Nampaknya Ramadan mula melabuhkan tirainya. Hari ini sudah 27 Ramadan. Apakah sudah mendapat Lailatul Qadar yang dicari malam tadi? Apapun ada dua malam lagi untuk meneruskan pencarian ini jika masih belum ketemukan. Teruskan iktikaf dan beribadah di masjid.
Petikan dari blog Pondok Habib saya kongsi di sini..
Dari Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda, “Di malam terakhir Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat, karena akan berlalunya Ramadan, dan juga keistimewaannya. Ini merupakan musibah bagi umatku.”
Kemudian ada seorang sahabat bertanya, “Apakah musibah itu, ya Rasulullah?”
“Dalam bulan itu segala doa mustajab, sedekah makbul, segala kebajikan digandakan pahalanya, dan siksaan kubur terkecuali, maka apakah musibah yang terlebih besar apabila semuanya itu sudah berlalu?”Ketika mereka memasuki detik-detik akhir penghujung Ramadan, air mata mereka menetes. Hati mereka sedih.
Betapa tidak. Bulan yang penuh keberkahan dan keridhaan Allah itu akan segera pergi meninggalkan mereka. Bulan ketika orang-orang berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah. Bulan yang Allah bukakan pintu-pintu syurga, Dia tutup pintu-pintu neraka, dan Dia belenggu setan. Bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Bulan ketika nafas-nafas orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada minyak kesturi. Bulan ketika Allah setiap malamnya membebaskan ratusan ribu orang yang harus masuk neraka. Bulan ketika Allah menjadikannya sebagai penghubung antara orang-orang berdosa yang bertaubat dan Allah Ta’ala.
Mereka menangis karena merasa belum banyak mengambil manfaat dari Ramadan. Mereka sedih karena kuwatir amalan-amalan mereka tidak diterima dan dosa-dosa mereka belum dihapuskan. Mereka berduka karena boleh jadi mereka tidak akan bertemu lagi bulan Ramadan yang akan datang.
***
Pagi tadi dalam perjalanan ke ofis melalui highway PLUS, saya tengok keadaan trafik menghala ke utara sudah sesak. Sekolah sudah cuti. Balik kampung sudah bermula. Balik kampung sudah sinonim dengan raya. Soalan atau sapaan peberet di kala ini kepada taulan atau kenalan ialah, "Bila balik kampung?", "Kampung kat mana?" dan "Berapa lama balik kampung?"
Balik kampung juga mempunyai aura raya terutamanya untuk kanak2 dan remaja. Tanpa balik kampung aura raya menjadi agak lesu dan kurang rempahnya. Ada seorang bapa mengadu bahawa dia sebenarnya stress dan tertekan bila nak balik kampung, tapi mengenangkan pengharapan dan keceriaan anak2 menyebabkan dia terpaksa mengorban rasa. Kalau diikut hati, ingin saja dia menghabiskan cuti raya di rumah sendiri di kota metropolitan ini.
Antara penyumbang stress si bapa tadi agaknya ialah melihat tayar kereta yang botak, enjin yang belum diservis, soal duit raya, soal duit minyak, dan perbelanjaan untuk balik kampung yang banyak. Tu tak masuk soal baju raya dan kueh raya lagi. Besok dah balik dari kampung kena fikir soal budget nak buat open house lagi...ish ish. Mana tak stress member, di top-up pula dengan leteren bini atau kerenah anak2 dsb.
Ada pula kisah raya yang sepatutnya semakin mengeratkan silaturahim menjadi sebaliknya pabila masing2 bermasam muka atau memendam rasa. Bukan apa kadang tu benda2 remeh saja. Berebut bilik tidur atau bilek air di rumah mak kat kampung contohnya. Atau terperasan ada insan2 yang memberi senyuman sinis atau sindiran halus. Atau menjadi segan tak bertempat atau rendah diri yang tak tinggi melihat kenderaan saudara2 lain yang canggih memenuhi laman. Ye lah den dok pakai kereta lama lagi dah masuk 12 tahun balik kampung, sedangkan si Dolah atau si Mamat tu saling tahun upgrade kereta, terbaru ni bawak balik VellFire warna hijau pekat. Adus tercabar sungguh ego den..
Balik kampung sementelah orang tua masih ada ni sangatlah afdal. Kalau depa takda besok lagi la janggal nak balik kampung. Nak dok umah sapa? Umah adik-beradik sendiri pun rasa tak selesa, yelah masing2 ada anak menantu sendiri yang kena dilayan. Tiba2 kita pula dok menumpang...ish macam melukut di tepi gantang la pulak. Rusak program orang lain je. Last2 pi check-in hotel buat base menginap.
Balik kampung ialah masa bersilatulrahim sebenarnya. Ikhlaskan niat. Kuntumkan senyuman walaupun pahit. Banyakkan berkorban untuk orang lain walaupun kekadang mengguris hati dan perasaan sendiri. Kita hendak membahagiakan orang terutamanya orang tua kita yang sudah tua itu. Apa salahnya berhenti dari memkirkan kepentingan diri sendiri buat sejenak. Lagipun balik kampung kita ini bukannya lama sekadar 3, 4 hari gamaknya.
Inilah masanya untuk ziarah saudara mara, waris, orang kampung, kenalan dan sahabat. Suasana ziarah tu ada. Tak macam di kota yang menetapkan budaya 'open house' sebagai masa terbaik untuk ziarah. Ziarah tak perlu memakan masa yang lama, sekadar manjamah juadah yg terhidang , membasah tekak dengan air sirap dan bertegur sapa bertanya khabar dan bertukar-tukar kisah suka duka atau memori lama. Itulah silaturahim longgar yang mau kita rapat dan utuhkan. Ambillah peluang ziarah seberapa banyak yang dapat. Kena pandai atur jadualnya. Biar masa tidak terbuang di jem jalanraya. Jadikan balik kampung tahun ini yang termanis adanya..
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
1 comment:
Alhamdulillah, kami selamat pulang ke kampung dan selamat kembali ke rumah. Allah permudahkan dan memberi keselamatan kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin Dunia Akhirat.
Post a Comment