Saturday, August 20, 2011

20 Ramadan


Kita akan melangkah ke 10 terakhir Ramadan. Suka atau sedih? Itulah hakikatnya. Hari ini sudah 20 hari kita berjuang di bulan Ramadan. Teringat tagline TVHijrah "Ramadan - Bulan Perjuangan". Apa yang kita perjuangkan? Perjuangan melawan hawa nafsu agaknya.

Bagaimana tahap iman kita setakat ini? Apakah tercapai target yang disetkan di awal Ramadan dulu pada tahap ibadah kita Ramadan kali ini. Berjaya sudahkah kita mentelaah Al-Qur'an? Istiqamahkah kita pada tahajjud malam? Sudah tercapaikah 100 rakaat solat sunat setiap hari yang didambakan itu? Zikrullah 1,000 kali sehari? Bagaimana dengan sedekah dan infaq ke jalan Allah?

Malam ini insyaAllah di Masjid As-Salam program Qiamullail & Sahur Perdana bersama Syeikh Nuruddin Albanjari pada jam 3:30-8:00pagi akan berlangsung di Masjid As-Salam. Marilah ramai2 kita ke sana. Menghidupkan malam2 Ramadan dengan kiam, zikrullah & majlis ilmu. Semoga kita melangkah ke 10 terakhir Ramadan dengan langkah kanan yang penuh barokah. Kalau berdasarkan dua program seumpama ini yang diadakan sebelum ini, maka insyaAllah ribuan jemaah akan sama2 qiam seramai jemaah solat jumaat. Aura 10 terakhir Ramadan akan terasa hebat penuh syahdu menyentuh ruang2 istimewa di hati kita.

Khutbah jumaat yang disampaikan oleh Ust Sidek Noor semalam menyentuh perihal ibadah puasa yang difardukan ini adalah bagi mencapai tahap takwa, iaitu taat pada Allah tanpa ada sedikit pun rasa ingkar lagi, tahap syukur pada segala nikmat2 Allah ini tanpa ada sekumit rasa kufur lagi, dan tahap takutkan Allah tanpa ada rasa berselindung atau menipu diri sendiri lagi. Jadikanlah Al-Qur'an sebagai panduan hidup sepanjang masa, bukan diambil separuh ditinggal separuh. Mulianya umat ini adalah kerana berpegang kepada Al-Qur'an kalam Allah yang disampaikankan oleh Rasullah SAW sebagaimana yang pernah dicapai oleh para sahabat yang berjaya menakluk jajahan dua kuasa dunia iaitu Rom dan Parsi suatu ketika dulu.

Pertolongan Allah akan tiba apabila umat ini berpegang teguh pada tali Allah sebagaimana terbukti pada Perang Badar di mana 313 orang Islam tanpa kelengkapan yang sempurna telah dibantu oleh tentera2 Allah berjaya menewaskan ribuan tentera lawan yang lengkap bersenjata. Yakinlah janji2 Allah akan terlaksana jua. Justru dibaki Ramadan ini kita lipatgandakan mengaji Al-Qur'an dan memahami isinya untuk diamalkan dalam kehidupan kita demi memburu kejayaan bukan sekadar di dunia tetapi yang lebih utama kebahgiaan hidup di Akhirat nanti.

Pemburuan Lailatul Qadar jangan dilupakan saudaraku sekelian. Mohon doa sungguh2 semoga Allah SWT ketemukan kita dengan Lailatul Qadar. Memanglah dugaan dan cobaan semakin banyak. Badan semakin penat, stamina semakin kurang, mata makin layu. Acapkali hampir tumbang pabila berterawih. Tapi jangan putus harap. Teruskan usaha giat. Sesungguhnya dua rakaat solat sunat di bulan Ramadan ini lebih baik dari wang ringgit yang banyak jika kita mengetahuinya.

Terpampang di white board sebuah surau, countdown "Hari Raya: 10 Hari Lagi". Nampak sangat penantian untuk berhari raya. Seolah-olah pemergian Ramadan yang berbaki 10 hari ini tidak sangat ditangisi malah ingin agaknya dibiarkan berlalu secepat mungkin. Kesian pada insan2 begini. Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa sekiranya umatku mengetahui kelebihan Ramadan sudah tentu mereka inginkan Ramadan sepanjang tahun. Satu lagi adat yang ada ialah bertadarrus Al-Qur'an begitu giat pada awal Ramadan hingga berjaya khatam menjelang 17 Ramadan. Tapi apabila ini tercapai, seolah-olahnya tiada lagi aktiviti taddarus di surau ini selepas itu. Kita dah khatam apa, seolah-olahnya begitu. Ramai yang bakal kecundang di akhir perjuangan.

Apapun marilah kita muhasabah diri. Pecutkan ibadah kita menuju Lailatul Qadar di akhir Ramadan ini. Dalam erti kata jelmakan 24jam kita setiap hari sebagai ibadah semuanya dan menambahbaikkan lagi kualitinya. Kita semua dambakan redha Allah. Kita harapkan rahmat Allah untuk mendapat keampunan dari segala dosa kita yang banyak itu. Kita mohon sungguh2 agar diberi pembebasan dari api neraka Allah. Semoga kita tergolong dalam kelompok umat ini yang layak mendapat nikmat Syurga Allah.

@@@

4 comments:

zul permatang badak said...

marilah kita bermuhasabah diri...perjuangan bukan hanya melawan nafsu makan ataupun minum...tapi lihatkah dari skop yang lebih luas.....SELAMAT HARI RAYA untuk SOT.. dan keluarga.

School Of Tots said...

ALhamdulillah Zul, semoga Ramadan kali ini yg terbaik. Marilah manfaatkan beberapa hari yg masih berbaki ini. Kita buru Lailatul Qadar. Lepas tu kita raikan kemenangan sebuah perjuangan dgn ber Hari Raya, insyaAllah. Selamat Hari Raya untuk En Zul sekeluarga. :)

Achu Tra said...

Bro. SOT, saat2 genting gginilah kito tengok ghama doh hok kaloh...kito pakat2 doa biar kito terus kuat "berjuang" kekal dlm amalae & insyaallah terus memburu malam hok lebih baik dari 1000 bule....amiiin!!

* Salam Eidul-Fitri utk Bro & family...ambo kelik ghayo Kelate...

School Of Tots said...

W'salam Sdra Achu Tra. Selamat balik kampung. Drive Carefully. Salam Hari Raya untuk Tuan sekeluarga. Selamat meraikan kemenangan. Jgn kecundang di akhir perjuangan ini.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...