Wednesday, October 26, 2005

Makmurkan Surau?

So how to meriahkan surau yg lesu itu? Untuk menarik golongan remaja saya cadangkan AJK usahakan untuk menyediakan meja ping-pong, papan carrom, langganan akhbar-akhbar utama dan kemudahan perpustakaan mini. Jadi time sebelum waktu solat ahli masyarakat terutamanya golongan remaja bolehlah menjalani aktiviti riadah ini dan jadikan satu peraturan untuk berhenti 10 minit sebelum azan dan bersiap untuk solat berjemaah pula. InsyaAllah dgn cara ini surau-surau akan lebih hidup dan dikunjungi. Semoga hati mereka akan rindu dan jatuh cinta dgn surau, InsyaAllah. Dan secara tak langsung mendedahkan dan mendekatkan mereka dgn surau. Ini lebih baik dari membiarkan golongan ini untuk mengisi masa tersebut dgn melepak atau kehulu kehilir tanpa arah tujuan. Mereka perlukan input & aktiviti. Ubah lah cara kita yg konvensyenal kpd satu approach yg lebih practical walaupun kontrovesi. Disamping majlis ilmu seperti kuliah maghrib harian dan kuliah subuh mingguan yg disampaikan oleh uztaz-uztaz berwibawa & kreatif. Program-program musim cuti sekolah seperti kem ibadah, program pra-tahfiz, & pemantapan bacaan Al-Qur'an di smaping kelas-kelas fardhu ain sangat lah elok menjadi agenda. Nawaitu kerana Allah, that's all.

No comments:

KEMBARA 100 MASJID

Sejak tahun lepas 2024, saya menanam satu azam untuk ziarah 100 buah masjid di seluruh negara sblom ajal menjemput. Saya akan memaparkan gam...