Thursday, October 13, 2005

Zakat Kepada Amil Atau Direct

Jelas sekiranya kita membayar zakat fitrah kita kpd amil yg dilantik penguasa (kerajaan) maka terlepas sudahlah tanggungjawab kita itu. Soal penyelewengan yg berlaku maka amil/penguasa berkenaan lah yg menanggung dosanya. Namun sekiranya kita memilih untuk memberi zakat tersebut secara direct kepada 7 asnaf yg berhak contohnya fakir miskin atau mualaff maka itu juga sah. Dan mungkin lebih baik kerana kita mengenali siapa yg kita bantu itu contohnya jiran yg dhaif di kampung kita. Persolannya ialah pengagihan kutipan zakat sepatutnya akan lebih menyeluruh jika dikendalikan oleh pihak berkuasa kerana sasaran 7 asnaf berkenaan akan dikenal pasti secara menyeluruh. Di khuatiri apabila kita memberi secara direct maka mungkin keluarga dhaif A saja yg dok dapat banyak sumbangan zakat, manakala keluarga dhaif B mungkin keciciran atas sebab-sebab tertentu. Apa pun ingatlah bahawa mengeluarkan zakat itu wajib dan ikhlas lah melakukannya kerana Allah.

No comments:

KEMBARA 100 MASJID

Sejak tahun lepas 2024, saya menanam satu azam untuk ziarah 100 buah masjid di seluruh negara sblom ajal menjemput. Saya akan memaparkan gam...