Monday, July 30, 2012

Tanyalah Ustaz Kemusykilan Ramadan

Assalamualaikum Ustaz - semoga penuh kabahagiaan di bulan Ramadan kepada Ustaz. Saya ada beberapa kemusykilan yang terbuku di hati dan harapnya Ustaz sudi memberi pencerahannya:

Apakah nilaian ibadah di malam hari lebih tinggi ganjaran pahalanya berbanding dengan ibadah di siang hari di sepanjang Ramadan ini (kecuali Lailatul Qadr yg memang special case) ?

Contohnya (pada tahap ikhlas yang sama):
-Saya solat sunat dhuha dua rakaat di pagi hari berbanding dengan saya solat tahjjud dua rakaat di malam hari?
-Atau saya bersedekah di siang hari berbanding dengan bersedekah di malam hari?
-Atau saya membaca al-Qur'an di siang hari berbanding dengan saya membaca al-Qur'an di malam hari?

Jika sama saja nisbah nilaiannya sama saja kenapakah amat digalakkan kita beribadah di malam hari sepanjang Ramadan ini?

SAMA SAHAJA. SEKADAR NAK ENCOURAGE UMAT UTK TIDAK SEKADAR HIDUPKAN RAMADHAN DI SIANG HARI SAHAJA, TETAPI TETAP "PUASA" DI MALAM HARI.
SELAIN ITU UTK MENGGALAK UMMAT MENGEJAR DAN MENCARI LAILATUL QADAR.


Bulan Ramadan adalah hadiah Allah kepada umat Nabi SAW bagi memberi ruang untuk menyaingi ibadah umat2 terdahulu yang umurnya panjang. Saya mendapat dua ilmu yg kontradik, iaitu pertama ada Ustaz mengatakan umat2 terdahulu tidak di kurniakan bulan Ramadan at all, hanya umat NAbi SAW sahaja yang dikurniakan bulan mulia ini. Namun acap kali juga saya dengar riwayat umat terdahulu yang bersangkutan dengan Ramadan contohnya Kitab Taurat diturunkan pada 6 Ramadan, Zabur pada 18 Ramadan dan Injil pada 12 Ramadan, dsb yg menggambarkan bulan Ramadan memang sudah wujud.

BULAN RAMADHAN DAH MEMANG ADA SEJAK DULU, TETAPI "KEISTIMEWAAN" DAN "KELEBIHAN" RAMADHAN HANYA UTK UMAT MUHAMMAD S.A.W


Bulan Ramadan adalah bulan turunnya Qur'an. Apakah maksudnya bulan diturunkan ayat pertama al-Qur'an? Atau al-Qur'an secara keseluruhannya? Apakah ini juga bermaksud ayat pertama iaitu Iqra'diturunkan di bulan Ramadan semasa Rasulullah di Gua Hira' itu? Nuzul Qur'an yang kita raikan pada setiap 17 Ramadan, apakah ini tarikh sebenar turunnya ayat pertama itu? Dan Lailatul Qadr juga dikaitkan dengan penurunan al-Qur'an. Jadi al-Qur'an diturunkan pada hari Nuzul Qur'an atau pada Lailatu Qadr. Ada perbezaan di sini iaitu (1) Bila turun ayat pertama? (2) Bila turun al-Qur'an secara keseluruhan (di Luh Mahfudz?)? Mohon penjelasan Ustaz kerana al-Qur'an di sampaikan kepada Nabi SAW secara berperingkat selama 23 tahun.

BAB INI MEMANG ADA PERBAHASAN YANG PANJANG. RINGKASNYA:
1. Nuzul Al-Quran yang kita raikan 17 Ramadhan adalah berkaitan Ayat Pertama (IQRA') diturunkan.
2. Adapun turun secara keseluruhan mmg ada bbrp pendapat termasuk yg mengatakn pd mlm lailatul qadar.


Walaupun ini soalan remeh/tadika tapi tetap saya mahukan kepastian - Korek hidung atau korek telinga di siang hari, batal puasa atau tidak? Iaitu dua keadaan sengaja dan tidak sengaja iaitu mula2 tak sengaja iaitu sebab habit tapi di teruskan kerana merasakan tidak apa.Apakah ini masalah furuq sahaja?

TIDAK BATAL. MELAINKAN MASUK SESUATU SPT AIR DSBG KE DALAM RONGGA (YG BERTULANG)


Suntikan ubat di siang hari oleh doktor kepada pesakitnya, batal puasa atau tidak pesakit tadi?

TIDAK. MESTI IKUT RONGGA.


Apakah semua Syaitan di rantai/belenggu atau hanya ketua2 mereka sahaja?

SEMUA DIRANTAI. ANALOGI MUDAH: ANJING KENA IKAT (MASIH BOLEH MENGGONGGONG DAN MENGGANGGU)


Apakah nilaian solat teraweh seseorang yang tidak menjaga solat fardhunya atau tidak menutup auratnya? Apakah nilaian puasanya juga?

DITERIMA INSYA ALLAH. TETAPI IBARAT SEORANG YANG HANYA BUAT KERJA OVER-TIME KAT PEJABAT TAPI KERJA HAKIKI DIA TAK BUAT. LAMA2 TAKUT KENA BUANG KERJA JUGA AKHIRNYA SBB TAK FAHAM PRIORITI.


Alhamdulillah Ustaz, saya ucapkan jutaan terima kasih atas segala penjelasan yang ringkas tapi padat ini. Terjawab kemusykilan saya. Saya doakan Allah kurniakan kebahagiaan untuk Ustaz. Jazakallah.


@@@

4 comments:

IbnMustakim said...

Bulan Ramadan adalah bulan turunnya Qur'an. Apakah maksudnya bulan diturunkan ayat pertama al-Qur'an? Atau al-Qur'an secara keseluruhannya? Apakah ini juga bermaksud ayat pertama iaitu Iqra'diturunkan di bulan Ramadan semasa Rasulullah di Gua Hira' itu? Nuzul Qur'an yang kita raikan pada setiap 17 Ramadan, apakah ini tarikh sebenar turunnya ayat pertama itu? Dan Lailatul Qadr juga dikaitkan dengan penurunan al-Qur'an. Jadi al-Qur'an diturunkan pada hari Nuzul Qur'an atau pada Lailatu Qadr. Ada perbezaan di sini iaitu (1) Bila turun ayat pertama? (2) Bila turun al-Qur'an secara keseluruhan (di Luh Mahfudz?)? Mohon penjelasan Ustaz kerana al-Qur'an di sampaikan kepada Nabi SAW secara berperingkat selama 23 tahun.

17 Ramadhan tu tarikh Perang Badar.

Sebahagian ulama' berpendapat IQRA' turun pada 21 Ramadhan (Malam ganjil)

ALLAHU A'LAM

School Of Tots said...

TQ Ibn Mustakim. Sambutan Nuzul Qur'an kita sambut setiap tahun pada 17 Ramadan untuk meraikan turunnya al-Qur'an (yg bebebeza pandangan Ulama' akan tarikh sebenar turunnya Iqra'), rupanya bersamaan juga dgn tarikh keramat Perang Badar. Hebat.

Al-Manar said...

Bermula dengan lawatan Sdr saya datang menziarahi blog sdr untuk mengenali lebih dekat. Alangkah besarnya kejayaan SOT menghasilkan buku Ramadan Terakhir sebagai sumbangan ilmu ( ... ilmun yuntafa'u bihi ...) satu bahan 'pelaburan' untuk satu hari bila berakhirnya amalan didunia.

Ingin saya tahu dimana dapat saya beli senaskhas buku ini. Munkin melalui Sdr sendiri. Sila beritahu saya melalui email: almanar@pd.jaring.my

Silalah ziarahi saya untuk bertukar fikiran. Saya sendiripun perpenat lelah untyuk tujuan yang sama dengan buku ilmiah SOT - cuma caranya sahaja berbiza.

Salaam hormat dan selamat berpuasa dan beribadah dibulan yang mulia ini.

School Of Tots said...

TQ Al-Manar kerana sudi ziarah dan memberi komen yg bersemangat. Selamat meneruskan amal soleh di fasa kedua Ramadan ini.

Alhamdulillah kerana Allah mempermudahkan saya dlm penghasilan Buku karya sulong saya itu yg rasanya masih boleh didapati di Bookstore MPH & POPULAR.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...