- Ustaz Azhar menjawab dari Madinah al-Munawarrah: Sama siang dan malam. Kecuali malam alQadar yang bersamaan 1,000 bulan.
- Hj Munir: Berbeza mengikut keikhlasan & pengorbanan/kesusahan. Wallahuaklan. Tanyalah Ustaz, bukan saya yang lemah ini.
- Ustaz Fauza: Ye..ganjaran di sisi Allah tak pernah berkurang selagi mana adanya Ramadan.
- Ustaz Johari: Nilaian Allah bergantung kepada keikhlasan kita. Tapi ganjaran lebih baik dari 1,000 bulan untuk Lailatulqadar.
Kemusykilan yang terbuku di hati ialah apakah amal ibadah kita di siang hari Ramadan itu sama ganjarannya dengan amal ibadah kita di malam hari Ramadan? Contohnya saya solat sunat dua rakaat siang hari berbanding dengan saya solat dua rakaat pada malam hari, sekiranya keikhlasan saya semata-mata kerana Allah. Maka dari jawaban yang diberikan di atas saya mendapati nilaian amalan kita di siang hari atau di malam hari sepanjang Ramadan ini adalah sama saja. Yang berbeza ialah di malam yang istimewa iaaitu Lailatulkadar.
Berkait dengan posting saya sebelum ini berkenaan dengan persoalan 'sentuhan kecundang' menjelang pengakhiran Ramadan. Memang saya dapat rasakan cabaran, dugaan dan ujian semakin berat. Ada saja kesibukan dunia atau kelemahan fisikal dan mental yang ditempelkan pada perjuangan di medan juang memburu Lailatukadar dan menghabiskan hari dan malam yang berbaki di Ramadan kali ini. Bergantung haraplah pada Allah agar diberikan kekuatan jasmani dan ruhani untuk meningkatkan daya saing dalam perjauangan ini.
Teruskan amal baik kita nawaitu semata-mata kerana Allah. Berikan persembahan terbaik dan semampu mungkin ke hadapan Allah. Semoga mendapat limpah rahmat Allah. Semoga berjaya meraih simpati dan keampunan daripada Allah SWT. Semoga dengan itu aku tergolong pada kelompok hamba Allah yang diberikan pembebasan dari azab api neraka-Nya. Tugas aku ialah beramal soleh seikhlas dan sehebat mungkin. Cuma berbaki 4 hari. Begitu cepat Ramadan berlalu.
@@@
No comments:
Post a Comment