Kedutaan.









2 comments:

Egg Head said...

org islam sendiri tinggalkan sunnah nabi....
x heran la...org bukan islam hina Rasulullah.....

"kamu kata Rasulullah kekasih kamu,tp sikit pun sunnah baginda kamu hargai,manusia hanya pandai berkata,hanya pandai bermadah tp kosong dgn amalan"

School Of Tots said...

TQ Egg Head. Tunjukkan kecintaan kepada Rasulullah dgn mentaati segala sunnahnya. Kita iman lemah namun jgn putus harap.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...