Paparan kalendar di sisi sudah menunjukkan 10 Ramadan. Pejam celik pejam celik sudah di penghujung 10 pertama Ramadan rupanya kita ini. Bahagian pertama Ramadan yang di janjikan Allah limpah dan rahmat-Nya buat umat manusia yang beramal soleh dan menghayati kemuliaan dan kelebihan Ramadan ini. Cuba kita renung sejenak. Apakah aku ini termasuk di dalam kelompok manusia-manusia yang beruntung itu?
Ada berbaki 20 hari lagi perjalanan masa di bulan Ramadan penuh barokah ini. Sekiranya kita masih alpa dan bertindak biasa-biasa saja maka tidak mustahil Ramadan ini berlalu tanpa ada banyak manfaat yang kita dapat. Teringat kuliah subuh beberapa hari lepas, ustaz muda pelajar Darul Qur'an itu menyampaikan tiga poin utama yang harapnya dapat dibawa balik oleh ayah-ayah dan ibu-ibu para jemaah yang ada di depannya.
- Bulan Ramadan ini marilah perbetul niat. Nawaitu kerana Allah pada setiap amal soleh dan aktiviti atau perlakuan kita. Sesungguhnya amalan yang tidak kerana Allah akan sia-sia belaka kerana tidak mendapat nilaian dan ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Jangan nampak hebat di pandangan manusia tetapi hina di depan Allah. Usah tertipu lagi dengan tipu daya dunia. Tidak dijadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepada Allah. Setiap kegiatan kita boleh menjadi ibadah kepada Allah apabila nawaitu kerana Allah. Jadikan 24jam setiap hari sebagai 24jam ibadah kepada Allah. Puasa dibulan Ramadan mungkin cuma 10% dari ibadah. Mungkin 90% lagi terkandung dalam segala solat2 fardu dan solat2 sunat yang didirikan, sedekah dan infaq ke jalan Allah, mengaji Al-Qur'an, menghadiri majlis2 ilmu, zikrullah, tidur, bekerja, kebajikan dan segala kegiatan yang diniatkan tidak pada yang lain tetapi niat kerana Allah. Beruntunglah kita apabila betul niatnya lebih2 lagi di bulan tawaran mega ini.
- Bulan Ramadan ini ialah bulan promosi. Bulan jualan mega super sale, ibarat kalau di shopping complex diberi diskaun jualan sehingga 90%. Maka berebut-rebutlah seluruh warga kota untuk mendapatkan habuan dari tawaran hebat yang melampau itu. Sanggup beratur panjang bersesak-sesak dan bersusah-payah demi mencapai apa yang terhidang. Allah memberi promosi ganjaran pahala yang berganda-ganda untuk setiap amal soleh kita di bulan ini. Tahap ganjarannya begitu luas hinggakan Allah sendiri yang menentukan nilaiannya. Tapi mengapa manusia masih buat endah tak endah? Kerana ganjaran pahala itu tidak nampak secara fisikal ye? Kalau wang ringgit dan harta benda nampak di mata sebab itu semua gila mengejarnya. Pahala ini persoalan alam ghaib yang tak nampak dek mata. Maka si Luncai terjun dengan labu-labunya. Hanya Jauhari mengenal maknikam.
- Bulan Ramadan ini ialah bulan Al-Qur'an. Cuba kita pejamkan mata dan cuba berjalan balik ke rumah dari surau ini. Agak-agak boleh sampai tak kat rumah kita? Atau kemungkinan besar tersesat masuk ke rumah orang, kalau tidak terjatuh ke dalam longkang pun. Mata itu Allah kurniakan untuk memandu kita menuju destinasi dan menilai segala yang ada pada penglihatan kita. Maka Al-Qur'an itu pula ialah ibarat mata yang akan memandu kita pada destinasi untuk berjumpa Allah SWT. Al-Qur'an ini kalam Allah yang terkandung segala petunjuk lengkap bagi kegunaan manusia. Apabila manusia membaca Al-Qur'an, memahami, dan beramal dengannya maka perjalanan menuju destinasi Akhirat berjumpa Allah SWT itu tidak akan tersesat. Kerana panduan perjalanan itu disediakan oleh Allah SWT sendiri yang disampaikan kepada umat ini melalui perantaraan Rasulullah SAW. Jadi ayuh dalam Ramadan yang masih berbaki ini bacalah Al-Qur'an. Ganjaran pahalanya begitu besar. Seterusnya bacalah juga terjemahannya agar boleh faham maksudnya.
Untuk manusia2 yang tidak solat, pada Ramadan ini pun masih juga tidak solat. Seolah-olah solat ini tidak ada kena mengena dengan ibadah puasa. Puasa dia bagai nak rak namun tak nak solat dia. Ada juga yang hanya solat maghrib saja. Ramai juga yang hanya solat terawih saja. Ramadan yang kian berlalu ini tidak mungkin ditangisi mereka.
Hakikatnya 10 pertama Ramadan ini sudah di penghujung. Mohon doa sungguh2 supaya Allah limpahkan rahmat-Nya. Perjalanan harus diteruskan ke 10 kedua pula. Marilah kita mohon sungguh2 keampunan Allah SWT atas segala dosa2 lampau. Teruskan amal soleh.
@@@
4 comments:
alhamdulillah.jzkk atas perkongsian.smoga dirahmati-Nya.dan semoga kita semua diberi petunjuk-Nya.amin.
TQ Umar Zakir, ingat mengingati kerana manusia sifatnya pelupa.
ramadhan bulan muhasabah. terima kasih tuan.
TQ Cikli. Kita sama2 muhasabah diri. Pahala jadi rebutan di bulan Ramadan ini, insyaAllah.
Post a Comment