Majlis ilmu akan dinaungi para malaikat sekeliannya dan para
makhluk di darat dan di laut yang akan mendokan segala kebaikan dan keampunan.
Maka beruntunglah mereka yang dipilih Allah untuk berada di dalam majlis2
ilmu.
Sekarang dah masuk musim haji,
satu ibadah yang memerlukan banyak pengorbanan dari segi hati, harta dan
perlaksanaan bagi yang berkemampuan.
Pada Ramadan yang lalu kita menjalani latihan untuk amal
soleh, maka apakah status kita hari ini? Apakah masih meneruskan segala amal
soleh itu? Kita tekun beribadah di bulan Ramadan mungkin kerana suasana yang
memang ideal untuk beramal soleh, tapi kini kembali longlai dan lemah. Maka
sebenarnya kita gagal dalam latihan intensif selama sebulan itu. Maka syaitan
akan terus membelit bagi merusakkan aqidah dan amal soleh umat Islam.
Kita meraikan Idul
Fitri tempoh hari sebagai meraikan kemenangan dan kembali kepada fitrah sebagai
manusia yang suci daripada dosa dan noda. Semoga Allah kurniakan pengampunan
dan pembebasan dari api neraka-Nya menjelang Syawal yang lalu.
Kini kita di
bulan Zulhijjah yang membangkitkan semangat pengorbanan untuk bermujahaddah di
jalan Allah, terutamanya bagi menunaikan ibadah haji bagi yang mampu dan
ibadah korban. Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sebagai lambang tertinggi
sebuah pengorbanan demi menunaikan perintah Allah. Sehingga keikhlasan
pengorbanan mereka berdua telah Allah ganti dengan sembelihan seekor kibas.
Itulah ketaatan seorang ayah dan seorang anak kepada Allah SWT.
Hari Raya Idul Adha adalah menifistasi pengorbanan kepada
Allah SWT dan sinonim dengan ibadah korban. Apakah ketaatan yang kita ajar
kepada anak kita pada hari ini? Cukupkah pengorbanan kita untuk memenuhi
tuntutan keruhanian anak kita? Tidak
cukup sekadar keperluan jasad dan material sahaja yang dititik beratkan.
Wajibkah ibadah korban? Mengikut mazhab Shafie hukumnya
sunat muakad iaiatu sunat yang sangat dituntut. Rasulullah SAW dalam
menyembelih haiwan korbannya telah menyatakan bahawa inilah ibadah korbanku dan
bagi umatku yang tidak mampu. Begitu prihatin dan risau Rasulullah pada umatnya.
Begitulah hendaknya kita sebagai umat Rasulullah peka dan ambil peduli untuk bangkit membela Rasulullah SAW dan Agama Islam pada setiap keadaan. Pada saat Rasulullah dihina oleh orang kafir laknatullah maka berkorbanlah untuk menyatakan penentangan kita pada kebiadaban itu, dan bukan memilih untuk sekadar senyap dan buat donno sahaja.
Maka bagi golongan umat Nabi SAW yang tidak
berkemampuan untuk melakukan ibadah korban maka ia telah ditampung oleh ibadah
korban Nabi SAW. Namun bagi Imam Abu Hanifah mentakwilkan sebagai wajib bagi
sesiapa yang mampu dan tidak wajib bagi sesiapa yang tidak mampu.
Ramai kita hari ini yang beramal secara maqasid iaitu
melaksanakan ibadah secara mebuta tuli atau ikut-ikutan. Maka itulah sangat
penting untuk kita mengaji dan menuntut ilmu supaya dapat menghayati segala
amalan yang kita lakukan.
Ibadah korban ini punyai beberapa objektif yang penting iaitu
pertamanya untuk memberi peluang kepada orang yang tidak berkemampuan melakukan ibadah haji untuk
melakukan ibadah korban yang mana daging korban itu boleh diagih2kan untuk
kegunaan sendiri, hadiah kepada kenalan, jiran atau sdra-mara dan juga sedekah
kepada fakir miskin.
Kedua, ia boleh mengeratkan silaturahim antara ahli
masyarakat. Dan yang penting sekali ialah Allah tidak mengharapkan darah,
daging atau tulang haiwan korban ini tetapi Allah menilai pada keikhlasan dan
takwa seorang hamba itu kepada-Nya.
@@@
No comments:
Post a Comment