Friday, August 09, 2013

Kekalkan Anjakan Takwa


Takwa itu ialah menjunjung titah perintah Allah. Kekalkan anjakan takwa yang dipupuk pada bulan Ramadan itu. Sesiapa yang bertakwa Allah akan selesai masalah. Allah akan mencukupi segala keperluan. Dengan takwa Allah akan hapus dosa. Dengan takwa Allah akan buka keberkatan langit dan bumi.

Anjakan takwa yang perlu sangat diteruskan termasuklah mendalami ilmu Islam secara konsisten, melawan kehendak nafsu dan mengikut kehendak Islam, menjalankan kerja amal makruf dan nahi munkar. Akhirnya masuklah Islam secara keseluruhan.

Ibadah pada bulan Ramadan lalu telah menjana rahmat dan keberkatan yang melahirkan rasa syukur yang hebat. Kesyukuran yang sama2 kita takbirkan di malam dan pagi raya dan kita teruskan sepanjang bulan Syawal ini. Takbir bergema menzahirkan fitrah gembira meraikan kemenangan dan kesyukuran. 

Kita bertakbir 7x dan 5x pada solat sunat hari raya dan khatib meneruskan takbir sebanyak 9x pada khutbah raya mengajak fikir betapa gagahnya kita, betapa kuatkusa, betapa kaya, betapa sombong, betapa besarnya kita ini maka itu sangat ciput berbanding dengan kebesaran Allah. Allah hu Akbar.

Sejauh mana Ramadan terkesan pada fitrah kita? Jika Ramadan berlalu dengan gersang maka betapa sangat ruginya kita. Ingatlah bahawa manusia punya kehidupan selepas dunia. Di sana ada Syurga dan Neraka. Moga2 Ramadan telah menjana takwa.Mereka yang benar2 terkesan akan meneruskan ibadah puasa 6 hari di bulan Syawal. Ia umpama berpuasa di sepanjang tahun.

Cuba tanya diri dan jawab sendiri. Apakah hukum manusia lebih baik daripada hukum Allah? Apakah perancangan manusia lebih baik daripada perancangan Allah? Apakah segala yang kita ada ini lebih hebat daripada hari Akhirat, Syurga dan Neraka Allah?

Kalimah takbir telah menzahirkan sifat hamba dalam diri manusia sebagai insan yag sangat kerdil yang tidak punya apa2 melainkan atas ehsan Allah belaka. Tiada kekuatan, tiada kebesaran, tiada ketinggian, tiada kemuliaan melainkan kepunyaan Allah. Allah Maha luas pengetahuan-Nya. Ramadan sudah berlalu. Apakah kita bisa temuinya sekali lagi?

Apakah Ramadan telah membawa perubahan dan keuntungan? Apakah sudah bertambah ibadah? Bertambah sedekah? Bertambah tahajjud? Bertambah patuh pada hukum Allah? Bertambah hanpir mentaati Allah?  

Hari raya diraikan dengan berbuka dan diharamkan untuk berpuasa. Selepas hari raya pertama barulah boleh kita teruskan dengan ibadah puasa 6 yang ganjaranya ibarat kita menjalani ibadah puasa pada sepanjang tahun. Fitrah diri untuk bersih sepanjang tahun.

Seseorang yang berjaya dengan ibadah puasanya akan mendapat rumah di Syurga dengan keseronokan yang kekal. Hari raya mengajak kita gembira dan ceria. Janganlah pula dicemari dengan program maksiat yang boleh mengundang murka Allah. Alangkah bahagia sesiapa yang dapat menghuni Syurga Allah.

Kekalkan anjakan takwa. Ramadan telah pergi namun amalan baik akan diteruskan. Ramadan yang berlalu telah membawa perubahan positif. Solat secara berjemaah, menghadiri majlis ilmu, amalan bersedekah diteruskan dan bukan sebaliknya makin liat, makin malas atau makin kedekut. 

Hari raya kita bergembira berlepas diri daripada belenggu nafsu dan melahirkan kesyukuran tidak terhingga dengan banyakkan takbir, takbir dan tahlil. Teruskan dengan ibadah puasa 6 di bulan Syawal untuk menggapai redha Allah, rahmat Allah, dan ganjaran sepanjang tahun. Kembalilah kepada Tuhan mu. 

Tahniah kerana berjaya menunaikan puasa Ramadan, menunaikan tanggungjawab zakat fitrah, dan meraikan Hari Raya. Teruskan agenda positif dan kekalkan anjakan takwa.

@@@

2 comments:

Zul fattah said...

macam biasa tuan, seperti tahun2 lpas. msjd jd kosong bila rmdhan berakhir.. skrng dah berlaku d tmpat sy..

School Of Tots said...

TQ Zul Fattah. Apakah kita ini ibadah untuk Ramadan? Ramadan tu makhluk. Perbetulkan niat untuk amal soleh kepada pemilik makhluk iaitu Allah SWT. Kita sama2 doa supaya dibuka pintu hati dan diberi hidayah oleh Allah SWT supaya para jemaah kembali memenuhi ruang surau dan masjid untuk solat fardu dan majlis2 ilmu. In Sha Allah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...