Tuesday, August 23, 2011

Jangan Kecundang Di Hujung Perjuangan




Tadi saya hantarkan kad raya pada kawan saya ni melalui eMail. Seketika itu beliau membalas eMail saya berkenaan seperti berikut:


"Terima kasih atas ucapan ini. Tetapi ia secara tidak langsung memadamkan fokus 10 akhir Ramadan dan Lailatul Qadar sekiranya terlalu awal di war-warkan..."


Betul jugak tu. Jangan lah hantar awal2 ucapan Raya ni. Kita kena fokus kepada Ramadan yang berbaki 7 hari ini. Agendanya ialah tingkatkan ibadah. Biar kemuncaknya nanti ialah dapat bertemu Lailalatul Qadar. Jangan dok fikir nak beraya lagi. Fikir nak dapat keampunan daripada Allah dan pembebasan dari azab neraka-Nya. Itulah matlamat utama kita.


Saya pun membalas eMail kawan saya tadi, "Saya setuju. Maaf Tuan. Jgn kecundang di hujung perjuangan."


Beliau membalas balik, "Hujung perjuangan ialah maut pada jalan agama Allah." Saya tabik spring kepada kawan saya ini yang merupakan seorang aktivis jemaah tabligh dulu kini dan selamanya.


Ramai kita kecundang di hujung Ramadan ini yang dikatakan bulan perjuangan. Perjuangan yang kecundang janganlah menjadi kenyataan. Jika terjadi begitu maka itu adalah satu-satunya kerugian yang melampau. Kerana Ramadan dilimpahkan Allah rahmat dan barokah. Di bonuskan Allah dengan pelbagai promosi dan tawaran mega. Tiba-tiba kita gagal memanfaatkannya, maka rugi besar kita.


Apabila orang sibuk memburu Lailatul Qadar dengan beriktikaf di masjid, mengaji al-Qur'an, kiam, zikrullah, bermunajat memohon dan merintih keampunan pada setiap dosa dan noda, sedangkan kita sibuk tidur, menonton tv, membuat kueh raya, atau sibuk di jalanan kerana balik kampung. Pada malam-malam berbaki ini yang sepatutnya menjadi masa-masa yang paling berharga di hadapan Allah, tapi terjadi sebaliknya. Ruang masjid dan surau mulai lengang. Tadarus Qur'an sudah dihentikan.


Marilah kita perbetulkan keadaan. Mulai malam ini ayuh beriktikaf di Masjid. Bermunajat dan menginsafi diri. Berzikir dan mendirikan malam dengan solat. Mohon sungguh2 kepada limpah rahmat Allah, merayu keampunan, untuk mencapai level takwa. Bergantung harap pada Allah pada redha-Nya dan supaya kita bertemu Lailalatul Qadar. Jangan kecundang lagi seperti tahun lepas. Masih belum terlambat, insyaAllah.


@@@

5 comments:

Cikli said...

selamat meneruskan ibadah

zul permatang badak said...

betul SOT dipenghujung ramadhan ni,kita leka dengan sambutan syawal,menyudahkan baju baru atau menyiapkan tempahan kueh mueh malah sanggup bersengkang mata untuk itu semua.....

Terima kasih.....tazkirah dari sot mengingatkan kita semua....tentang pecutan terakhir.....ramadhan.

SURAIYA PAUZI said...

Salam Idilfitri, maaf zahir & batin daripada saya dan warga kerja Unit Buku, Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Bagi saya tidak salah utk mengucapkan Salam Idilfitri seminggu awal, kerana ia sebagai peringatan bahawa kita perlu melangkah ke 1 Syawal dalam keadaan diri kembali kepada fitrah yg suci. Dan menurut ustaz maaf zahir batin itu perlu diucap seawalnya, bukan menanti 1 Syawal.

Wallahua'lam.

School Of Tots said...

TQ zul permatang badak. Salam raya buat sdra sekeluarga di angin lalu. Perjuangan tetap diteruskan, insyaAllah. Semoga kita sama2 berjaya pada pecutan akhir ini.

School Of Tots said...

TQ Pn Suraiya Pauzi sudi singgah dan meniggalkan nota di blog ini. Selamat Hari Raya untuk Pn sekeluarga semoga berbahagia selalu. Tidak lupa juga untuk seluruh warga Galeri Ilmu terutamanya En Wan, En Zakaria, Cik Suriyati & Wawa.InsyaAllah Hari Raya yg indah pada meraikan sebuah kemenangan & dpt bersilaturrahim erat bersama keluarga dan sanak saudara tercinta.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...