Bulan Ramadan ini ialah bulan latihan untuk mentaati Allah. Rupanya Allah latih kita solat teraweh di masjid supaya melekat tabiat solat berjamaah di masjid. Rupanya Allah syariaatkan bangun bersahur itu untuk melatih kita bangun qiamullail, bersolat malam, bermuhasabah di hadapan Allah pada malam gelap dan sunyi.
Maka jadilah kamu hamba Allah bukan hamba bulan Ramadan. Jangan jadikan Ramadan ini sekadar adat, orang buat kita pun ikut buat. Hayatilah ruh Ramadan itu. Besederhana pada yang halal. Berlumba-lumba dan bersegera pada ibadah dan kebaikan. Dan membenci segala bentuk maksiat dan keburukan.
Di Masjid dan surau, Alhamdulillah jamaah yang datang masih ramai. Namun yang tak datang pun masih ramai juga. Bulan Ramadan secara konsisten berlalu dari hari ke hari, kini sudah melangkah ke hari ke-13. Islam adalah agama akhir zaman untuk seluruh umat akhir zaman.
Di Sweden ada seramai 8 juta penduduk dan 1 juta daripadanya adalah Muslim. Dikala barat mula berhijrah kepada Islam, terbukti sebagai agama yang paling laris menerima penganut baru. Namun statistic di Negara kita pula menunjukkan 80% Muslim tidak solat fardu 5x sehari semalam. Maknanya daripada 10 juta Muslim di Malaysia ini 8 juta tidak solat. Hanya 2 juta yang solat. Manusia terus sombong pada Allah.
Lihat disekeliling. Walaupun puasa di bulan Ramadan tapi yang perangai tak solat terus sombong dan tidak solat. Yang tidak menutup aurat masih kekal tidak menutup aurat. Yang mengumpat dan bercakap besar pun masih meneruskan tabiat itu. Ramadan atau tidak sama saja. Ada ramai yang anti tazkirah anti peringatan. Ramai yang sensitip tak boleh ditegur, hiduplah dalam dunia sendiri yang syok sendiri. Manusia sombong tidak mahu kepada menghadirkan diri ke majlis2 ilmu di masjid dan surau, berlagak sombong bagai tepu dengan ilmu, sudah bijak semua, sudah tahu semua perkara.
Ramai yang main2 saja dengan Ramadan, tidak serius. Ramai yang memperolok-olokkan Ramadan. Fenomena sesak masjid di awal Ramadan dan semakin pupus menjelang akhir Ramadan seakan sudah jadi budaya yang diterima pakai. Para ustaz juga dok mengulang fenomena itu hinggakan masyarakat menjadi biasa, terpahat di minda. Sedangkan kita sepatutnya menggalakkan masyarakat untuk melakukan perubahan.
Semakin ke penghujung Ramadan sepatutnya semakin melimpah Masjid dan surau. Berduyun-duyun jamaah yang iktikaf di Masjid pada 10 terakhir Ramadan. Transformasi Ramadan yang kita inginkan.
Ramadan ini penghulu segala bulan. Usah di sia-siakan Ramadan yang datangnya setahun sekali. Di sana ada suatu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Selagi manusia tidak kembali taat kepada Allah dan Rasul-Nya maka selagi itulah manusia akan rosak binasa.
Di Peranchis setiap hari ada 5-10 orang yang memeluk agama Islam, manusia yang mendapat hidayah dan kesedaran untuk berubah. Namun di Malaysia ini rusaknya umat Islam pabila statistic anak luar nikah menunjukkan angka 90 kes setiap hari secara purata.
Maka marilah kita sama2 memainkan peranan untuk mengubah diri sendiri dan ahli keluarga kita untuk bersemangat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini dan menghayati kebarokatan Ramadan ini bagi memastikan bahawa latihan di bulan Ramadan tidak sia-sia.
Semoga di penghujung nanti kita akan graduate dengan meraih kemenangan menjadi manusia yang bertakwa yang diberi keampunan oleh Allah, di bebaskan daripada api Neraka-Nya dan menjadi manusia terpilih yang layak untuk mendapat nikmat Syurga-Nya.
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
2 comments:
Dalam pandangan saya jika kita akui kebenaran yang 'kemiskinan boleh membawa kekufuran' kita perlu menguatkan kedudukan ekonomi umat islam kita sendidri di malaysia. Kita perlu menguasai ilmu yang boleh memberi kehidupan yang mewah. Kuat beribadat tetapi menjadi hamba kepada yang bukan Islam akan menyepitkan lagi hidup yang akhir nya hendak beribadat pun tidah dapat dilakukan dengan jiwa yang tenang.
Saya lebih berminat mengharapkan amalan dibulan ramadhan membuka minda kita untuk lebi berusaha meningkatkan economi bangsa. Jangan keciciran didunia hinggakan anak cucukita selama lama nya dibawah telunjuk mereka yang menguasai economi.
TQ Tuan Al-Manar. Minggu lepas saya ada mendengar info di radio IKIM yg menyatakan hanya 17% sahaja pengusaha muslim terlibat dlm industri makanan halal. Maknanya industri makanan halal di Malaysia di kuasai oleh orang bukan Islam iaitu 83%. Betulkan makanan yg kita makan ini Halal?
Saya setuju, pengukuhan ekonomi orang Islam sangat penting. Zakat menjadi syariaat, antara hikmahnya ialah mengajak orang Islam jadi kaya hingga mampu membantu 7 asnaf dgn sumbangan zakatnya. Beza kaya seorang muslim dgn yg lain ialah bukan sekadar kaya di dunia semata, malah berterusan hingga ke Akhirat, insyaAllah.
Post a Comment