Tuesday, August 27, 2013

Apa Khabar Mesir?

Masjid Al-Falah USJ - 30/8/13, 8am-5pm


Apa khabar saudara se Islam kita di Mesir? Lena tidur kah mereka malam ini? Sudah lupakah kita kepada mereka? Jadilah mata rantai Islam. Kalau tidak mampu ke medan syahid bersama mereka demi menuntut sesuatu yang hak, maka wajarlah sama2 panjatkan doa buat mereka sebagai sokongan kepada orang2 yang telah berjuang untuk menegakkan Islam di bumi Allah ini.

Apakah dengan bersiaran langsung dengan Konsert Harmoni dan Uniti dari Dataran Merdeka pada hari minggu lalu membantu kita mengenang nasib yang menimpa saudara se Islam  kita di Mesir? Apakah persembahan artis-artis popular itu bisa memperkasa Islam untuk digeruni oleh rejim kudeta kejam Mesir itu? 

Harapnya kita ini bukan Islam sekadar pada nama atau IC. Kita mahukan Islam pada cara hidup kita, cara berpakaian kita, cara fikir kita, cara tindakan kita, cara tutur dan tulis kita, Islam di luar dan di dalam. Barulah nantinya akan ada rantaian hubungan dengan umat Islam yang tertindas itu.


******

Prihatin Mesir | Terkini

PERAMPAS BIMBANG TENTERA INGKAR PERINTAH.

Suratkhabar New York Times menegaskan puak perampas kuasa melahirkan kebimbingan tentera akan mengingkari arahan pimpinan mereka utk melepaskan peluru hidup terhadap pendemo aman setelah tersebar berita ramai sanak saudara tentera yang terbunuh semasa serangan di Rabaah dan Nahdah.

Puak perampas sebelum ini menggunakan fatwa-fatwa yang menghalalkan darah penyokong Pro Mursi kerana bimbang tentera ingkarkan arahan.

Semasa demo Jumaat lepas JUMAAT SYUHADA hanya seorang sahaja yang terbunuh itupun dibunuh oleh samseng bukannya tentera.

Apakah benar tentera telah berubah?

Tunggu dan lihat jumaat 30 Ogos demo besar-besaran seluruh Mesir akan diadakan. Adakah tentera akan lepaskan tembakan?
Tunggu dan lihat, sama-sama kita nantikan.

Sumber: Ikhwan online



****** 


Prihatin Mesir | KENYTAAN DR YUSUF AL-QARADHAWI

"Penentang Mursi Adalah Khawarij"

Dr Yusuf al-Qaradhawi menegaskan bahawa Dr Mursi merupakan Presiden Mesir yang sah yang dipilih oleh majoriti rakyat tersebut.

Beliau menjelaskan perkara tersebut dalam satu rancangan televisyen "al-Syariah wa al-Hayah" dengan berkata :

"Sesiapa yang keluar menentang Mursi maka mereka adalah golongan Khawarij."

Ini ditegaskan bahawa Khawarij ialah golongan yang menentang perkara yang sah.

Sumber : qaradawi.net



****** 


Prihatin Mesir | Pendedahan

PERSATUAN ULAMA MUSLIMIN MENDEDAHKAN PUNCA TENTERA MEMBOCORKAN VIDEO ULAMA KUDETA.

Hangat diperkatakan sekarang tentang tersebarnya video fatwa ulama-ulama yang menghalalkan darah pendemo pro Mursi. Apa hakikatnya?

Dunia menyaksikan demo di Rabaah dan Nahdah disuraikan dengan ganas mengorbankan ribuan nyawa. Kenapa begitu sekali kejamnya polis dan tentera? Kisah bermula, bila tentera ingin menyuraikan demo tadi, Kor agama dalam tentera menjemput beberapa orang ulama untuk memberi kuliah berkenaan dengan hukum mereka yang menentang tentera dan polis.

Ulama-ulama ini dengan tegas mengeluarkan fatwa halal darah penentang tentera. Pimpinan tentera dan polis yg mendengar kuliah itu diminta untuk memaklumkan kepada anak buah masing-masing tentang fatwa tersebut, disamping berita yang tidak betul disampaikan seperti penyokong Mursi memiliki senjata berat, bom dan juga setiap hari ikhwan membunuh tentera dan polis. Maklumat ini tersemat di sanubari tentera dan polis.

Bila tiba saat serangan ke atas Rabaah dan Nahdah mereka dimaklumkan dari masa ke semasa polis dan tentera mati ditembak. Ini menyebabkan mereka bertindak terlalu ganas tanpa pri kemanusian.

Selesai operasi ,masing -masing pulang ke rumah.Di sini sanak saudara tertanya tanya kenapa terlalu kejam tindakan mereka. Mereka mula melihat keadaan sebenar di tv al jazeera dan sumber lain yang boleh dipercayai juga melihat ramai ulama ulama lain seperti syeikh Al-Qardhawi, Salem Awwa, Hassan Syafie dan ramai lagi yang memfatwakan haram membunuh pendemo aman.

Akhirnya ramai dikalangan tentera dan polis rasa tertipu lalu memprotes. Hasilnya pimpinan tentera meminta ulama pro tentera ulangi balik kenyataan halal darah itu di tv, tapi ramai mereka menolak dan ada yang menafikan mereka telah mengeluarkan fatwa tersebut. Akhirnya video- video itu didedahkan utk maklum kepada umum bahawa fatwa halal telah dikeluarkan.

Sekarang dikatakan ramai tentera dan polis tidak akan mengikut arahan jika mereka diarah untuk menembak pendemo aman.

Dr Ali Jumaah tetap dengan fatwa halal darah, Dr Salem Abd Jalil memohon maaf kepada rakyat Mesir dan menyatakan fatwanya telah disalah tafsir, manakala ulama lain masih membisu.

Sumber : Ikhwan online


*******

Permusuhan ke atas Islam tidak akan selesai sampai kiamat. Allah tarik sifat gerun orang kafir dan munafiq terhadap Islam kerana umat Islam akhir zaman yang tiada kualiti. Di tiup angin ke barat maka dia menjadi orang barat dan bila di tiup angin ke timur maka dia bertukar menjadi orang timur. Allah campakkan ke dalam jiwa umat Islam ini penyakit cinta dunia dan takut mati. 

Di tengah2 saudara kita di Mesir bermandi darah di tindas dan dizalimi, kita terus-terusan sibukkan diri di depan TV dengan konsert nyanyian, dengan program realiti, drama, sukan dan pelbagai hiburan yang melarakan. Umat yang sudah tidak ingat mati dan tidak ada persiapan pun untuk mati lagaknya.

Daripada Tsauban RA berkata: Rasulullah SAW bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (H.R. Abu Daud)

Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Umat Islam walaupun mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan umat Islam. Sebaliknya umat Islam terus bercakaran sesama sendiri. Yahudi dan Nasrani bertepuk tangan di belakang.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan 'takut mati". 

Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah SWT. Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah SWT.

Kita berdoa agar Allah SWT menurunkan mushrah-Nya kepada umat Islam dan memberikan kepada umat Islam kejayaan di dunia dan di akhirat. 

Apa khabar Mesir? Teruskan memohon doa agar Allah menghancurkan rejim kudeta Mesir yang zalim itu dan memberi kemenangan kepada Mursi dan seluruh pejuang Islam di sana. Itu paling kurang yang dapat kita lakukan. Usah tangguh lagi.

@@@

Tuesday, August 20, 2013

Cari Hidayah



Ramai juga yang berkunjung ke Masjid tetapi gagal mencapai matlamat. Ini kerana nawaitu yang silap. Contohnya Kak Bedah yang agak moody sentiasa dan sangat payah untuk senyum atau memberi salam. Sebarkan salam itu kan sangat utama? Dia yang baru berpisah dengan suaminya mungkin terbawa-bawa masalah peribadinya ke Masjid. Mungkin juga dia menjadikan kunjungannya ke Masjid saban malam sebagai tempat pelarian daripada masalahnya.

Ada juga ahli jemaah yang sangat tidak fokus kepada majlis ilmu yang berlangsung malah acap pula mengganggu konsentrasi orang lain. Ada yang asyik rajin berbual dan membuka cerita dari satu cerita ke satu cerita seolah-olah dia pula yang sedang berceramah. Ada pula yang bercakap dengan nada yang nyaring. Ini sangat mengganggu ahli jemaah lain yang memang nawaitunya untuk menuntut ilmu di sesi kuliah maghrib itu.

Saya juga perhatikan ada kelompok jemaah yang jasadnya berada di majlis ilmu namun fikiran merayau-rayau ke tempat lain. Hasilnya kosong. Apa yang disampaikan oleh Ustaz di hadapan itu cuma berjaya masuk telinga kanan dan terus keluar melalui telinga kiri. Tidak melekat satu apa isi pun daripada penyampaian ilmu yang berlangsung. Apatah lagi tidak ada inisiatif untuk mengambil nota atau membuat rakaman audio.

Ramai juga yang menjadikan sesi majlis ilmu sebagai penawar atau ubat untuk tidur. Umpama dos ubat tidur atau ulikan untuk dia tidur. Memang lelap. Sama seperti masa dia di sesi khutbah jumaat saban minggu walau di masjid mana sekali pun dia berada. Penyakit juga orang macam ini. Yang peliknya kalau depan TV tengok bola atau filem aksi segar pula dia. Satu lagi ialah persoalan adab. Ada yang tidak menjaga adab menjadi tetamu Allah di rumah-Nya dengan duduk berlunjur kaki atau secara yang tidak sopan.

Saya lihat ada juga golongan kaki masjid yang juga tidak mendapat faedah daripada majlis2 ilmu yang dilangsungkan. Ada yang lebih suka duduk di anjung masjid sambil relax atau baring2. Ada yang lebih minat berbual-bual kosong hal bursa saham atau hal2 dunia yang lain. Ada yang tekun baca akhbar di kaki lima masjid di kala Ustaz rancak berceramah.

Ada juga yang sambil bersandar ke dinding dengan jari jemarinya rancak bermain atau menggentel buah tasbih. Sedang sibuk berzikir agaknya. Tidak sedarkah dia bahawa sejenak berada dalam majlis ilmu sangat afdal hingga lebih baik daripada mendirikan 1,000 rakaat solat2 sunat. Sepatutnya dia duduk dalam majlis ilmu dan fokus kepada pengajian dan ilmu yang disampaikan oleh para penceramah jemputan saban malam itu.

Ini termasuklah juga kelompok yang berjawatan seperti para AJK Masjid, Pak Bilal, Pak Imam atau Tok Siak. Ada yang berjawatan ini bila tiba masa kuliah maghrib maka dia terus menyelinap keluar atau sibuk buat tugasan lain yang memang sangat bawah prioritinya.  Sangatlah rugi dia. Seolah-olahnya dia hanya terpaksa berada di masjid itu demi tugasan. Ada di kalangan petugas ini pula jika bukan giliran dia bertugas maka batang hidung pun tidak nampak. Seolahnya dia datang bersolat berjemaah di masjid itu bila kebetulan masa dia dijadualkan bertugas, bila bukan giliran dia bertugas maka tidak perlu datang ke masjid?

Saya perhatikan ada juga beberapa orang yang menyibukkan dirinya dengan urusan lain dan hanya bergegas masuk saf di hujung2 solat iaitu dengan keadaan masbuk. Dia tidak bersungguh-sungguh mengejar solat secara berjemaah dengan kesempurnaan yang maksima apatah lagi mengejar saf yang pertama. Kesian dia dan ianya sudah bertukar menjadi tabiat yang sebati. Tambahan lagi tiada yang menegur kekurangannya itu kerana segan atau takut jatuh air mukanya. Begitu juga bila majlis ilmu berlangsung dia akan sibukkan dirinya dengan perkara2 lain termasuklah membuat lawak2 bodoh atau berbual kosong tanpa ada nilaian di sisi Allah walau secubit.

Ibarat seorang pustakawan yang bertugas di perpustakaan yang dirinya dikelilingi khazanah buku dan gedung ilmu. Namun dia tidak berminat membaca buku dan mencari ilmu maka dia kekal jahil walaupun suasana ilmu memang ada di sekelilingnya. Begitulah juga terjadi kepada sebahagian para jemaah masjid yang walaupun regular dan rajin mengunjungi masjid malah sudah dilabel sebagai ahli masjid tapi dia tidak merasakan kelazatan atau kemanisan menuntut ilmu di kuliah2 yang diadakan saban malam hinggakan dia tidak dapat walau sedikit ilmu pun.

Sebagai konklusi kita renung balik apakah kita ini ada tergolong daripada kelompok yang rugi itu? Kita mula langkah baru untuk memperbaiki segala kekurangan dan memperbetulkan segala kesilapan demi untuk mengimarahkan rumah Allah dengan cara yang betul dan benar. Agar diakhirnya kita mendapat manfaatnya dan boleh menjadi manusia yang berilmu yang bukan sekadar beramal tanpa ilmu. Dan akhirnya kita sampaikan balik ilmu yang kita dapat itu kepada orang lain. Ilmu yang dapat disebar luaskan dengan usha dakwah masing2 yang tersendiri yang In Sha Allah bakal menyumbang kepada dana Akhirat.

@@@

Monday, August 19, 2013

Masjid Terbuka



Aku Rindu Suasana Ini Yang Di Rakam 
Pada Malam 27 Ramadan Yang Lalu
Di Masjid as-Salam



Abu Jandal penggali kubur bersuara tika para jemaah mula membentuk saf untuk solat asar di Masjid as-Salam pada petang 10 Syawal itu.  Suara Abu Jandal yang parau dan serak-serak basah itu mengundang perhatian semua orang di dewan solat itu.


Katanya, “Pihak Masjid akan mengadakan majlis Masjid Terbuka. Tarikhnya ialah pada sepanjang bulan Syawal yang berbaki ini. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Ia berbeza daripada majlis Rumah Terbuka yang kedapatan pada sepanjang bulan Syawal kerana juadahnya agak berbeza. Tiada juadah rendang, lemang, ketupat, satay, lontong, soto, beryani gam, atau mee kari boleh kita temui. Juadah utamanya ialah makanan ruhani. Antara makanan ruhani yang disediakan ialah iktiqaf Masjid, azan dan iqamah, solat2 fardu berjemaah, solat2 sunat, pengajian Qur’an, sebaran salam, majlis2 ilmu, zikir, selawat dan doa. Jemputlah ramai2 ke majlis Masjid Terbuka ini. Makanlah hingga kenyang. Ia bermula seawal sebelum subuh setiap pagi dan berakhir selepas solat sunat rawatib selepas Isyak setiap malam. Kehadiran para muslimin dan muslimat sekelian bakal mengundang rahmat Allah. Semoga kita semua akan memperoleh hidayah, keampunan, dan redha Allah.” 


Saya yang tika itu berada selang beberapa jemaah di kanan Abu Jandal termenung sejenak. Mulanya rasa agak terganggu dengan penyataan daripada Abu Jandal tadi, apatah lagi tika para jemaah tengah fokus membentuk saf untuk mendirikan solat bagi mengadap Yang Esa. 

Namun setelah berfikir sekejap saya rasa ada benar dan asli pelawaan daripada Abu Jandal itu. Dalam kita duduk sibuk memenuhi undangan Rumah Terbuka di sana sini hingga acap pula terlepas untuk sama-sama berjemaah solat fardu di Masjid, tidak terfikir langsung kita yang lemah ini fasal memenuhi undangan Masjid Terbuka. 

Terima kasih Abu Jandal kerana berkata yang hak dengan jemputan terbuka tanpa kad ini. Ayuh kita raikan kemenangan amal soleh Ramadan yang lalu di Syawal ini dengan berkunjung ke Masjid Terbuka di seluruh Negara. 


@@@

Di Mana Che Pa?




Di mana Che Pa? Saya tercari-cari susuk tubuhnya. Saya perhatikan para jemaah di sebelah kiri ruang solat. Dia tiada di situ. Saya toleh ke sebelah kanan. Che Pa tidak kelihatan. Saya renung jemaah yang berada di depan yang sedang tekun mengikuti kuliah maghrib yang sedang disampaikan oleh Ustaz Yusrizal. Che Pa masih tidak kelihatan. Saya tengok ke belakang. Che Pa tidak hadir malam ini agaknya. 


Semalam usai solat asar saya menegur seorang pemuda. Kata saya, “Tak pergi Padang Merbuk?” Dia mengangguk sambil berkata, “Nak gi juga.” Dia pandang ke depan kepada beberapa orang pemuda. Katanya, “Mereka pergi dengan motor.” Kemudian saya lihat dia masuk ke kereta Wajanya. Agak sporti juga keretanya, maklumlah orang muda. Di depan kereta Waja itu saya lihat Pak Mat memasuki kereta Pesona putehnya. Pak Mat ini pun boleh tahan juga. Kereta Pesonanya tampak sporti juga. Melihat pada perwatakannya saya agak umur Pak Mat sudah mencecah 70an.


Pemanduan saya melalui lebuhraya PLUS hingga ke Tol Jalan Duta mengambil masa kira-kira 30 minit. Anak perempuan dan isteri saya ada bersama. Kami berniat untuk menghadiri Himpunan Munajat 100K anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) untuk mengutuk kekejaman rejim kudeta Mesir yang setakat hari ini sudah mengorbankan lebih 5,000 nyawa rakyat marhain yang berhimpun secara aman memprotes rampasan kuasa yang menggulingkan Presidan Mohamed Mursi yang dipilih sebagai Presiden Mesir melalui proses pilihanraya yang sah.


Setelah menurunkan isteri dan anak berdekatan dengan Padang Merbok, saya memakir kereta di hujung jalan kira-kira 100m dari lokasi. Saya pun bersedia untuk berjalan menuju ke lokasi himpunan. Kebetulan agaknya, pemuda tadi memandu keretanya dan pakir di belakang kereta saya. Dia berseorangan saja. Terdetik di hati saya, “Semangat juga anak muda ini.” Saya berpeluang berjalan beriringan dengan pemuda ini.


Maka saya pun sempat berkenalan. Dia memberitahu namanya ialah Che Pa. Nama sebenarnya agak panjang tapi orang memanggilnya Che Pa sejak kecil lagi. Saya berkata bahawa saya selalu nampak dia di Masjid. “Bagus kerana awak rajin ke Masjid,” puji saya. Dia menjawab, “Pergi time ada masa. Time kerja tak dapat pergi.” Saya tanya dia kerja di mana. Dia menjawab di sebuah syarikat swasta berdekatan.


Kami berpisah bila tiba di Padang Merbok. Saya bersama isteri dan anak mencari tempat di hujung padang. Itulah kisahnya perkenalan saya dengan seorang pemuda ahli Masjid yang bernama Che Pa. Di mana Che Pa? Mungkin dia tidak hadir ke Masjid malam ini kerana dia bertugas syif malam agaknya. Saya sering melihat dia di Masjid ini. Dia memang kaki Masjid. In sha Allah selepas ini dapat lagi bersembang dengannya di Masjid.

“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Hadis Riwayat: Abu Daud dan Ibnu Majah)
 


@@@

Saturday, August 17, 2013

Padang Merbok

Orang ramai mula memenuhi Padang Merbok. Pidato daripada para pemimpin parti politik dan NGO bermula pukul 4ptg. Solat maghrib, solat jenazah ghaib, solat hajat, munajat dan doa dipimpin oleh TG Hj Hadi. Hidup hidup, hidup rakyat. Mati mati, mati rejim. Hidup hidup, hidup Mursi. Mati mati, mati Sisi. Daulah daulah, daulah Islamiah. Menurut congak saya tidak kurang daripada 10,000 orang menghadiri himpunan munajat ini.

.






Sungai Darah




Lebih 5,000 Orang Saudara Se Islam Kita
Sudah Terkorban Oleh Keganasan
Rejim Kudeta Mesir Ini
Soidariti Mantap Ukhwah Rakyat Malaysia
Mengutuk Kekejaman Tentera
Rejim Haram Kudeta Mesir

Saya memetik akhbar Sinar Harian di m/s 2, "Darah yang mengalir di Mesir ketika ini sederas Sungai Nil. Jutaan rakyat bangkit menentang kebiadaban tentera sungguh pun diserang dari segenap penjuru hingga meragut lebih 2,000 nyawa."

Pada m/s yg sama saya memetik ucapan penulis tersohor Mesir iaitu Wael Qandil: 


*****

Bilangan orang-orang yang dibunuh oleh tentera Mesir berganda-ganda daripada yang dibunuh oleh tentera Yahudi dalam Perang Oktober.

  1. Tentera Mesir membunuh 750 Yahudi semasa perang enam hari 1967.
  2. Tentera Mesir dibunuh 1000 Yahudi dalam tempoh enam tahun Perang pergeseran.
  3. Tentera Mesir dibunuh 2500 Yahudi semasa keseluruhan satu tahun usia perang 1973.

Tentera Mesir telah membunuh lebih 5,000 orang Islam Mesir dalam satu bulan sejak rampasan kuasa bermula, termasuk lebih daripada 3,000 dibunuh dan terbakar kebanyakan bahagian badan-badan mereka semasa "beberapa jam" di Medan Rabiatul Adawiyah.

Ajarlah anak-anak anda bahawa orang-orang yang dibunuh oleh tentera Mesir dalam satu bulan lebih banyak daripada bilangan orang-orang Yahudi yang membunuh lebih 25 tahun.!

Ajarlah anak-anak anda bahawa tentera Mesir menjaga Yahudi dan tidak menjaga orang-orang di Mesir.!

Ajarlah anak-anak anda bahawa tentera Mesir memijak rakyat Mesir, membuang mereka ke dalam tong sampah, dan membunuh orang-orang yang tunduk dan sujud kepada Allah dan berdiri secara aman, dan mereka membakar mayat-mayat dan masjid.

Ajarlah anak-anak anda bahawa pemerintahan tentera mengkafirkan ayat-ayat Allah.

Sumber : Rabaa Today


*****

"Anda tidak perlu untuk menjadi rakyat Mesir untuk bersimpati, anda hanya perlu menjadi manusia." - Erdogan ketika sembahyang jenazah untuk ribuan syuhada yang dibunuh semalam.

Saya menyeru Tuan2 dan Puan2 ke Himpunan Munajat di Padang Merbuk KL hari ini jam 4ptg - 9mlm. Jom keluar dari zon selesa kita untuk sama2 mujahadah untuk munajat dan memanjat doa sebagai mengutuk kekejaman rejim kudeta Mesir kepada saudara muslim kita. Semoga munajat dan doa kita dimakbul Allah dan menjadi peluru dan senjata yang paling canggih untuk mematahkan segala kezaliman, kekejaman dan ketidakadilan ini. Ayuh, Ini Kali Lah !!! 

Zahirkan sokongan kita semua sebagai Rakyat Malaysia yang prihatin. Bukan sebagai kelompok manusia bagai lembu kenyang yang pengecut dan tiada hati perut bila melihat kekejaman yang lebih teruk dan dahsyat persis apa yang dilakukan rejim Zionis yahudi dan rejim Bashar As=sad di Syria.



@@@

Wednesday, August 14, 2013

Pasca Ramadan Satu Analisa

Masjid Putrajaya
banyak tiang dari orang

Sdra Zul Fattah seorang pengunjung blog saya memberi komen pasca Ramadan pada posting saya bertajuk Kekalkan Anjakan Takwa, "Macam biasa tuan, seperti tahun2 lepas, masjid jadi kosong bila Ramadan berakhir.. sekarang dah berlaku di tempat saya."

Saya termenung sejenak dan membalas komen beliau, "TQ Zul Fattah. Apakah kita ini ibadah untuk Ramadan? Ramadan itu makhluk. Perbetulkan niat untuk amal soleh kepada pemilik makhluk iaitu Allah SWT. Kita sama2 doa supaya dibuka pintu hati dan diberi hidayah oleh Allah SWT supaya para jemaah kembali memenuhi ruang surau dan masjid untuk solat fardu dan majlis2 ilmu. In Sha Allah."

Perkara sebegini seolah-olah memang dijangkakan oleh ramai. Malah para Ustaz yang memberi tazkirah Ramadan tempoh hari pun ramai yang mengulangi fenomena melimpah ruah para jemaah di awal Ramadan dan mula berkurang menjelang akhir Ramadan dan seterusnya akan terus berkurang pabila musim Raya dan hari-hari mendatang selepas itu. Kata pakar2 motivasi kalau kita dok ulang benda negatif maka akan termakbul sebagaimana yang kita dok ulang itu. 

Sebaliknya kalau kita dok ulang dan minta dan doa benda2 yang elok maka In Sha Allah, Allah SWT akan makbulkan jua. Maka adalah afdal kita semua terutamanya para Ustaz ulang lagi dan lagi benda2 positif agar masyarakat dapat berubah kepada suasana yang positif. Bukannya dimomokkan dengan budaya negatif hingga diterima pakai oleh majoriti sebagai perkara biasa atau dah jadi sebahagian daripada adat.

Janganlah kita dok tiru taktik surat khabar arus perdana yang asyik cari tajuk sensasi untuk dipaparkan saban hari walaupun kebanyakannya negatif dan menonjolkan keaiban dan kepincangan masyarakat sokmo demi untuk melariskan jualan akhbar mereka tanpa peduli kesan pada masyarakat. 

Perasan tak trend akhbar2 ni? Kalau musim buang anak maka hari2 dok cerita pasal kes buang anak. Depa dok korek jugak sampai ke lubang cacing. Kalau musim tanah runtuk ke tanah gondol ke maka itulah cerita yang di ulang tayang. Zaman kes ragut maka kes ragutlah jawabnya. Kes liwat, kes bunuh, kes rogol, kes dera takyah cerita la kan. Tempoh hari sensasi kes tembak, tu dia hari2 muncul kes tembak. Naik loya aku.

Maka para Da'ei dan para Ustaz, please lah janganlah dok jadi alat penyebar cerita negatif pada masyarakat. Cukuplah. Kita nak didik masyarakat untuk menuju era baru, iaitu perkara2 yang diunjurkan syariat bukan perkara2 adat. Kita nak perkara biasa jadi luarbiasa, bukan perkara luarbiasa jadi biasa.

Kalau hari2 jalan jem kita rasa itu biasa. Tapi yang sebenarnya adik kakok, jalan jem ni perkara luarbiasa asalnya. Hinggakan bila jalan tak jem, kita pula heran, "Eh apasal tak jem hari ni?" Itulah analoginya kalau hari2 dok dengar atau mengalami benda yang negatif hinggakan minda separa sedar kita ini sudah terpahat bahawa itu perkara biasa. Ini sebenarnya ajaran sesat bro, kita kena betulkan balik.

Solat berjemaah penuh masjid dan surau itu ialah perkara biasa bukan luarbiasa. Penuh melimpah majlis2 ilmu di surau2 dan masjid itu perkara normal bukan abnormal. Usah diperlekehkan ia. Ini tidak, asyik dok make fun, duduk buat lawak, asyik ejek, asyik sindir. Sekarang bila berlalu Ramadan surau dan masjid kembali sunyi, padan muka kita semua. Itu yang kita semua nak gamaknya. Kembali jahil dan tukil. Hijrah yang gagal.

Pada pengamatan saya sepanjang Ramadan yang lalu di Masjid mukim saya, pada awal Ramadan Alhamdulillah mencapai 15 saf lelaki dan 8 saf perempuan iaitu total anggaran jemaah dalam lingkungan 1,000 orang. Allah SWT janjikan Rahmat-Nya di 10 pertama Ramadan. 

Kemudian dipertengahannya jumlah jemaah lelaki susut sedikit kepada 12 saf dan perempuan kepada 6 saf menjadi jumlah keseluruhan jemaah dalam lingkungan 900 orang. Allah SWT janjikan pengampunan-Nya pada 10 kedua Ramadan. 

Pada penghujung Ramadan Alhamdulillah jumlah jemaah lelaki di masjid kami ini masih bertahan sekitar 9 saf dan perempuan sekitar 4 saf. Alhamdulillah, maknanya dalam lingkungan 650 orang jemaah kekal istiqamah. Bagi saya ini satu prestasi yang baik. Kalau nak dibandingkan dengan sebelum Ramadan di mana jumlah yang hadir untuk solat maghrib sekitar 5 saf iaitu lingkungan 250 orang dan yang duduk di majlis ilmu sekitar 100 orang secara purata.

Qiyamullail dianjurkan oleh pihak masjid di adakan pada dua hari hujung minggu bermula awal Ramadan. Qiyamullail di tingkatkan kepada frekuensi setiap malam pada 10 terakhir Ramadan. Sahur disediakan. Alhamdulillah saya perhatikan sekurang-kurangnya ada satu saf iaitu dalam lingkungan 50 orang pada setiap malam. Menjelang akhir Ramadan khasnya malam 27 dan 29 saya lihat ia meningkat kepada tiga saf. Solat subuh berjemaah pula sangat hidup dengan tidak kurang daripada 8 saf setiap hari. Alhamdulilah.

Format di masjid ini ialah teraweh 4 rakaat, tazkirah 30minit oleh Ustaz2 jemputan yang power2 semuanya, dan diteruskan teraweh 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Alhamdulillah ia berjaya mengundang 550-900 orang pendatang baru untuk mengikuti majlis2 ilmu yang diadakan saban malam dalam bentuk tazkirah pendek itu. Moga2 ia akan mengundang hidayah Allah agar terbuka hati untuk terus menjadi ahli masjid. 

Saya tak mahu menaruh harapan tinggi melangit. Cukup sekadar 10% yang mendapat hidayah Allah, maknanya dalam lingkungan 55-90 orang muka baru yang akan hadir ke kuliah2 maghrib di masjid kami selepas ini. Makanya harapan itu ialah 100 muka lama di campur 55-90 orang muka baru akan membentuk odion sekitar 155-190 orang. In Sha Allah.

Pasca Ramadan pada malam tadi iaitu 6 Syawal, saya perhatikan ada 3 saf untuk solat isyak (135 orang) dan hanya 3 orang jemaah wanita. Kuliah maghrib nampaknya masih cuti. Saya ingin syorkan pada Nazir masjid, majlis ilmu ini hendaklah diteruskan dengan kadar segera. Hukum menuntut ilmu ini kan wajib? Teruskan. Kalau Ustaz2 regular masih cuti raya, kita usahakanlah Ustaz2 tempatan yang tinggal di persekitaran kita ini. Kenapa mahu cuti? Teruskan memomentum amal soleh mengajak masyarakat taat pada Allah SWT.

Jom kita muhasabah diri. Pasca Ramadan satu analisa diri sendiri. Apakah aku berjaya atau gagal pada tarbiyah Ramadan yang lalu? Apakah hari raya kembali menenggelamkan aku dalam kepura-puraan dunia? Apakah segala amal soleh aku terhenti sudah? Apakah sudah tidak menjaga lidahku, pendengaranku, pandanganku dan tingkah lakuku lagi? Pasca Ramadan satu analisa diri untuk kembali istiqamah dalam amal soleh. In Sha Allah.

@@@

Friday, August 09, 2013

Kekalkan Anjakan Takwa


Takwa itu ialah menjunjung titah perintah Allah. Kekalkan anjakan takwa yang dipupuk pada bulan Ramadan itu. Sesiapa yang bertakwa Allah akan selesai masalah. Allah akan mencukupi segala keperluan. Dengan takwa Allah akan hapus dosa. Dengan takwa Allah akan buka keberkatan langit dan bumi.

Anjakan takwa yang perlu sangat diteruskan termasuklah mendalami ilmu Islam secara konsisten, melawan kehendak nafsu dan mengikut kehendak Islam, menjalankan kerja amal makruf dan nahi munkar. Akhirnya masuklah Islam secara keseluruhan.

Ibadah pada bulan Ramadan lalu telah menjana rahmat dan keberkatan yang melahirkan rasa syukur yang hebat. Kesyukuran yang sama2 kita takbirkan di malam dan pagi raya dan kita teruskan sepanjang bulan Syawal ini. Takbir bergema menzahirkan fitrah gembira meraikan kemenangan dan kesyukuran. 

Kita bertakbir 7x dan 5x pada solat sunat hari raya dan khatib meneruskan takbir sebanyak 9x pada khutbah raya mengajak fikir betapa gagahnya kita, betapa kuatkusa, betapa kaya, betapa sombong, betapa besarnya kita ini maka itu sangat ciput berbanding dengan kebesaran Allah. Allah hu Akbar.

Sejauh mana Ramadan terkesan pada fitrah kita? Jika Ramadan berlalu dengan gersang maka betapa sangat ruginya kita. Ingatlah bahawa manusia punya kehidupan selepas dunia. Di sana ada Syurga dan Neraka. Moga2 Ramadan telah menjana takwa.Mereka yang benar2 terkesan akan meneruskan ibadah puasa 6 hari di bulan Syawal. Ia umpama berpuasa di sepanjang tahun.

Cuba tanya diri dan jawab sendiri. Apakah hukum manusia lebih baik daripada hukum Allah? Apakah perancangan manusia lebih baik daripada perancangan Allah? Apakah segala yang kita ada ini lebih hebat daripada hari Akhirat, Syurga dan Neraka Allah?

Kalimah takbir telah menzahirkan sifat hamba dalam diri manusia sebagai insan yag sangat kerdil yang tidak punya apa2 melainkan atas ehsan Allah belaka. Tiada kekuatan, tiada kebesaran, tiada ketinggian, tiada kemuliaan melainkan kepunyaan Allah. Allah Maha luas pengetahuan-Nya. Ramadan sudah berlalu. Apakah kita bisa temuinya sekali lagi?

Apakah Ramadan telah membawa perubahan dan keuntungan? Apakah sudah bertambah ibadah? Bertambah sedekah? Bertambah tahajjud? Bertambah patuh pada hukum Allah? Bertambah hanpir mentaati Allah?  

Hari raya diraikan dengan berbuka dan diharamkan untuk berpuasa. Selepas hari raya pertama barulah boleh kita teruskan dengan ibadah puasa 6 yang ganjaranya ibarat kita menjalani ibadah puasa pada sepanjang tahun. Fitrah diri untuk bersih sepanjang tahun.

Seseorang yang berjaya dengan ibadah puasanya akan mendapat rumah di Syurga dengan keseronokan yang kekal. Hari raya mengajak kita gembira dan ceria. Janganlah pula dicemari dengan program maksiat yang boleh mengundang murka Allah. Alangkah bahagia sesiapa yang dapat menghuni Syurga Allah.

Kekalkan anjakan takwa. Ramadan telah pergi namun amalan baik akan diteruskan. Ramadan yang berlalu telah membawa perubahan positif. Solat secara berjemaah, menghadiri majlis ilmu, amalan bersedekah diteruskan dan bukan sebaliknya makin liat, makin malas atau makin kedekut. 

Hari raya kita bergembira berlepas diri daripada belenggu nafsu dan melahirkan kesyukuran tidak terhingga dengan banyakkan takbir, takbir dan tahlil. Teruskan dengan ibadah puasa 6 di bulan Syawal untuk menggapai redha Allah, rahmat Allah, dan ganjaran sepanjang tahun. Kembalilah kepada Tuhan mu. 

Tahniah kerana berjaya menunaikan puasa Ramadan, menunaikan tanggungjawab zakat fitrah, dan meraikan Hari Raya. Teruskan agenda positif dan kekalkan anjakan takwa.

@@@

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...