Masjid Al-Falah USJ - 30/8/13, 8am-5pm |
Apa khabar saudara se Islam kita di Mesir? Lena tidur kah mereka malam ini? Sudah lupakah kita kepada mereka? Jadilah mata rantai Islam. Kalau tidak mampu ke medan syahid bersama mereka demi menuntut sesuatu yang hak, maka wajarlah sama2 panjatkan doa buat mereka sebagai sokongan kepada orang2 yang telah berjuang untuk menegakkan Islam di bumi Allah ini.
Apakah dengan bersiaran langsung dengan Konsert Harmoni dan Uniti dari Dataran Merdeka pada hari minggu lalu membantu kita mengenang nasib yang menimpa saudara se Islam kita di Mesir? Apakah persembahan artis-artis popular itu bisa memperkasa Islam untuk digeruni oleh rejim kudeta kejam Mesir itu?
Harapnya kita ini bukan Islam sekadar pada nama atau IC. Kita mahukan Islam pada cara hidup kita, cara berpakaian kita, cara fikir kita, cara tindakan kita, cara tutur dan tulis kita, Islam di luar dan di dalam. Barulah nantinya akan ada rantaian hubungan dengan umat Islam yang tertindas itu.
******
Prihatin Mesir | Terkini
PERAMPAS BIMBANG TENTERA INGKAR PERINTAH.
Suratkhabar New York Times menegaskan puak perampas kuasa melahirkan kebimbingan tentera akan mengingkari arahan pimpinan mereka utk melepaskan peluru hidup terhadap pendemo aman setelah tersebar berita ramai sanak saudara tentera yang terbunuh semasa serangan di Rabaah dan Nahdah.
Puak perampas sebelum ini menggunakan fatwa-fatwa yang menghalalkan darah penyokong Pro Mursi kerana bimbang tentera ingkarkan arahan.
Semasa demo Jumaat lepas JUMAAT SYUHADA hanya seorang sahaja yang terbunuh itupun dibunuh oleh samseng bukannya tentera.
Apakah benar tentera telah berubah?
Tunggu dan lihat jumaat 30 Ogos demo besar-besaran seluruh Mesir akan diadakan. Adakah tentera akan lepaskan tembakan?
Tunggu dan lihat, sama-sama kita nantikan.
Sumber: Ikhwan online
******
Prihatin Mesir | KENYTAAN DR YUSUF AL-QARADHAWI
"Penentang Mursi Adalah Khawarij"
Dr Yusuf al-Qaradhawi menegaskan bahawa Dr Mursi merupakan Presiden Mesir yang sah yang dipilih oleh majoriti rakyat tersebut.
Beliau menjelaskan perkara tersebut dalam satu rancangan televisyen "al-Syariah wa al-Hayah" dengan berkata :
"Sesiapa yang keluar menentang Mursi maka mereka adalah golongan Khawarij."
Ini ditegaskan bahawa Khawarij ialah golongan yang menentang perkara yang sah.
Sumber : qaradawi.net
******
Prihatin Mesir | Pendedahan
PERSATUAN ULAMA MUSLIMIN MENDEDAHKAN PUNCA TENTERA MEMBOCORKAN VIDEO ULAMA KUDETA.
Hangat diperkatakan sekarang tentang tersebarnya video fatwa ulama-ulama yang menghalalkan darah pendemo pro Mursi. Apa hakikatnya?
Dunia menyaksikan demo di Rabaah dan Nahdah disuraikan dengan ganas mengorbankan ribuan nyawa. Kenapa begitu sekali kejamnya polis dan tentera? Kisah bermula, bila tentera ingin menyuraikan demo tadi, Kor agama dalam tentera menjemput beberapa orang ulama untuk memberi kuliah berkenaan dengan hukum mereka yang menentang tentera dan polis.
Ulama-ulama ini dengan tegas mengeluarkan fatwa halal darah penentang tentera. Pimpinan tentera dan polis yg mendengar kuliah itu diminta untuk memaklumkan kepada anak buah masing-masing tentang fatwa tersebut, disamping berita yang tidak betul disampaikan seperti penyokong Mursi memiliki senjata berat, bom dan juga setiap hari ikhwan membunuh tentera dan polis. Maklumat ini tersemat di sanubari tentera dan polis.
Bila tiba saat serangan ke atas Rabaah dan Nahdah mereka dimaklumkan dari masa ke semasa polis dan tentera mati ditembak. Ini menyebabkan mereka bertindak terlalu ganas tanpa pri kemanusian.
Selesai operasi ,masing -masing pulang ke rumah.Di sini sanak saudara tertanya tanya kenapa terlalu kejam tindakan mereka. Mereka mula melihat keadaan sebenar di tv al jazeera dan sumber lain yang boleh dipercayai juga melihat ramai ulama ulama lain seperti syeikh Al-Qardhawi, Salem Awwa, Hassan Syafie dan ramai lagi yang memfatwakan haram membunuh pendemo aman.
Akhirnya ramai dikalangan tentera dan polis rasa tertipu lalu memprotes. Hasilnya pimpinan tentera meminta ulama pro tentera ulangi balik kenyataan halal darah itu di tv, tapi ramai mereka menolak dan ada yang menafikan mereka telah mengeluarkan fatwa tersebut. Akhirnya video- video itu didedahkan utk maklum kepada umum bahawa fatwa halal telah dikeluarkan.
Sekarang dikatakan ramai tentera dan polis tidak akan mengikut arahan jika mereka diarah untuk menembak pendemo aman.
Dr Ali Jumaah tetap dengan fatwa halal darah, Dr Salem Abd Jalil memohon maaf kepada rakyat Mesir dan menyatakan fatwanya telah disalah tafsir, manakala ulama lain masih membisu.
Sumber : Ikhwan online
*******
Permusuhan ke atas Islam tidak akan selesai sampai kiamat. Allah tarik sifat gerun orang kafir dan munafiq terhadap Islam kerana umat Islam akhir zaman yang tiada kualiti. Di tiup angin ke barat maka dia menjadi orang barat dan bila di tiup angin ke timur maka dia bertukar menjadi orang timur. Allah campakkan ke dalam jiwa umat Islam ini penyakit cinta dunia dan takut mati.
Di tengah2 saudara kita di Mesir bermandi darah di tindas dan dizalimi, kita terus-terusan sibukkan diri di depan TV dengan konsert nyanyian, dengan program realiti, drama, sukan dan pelbagai hiburan yang melarakan. Umat yang sudah tidak ingat mati dan tidak ada persiapan pun untuk mati lagaknya.
Daripada Tsauban RA berkata: Rasulullah SAW
bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh
dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan
mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya
"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab,
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di
waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati
musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu
penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai
Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (H.R. Abu Daud)
Keadaan umat Islam pada hari ini,
menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Umat
Islam walaupun mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta
(1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi
alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak,
disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau
pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan
kekuatan umat Islam. Sebaliknya umat Islam terus bercakaran sesama sendiri. Yahudi dan Nasrani bertepuk tangan di belakang.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan 'takut mati".
Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah SWT. Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah SWT.
Kita berdoa agar Allah SWT menurunkan mushrah-Nya kepada umat Islam dan memberikan kepada umat Islam kejayaan di dunia dan di akhirat.
Apa khabar Mesir? Teruskan memohon doa agar Allah menghancurkan rejim kudeta Mesir yang zalim itu dan memberi kemenangan kepada Mursi dan seluruh pejuang Islam di sana. Itu paling kurang yang dapat kita lakukan. Usah tangguh lagi.
@@@
No comments:
Post a Comment