Tuesday, August 30, 2011

Manisnya Raya



Bagi seorang pengidap diabeties, makanan atau minuman yang manis kini menjadi allergic dan sistem badan memberi signal supaya reject. Makanan dan minuman yang dulunya lazat dan sedap itu kini sudah tidak sesedap dan selazat dulu. Ia berlaku secara otomotik apabila seseorang mencapai sesuatu tahap kesihatan.


Bagi yang lebih berdisiplin tentang pantang makan, maka setiap yang ingin disuap itu tiada kompromi. Jika kesihatannya tidak membenarkan maka ia tidak akan menjamah makanan itu walau sesuap. Jika makan daging itu tidak boleh untuk pesakit darah tinggi, maka pesakit darah tinggi yang berdisiplin dan peka itu tadi tidak akan sesekali menjamah lagi daging, period. Itu tahap disiplin yang tinggi. Tundukkan nafsu dengan tendangan maut.


Bagi seorang alim yang faham agama, segala kemungkaran di depan mata dan yang tersembunyi menjadi allergic untuk diguna pakai. Malah bertukar kepada tahap kebencian pula. Benci pada segala kemungkaran. Diganti kepada rindu pada sesuatu isim yang boleh mendekatkan diri pada Allah SWT. Setiap amal soleh yang dilaksanakan menjadi begitu manis.


Bagi seorang pencari ilmu, seorang yang rindukan majlis2 ilmu, seorang yang serba kurang tapi berusaha mengisi dada dengan bekal yang ada manfaat, maka kalau dulu sesuatu bahan hiburan di kaca TV atau di corong2 radio begitu dinikmati, tapi kini tidak lagi. Ia semuanya tawar. Keinginan itu sudah pudar. Dia lebih gemar bersendiri, muhasabah diri, dan berkarya pada perkara kebaikan untuk menyeru dan berkongsi ilmu yang ada. Dia terus mencari sumber ilmu walau dimana. Pandangannya ialah untuk menunaikan tanggungjawab menyebar risalah dakwah Islam.


Pada hari raya ini, hari untuk sang murrabbi meraikan kemenangan pada sebuah perjuangan 30 hari akan ada banyak promosi untuk berhibur dengan kepelbagain program hiburan di stesen2 TV dan radio yang bersepah. Semua mengajak untuk berhibur lara, melayan perasaan. Seolahnya raikan kemenangan dalam ibadah puasa 30 hari itu dengan enjoy dan bergumbira menonton dan mendengar mesej hiburan.


Ibarat pesakit ghout yang menghindari dari memakan 'seafood' maka sang murrabi yang cintanya pada Allah dan Rasulullah mengatasi lara dunia, maka segala agen hiburan yang tersedia itu akan direject. Ia sudah menjadi tawar tidak manis lagi. Sistem minda dan badan akan menolaknya ke tepi. Sudah tiada keseronokan di sana.

Sudah menyampah dia ditipu oleh pelakon yang berlakon watak baik yang dalam kehidupan realitinya berwatak jahat. Bertudung lingkup bila berlakon tapi berpakaian seksi dan tidak menutup aurat apabila diluar filem. Dia tidak mahu ditipu oleh pura-pura itu lagi.

Semoga Hari Raya yang indah ini tidak dicemari dengan dosa. Istiqamah dalam ibadah. Teruskan bertahajjud malam, mengaji al-Qur'an, solat fardu berjemaah, bersolat sunat, bersedekah dan menadah minda di majlis2 ilmu. Ziarah-menziarah dan bersilaturrahim. Bergantung harap pada yang Esa, supaya dilimpahi rahmat-Nya. Ya Allah bersihkan hatiku dan redhakan aku, Amiin.

@@@

Salam Raya Untuk Semua Manusia Bertakwa

Mohon Maaf Zahir Batin


Selesai sudah program takbir malam raya di kariah saya sekejap tadi. Sebanyak 9 buah rumah diziarahi dan bergema takbir membesar keagungan Allah pada kesunyian malam raya, Alhamdulillah. Seramai 28 jemaah menyertainya. Kami bergerak dari rumah ke rumah bermula dari rumah Hj Mokhtar pada pukul 9 mlm dan berakhir di rumah Sdra Mohammad sekitar pukul 12 mlm. Ukhwah antara kami masih terserlah disebalik segala kelemahan yang ada. Rumah saya pada giliran ke 7.


"Assalamulaikum, terlebih dulu saya mewakili seluruh ahli keluarga saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan2 hadir ke rumah saya ini untuk bersama-sama bertakbir raya. Alhamdulillah kita telah berjaya menjalani ibadah pada bulan Ramadan. Semoga kita lahir sebagai manusia bertakwa. Saya ingin memohon maaf jika ada kesilapan dan kesalahan selama ini. Akhirnya, jemputlah merasakan juadah ringan yang disediakan. Terima kasih."


Kepada semua para peminat dan pengunjung blog SOT, saya ingin mengucapkan salam raya dan berdoa agar sdra sdri berbahagia di samping yang tersayang. Yang penting kita harapkan agar kita ini tergolong pada kelompok manusia yang bertakwa kepada Allah. Kerana manusia bertakwa sahajalah yang akan berada pada naungan rahmat Allah dan berpeluang mendapat nikmat syurga Allah. Taatlah tanpa berbelah bagi pada Allah. Bersyukurlah tanpa sedetik rasa kufur pada segala nikmat Allah. Semoga 1 Syawal yang kita raikan ini adalah hari kemenangan yang penuh nilai dan makna bukan sekadar mainan perasaan atau rutin adat tahunan.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri !!


@@@

Sunday, August 28, 2011

Ciri Manusia Taqwa

Pada kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust Yusuf Din yang dihadiri oleh 142 jemaah lelaki dan 12 orang jemaah perempuan itu, diterangkan ciri2 manusia bertaqwa. Allah jadi pembela kepada orang bertaqwa.





  1. Dada kena buka kepada Islam

  2. Faham tentang Islam

  3. Islam itu agama dakwah

  4. Islam itu agama kasih sayang

  5. Islam itu agama jihad.


Kita mesti syok dan lapang hati kepada Islam dan dipimpin dengan ilmu. Penduduk syurga adalah terdiri dari orang-orang yang bertaqwa pada Allah. Rata2 orang yang hampir dengan Allah ialah orang yang bertaqwa.



Faham bahawa Islam itu adalah cara hidup yang total bukan tempel-tempelan, serpihan atau picisan. Islam itu bermula dari celik mata hingga pejam mata, 24 jam sehari semalam. Menguap dan batuk cara Islam. Hidup bermasyarakat, soal peribadi, keluarga, syariat, undang2, politik, perniagaan, pengurusan dan pendidikan semuanya kena cara Islam. Islam bukan sekadar di masjid. Islam bukan ketika kelahiran, perkahwinan dan kematian semata.



Kalau kita ambil Islam secara keseluruhan maka kita selamat dan orang lain juga akan selamat. Apabila kita tidak mengikut Islam atau ambil secara serpihan sahaja maka semuanya tidak selamat. Islam bermula dengan aqidah yang mantap. Cacat aqidah maka cacatlah Islam yang mulia. Kita terpelihara kerana memegang pada aqidah yang betul. Islam itu agama yang benar pada lahir & batin.



Islam itu agama dakwah dan kita mesti berjiwa dakwah. 2/3 sahabat Rasulullah mati di luar Mekah & Madinah kerana apa? Kerana mereka keluar ke seluruh pelusuk untuk menyebar risalah Islam. Atas pengorbanan dakwah mereka maka kita di nusantara ini mendapat nikmat Islam ini. Ramai yang berpendapat dakwah itu tugas Ustaz dan alim ulamak sahaja. Itu salah? Dakwah itu menjadi tugas semua manusia yang mengaku beragama Islam. Usah menunggu buah yang tak gugur untuk mencapai level ustaz atau uztazah dulu baru nak berdakwah. Maksiat merata wajib kita tegur dan itu dakwah. Budaya jangan busy body dan membiarkan maksiat berlaku di depan mata tak berani tegur itu mengundang kemungkaran Allah. Kerja dakwah untuk semua.



Ilmu tidak boleh dibekukan. Ilmu mesti disampaikan agar berkembang. Sampaikan ilmu walaupun satu ayat. Islam itu indah maka kita mesti sampaikan ke seluruh pelusuk dunia. Apabila usaha dakwah tidak berkembang maka masyarakat akan semakin rosak.



Islam itu agama kasih sayang. Apabila dicubit paha kiri paha kanan terasa sakitnya. Ukhwah Islam itu adalah rasa persaudaraan sesama Islam yang jika saudara Islam kita di Palestin di siksa dan kita tidak merasa apa2 maka rasa ukhwah itu sudah tidak ada. Jangan biarkan umat Islam retak dan pecah oleh musuh2 Islam. Kemana kita pergi Allah nampak. Maka berhati-hatilah jangan sampai di saman dengan dosa.



Islam itu agama jihad iaitu menegakkan agama Allah. Allah memberikan bisnes dengan ganjaran pahala yang lumayan kepada manusia yang beriman kepada Allah dan Rasulullah, dan berjihad di jalan Allah. Contohilah Hanzalah yang mati syahid ketika mana sedang menikmati kenikmatan malam pertama perkahwinannya tetapi terus menyahut panggilan jihad sehingga tidak sempat untuk mengangkat hadas besar. Berebut-rebut para malaikat untuk memandikan jenazahnya untuk ditempatkan di kalangan para syuhada penghuni syurga.



Semoga di penghujung ramadan ini, kita mencapai kejayaan hebat menjadi manusia bertaqwa yang faham agama dan zuhud mencari redha Allah.



@@@


28 Ramadan

Para salafus soleh semuanya bersedih mengenangkan Ramadan akan pergi. Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.



Imam Shadiq a.s. bersabda:”Ya Allah jangan jadikan dia (malam terakhir Ramadhan) sebagai akhir puasaku untuk bulan Ramadhan dan aku berlindung kepada-Mu dari terbitnya fajar malam ini kecuali dosaku telah Engkau ampuni.”


Syaitan akan kembali bebas. Syaitan mahaguru dan manusia muridnya. Apakah 3 semesta pengajian intensif di madrasah Ramadan itu sudah merubah manusia jadi baik, taat pada Allah. Atau kembali tahu dosa tapi buat juga? Tahu salah tapi pulun juga? Kalau ikut cara ke neraka, mengapa diminta untuk ke syurga?


Pada dua hari yang berbaki ini, jangan putus harap. Teruskan perjuangan. Jangan tersungkur di pintu syurga. Semoga Allah memandang aku dengan pandangan rahmat-Nya. Dosa aku, belum tentu Allah ampun. Amal aku, belum tentu Allah terima. Aku jangan puas. Aku kena buat pembersihan pada saat2 akhir ini. Lakukan pembersihan lahiriah pada dalaman rumah dan laman rumah agar rumah kecil terasa besar kerana barokah, bukan rumah besar terasa kecil dan rimas kerana dihiasi patung atau dicemari najis. Sediakan selipar di bilek air dan tandas.


Pembersihan pada makanan & minuman. Kebersihan pakaian. Kebersihan Ruh dengan memohon kemaafan dari ibubapa secara khusus pada sesuatu dosa atau kesilapan yang telah dilakukan suatu ketika dulu. Mohon kemaafan bukan di pagi raya tetapi sebelum Ramadan berakhir. Suatu kesilapan ialah sudah menjadi adat memohon maaf secara general dan ibubapa juga selalunya memberi kemaafan secara general. Sedangkan masih ada sesuatu perkara atau insiden yang masih tidak dapat dilupakan atau masih terbuku di hati. Mohon maaf pada yang itu. Jangan mendapat kemaafan pada 'tip of the iceberg' sahaja. Kerana yang terlindung dan tersirat itu masih banyak. Perlu dikorek dan ditimbulkan ke permukaan untuk pembersihan ruh yang lengkap dan sempurna. Itu pesan Ust Sabri pada tazkirah Ramadan malam tadi.


Tunjukkan keberkatan kita bersolat terawih & witir 11 rakaat sepanjang Ramadan itu dengan istiqamah mendirikan solat2 sunat rawatib 17 rakaat selepas Ramadan ini. Berjaya menjadi ahli manusia taqwa. Taat pada segala perintah Allah tanpa ada ingkar lagi. Syukur atas segala nikmat Allah yang tidak terkira banyak ini tanpa sedikit sifat kufur nikmat lagi. 12 bulan untuk bertemu Ramadan di tahun depan adalah jangkamasa yang panjang. Sesuatu mungkin berlaku pada jangkamasa itu. Ajal maut bukan di bawah kawalan kita.


Pada dua hari yang tinggal ini, terus mengharap dan merayu diampun segala dosa dan noda. Bergantung harap pada Allah agar dilimpahi rahmat-Nya dan diberi keampunan-Nya. Semoga pada semesta akhir Ramadan ini kita graduate dengan mendapat sijil pelepasan dari azab api neraka Allah. Semoga berjaya menempatkan diri pada kelompok manusia yang layak untuk mendapat nikmat syurga Allah. Amiiin.


@@@

Saturday, August 27, 2011

Ramadan Mendidik Kita

Tazkirah Ramadan di Masjid as-Salam




Pada suatu hari Ali R.A. berjumpa dengan Umar R.A. untuk meminjam duit RM10 untuk membeli buah delima yang diminta isterinya Fatimah R.A. yang sedang sakit. Umar berkata, "Aku rasa RM10 tidak cukup, nah ambillah RM20 buat membeli keperluanmu". Maka Ali R.A. pun berkunjung ke pasar dan membeli sebiji delima buat isterinya. Buah delima itu di selitkan ke dalam jubahnya. Dalam perjalanan pulang itu dia terserempak dengan seorang tua yang sedang terbaring di kaki lima.

Orang tua itu segera menyapa, "Dari mana Ali?" "Dari pasar", jawab Ali R.A. lembut. "Aku ini sudah 3 hari tidak makan dan tiada tenaga untuk bangun dari pembaringanku ini", kata orang tua yang uzur itu tanpa diminta. "Apa yang kau beli dari pasar hai Ali?" tanya si Tua tadi. Ali menjadi serba salah namun menjawab, "Buah delima buat isteriku yang sakit di rumah." "Kalaulah engkau dapat memberikan aku sedikit dari buah itu, mungkin aku akan mendapat tenaga untuk bangun", sambung si Tua itu. Ali R.A. tidak sampai hati melihat Pakcik tua yang keuzuran itu, lalu memotong buah delima dan memberikan separuh kepada pakcik itu. Maka Alhamdulillah setelah memakan buah itu, Pakcik tadi mendapat tenaga yang diperlukan untuk bangun berdiri. Namun dia berkata kepada Ali R.A., "Kalaulah engkau dapat memberikan separuh lagi buah tadi, mungkin aku akan ada cukup tenaga untuk berjalan pulang berjumpa anak isteri yang sudah 3 hari aku tinggalkan".

Ali R.A. terkenangkan isterinya yang terlantar sakit di rumah yang begitu mengharap untuk memakan buah itu. Dia berbisik dalam hatinya, "Habislah aku kali ini akan dimarahi Fatimah". Dia tidak sampai hati pula untuk menghampakan Pakcik tua yang uzur itu lalu diberikan separuh lagi buah delima itu. Ditakdirkan memang benarlah hasilnya Pakcik tadi mendapat kekuatan untuk dapat berjalan pulang. "Wahai Ali, engkaulah sebaik-baik manusia. Aku doakan agar Allah membalas 10 biji delima buatmu," bisik Pakcik tadi sebelum berlalu pergi.

Apabila Ali R.A. sampai di perkarangan rumahnya dia merasa serba tak kena dan berselindung di balik pokok tamar dan tidak terus masuk ke rumahnya. Kelihatan Fatimah R.A. sedang menyapu di laman depan rumahnya. Fatimah menyapa suaminya yang sedang berselindung di balik pokok itu. "Aku sudah sihat," jelas Fatimah R.A. "Atas kebaikan yang engkau lakukan Allah SWT telah memulihkan kesihatanku." Ali R.A. pun menerangkan apa yang berlaku. Fatimah R.A. memahami dan redha pada penjelasan Ali R.A. Kedua-dua mereka adalah insan terpilih dan wali Allah.

Seketika kemudian terdengar bunyi larian kuda menuju ke rumah mereka. Rupanya Salman al-Farisi yang datang. "Assalamualaikum hai Ali dan Fatimah, ini ada Rasulullah kirimkan satu bungkusan berisi 9 buah delima buat kamu berdua." "Alhamdulillah," jawab Ali R.A, "Namun aku tidak akan menerima bungkusan ini kerana Allah telah menjanjikan 10 bukan 9," jawab Ali R.A. Salman al-Farisi dengan tersengeh-sengeh mengeluarkan sebiji lagi buah delima yang disorokkan dalam jubahnya. Maka sesungguhnya janji Allah itu benar. Doa Pakcik tua tadi dimakbulkan Allah secara tunai.

Bulan Ramadan adalah bulan mendidik. Ramadan mendidik kita jadi baik. Ringan tangan untuk menolong, bersedekah dan membuat kebajikan. Ramadan mengajar kita untuk bergantung harap pada Allah dan berdoa memohon keampunan dan segala hajat dan keperluan kepada-Nya. Segala amal kebaikan di bulan Ramadan ini akan diberi balasan pahala yang berganda-ganda oleh Allah SWT yang Maha Kaya.

Sahabat yang baik juga sedia memenuhi keperluan seorang sahabat malah lebih lagi. Keikhlasan adalah ujian daripada Allah SWT dan ramai yang kecundang malah terserlah kecundangan itu tanpa boleh disembunyi lagi. Sahabat yang sekadar kenalan di jalanan yang tidak mahu berkongsi susah payah bersama.

Pada sebuah tazkirah baru2 ini Ustaz memerli para jemaah, "Saya bengang betul melihat orang selalu dok sedekah pisang kat masjid, apa dia ingat orang yang datang masjid tu beruk ke asyik2 nak makan pisang." Dia kata itu bukan dia kata tapi seorang ustaz yang terkenal kata.

Bagi saya, tahap ilmu dan hemah para Ustaz juga memainkan peranan penting terutamanya pada ahli jemaah yang baru berjinak-jinak datang ke masjid. Sepanjang Ramadan ini tazkirah di adakan setiap malam di Masjid as-Salam. Ramai Ustaz2 berilmu dan bijaksana dalam penyampaian mengambil giliran atas jemputan pihak masjid yang begitu aktif menyediakan ruang menuntut ilmu untuk para ahli khariah. Aura penyampaian ilmu masing2 berbeza dan unik. Namun ada juga bagi saya yang kurang bijak atau sekadar syok sendiri termasuklah ustaz dengan cerita beruk di atas.

Mari kita muhasabah diri dan salah satu topik dalam buku RAMADAN TERAKHIR karya saya ada menceritakan perihal ini iaitu mana yang lebih baik seorang yang bersedekah pisang ke masjid atau seorang yang tak pernah sedekah pisang ke masjid? Jawab jangan tak jawab. Usahlah kita sibuk bertanya apa orang lain buat, kita tanyalah apa yang kita buat. Bersedekah itu adalah lebih baik jika niatnya kerana Allah walaupun sesikat pisang ataupun sekadar RM1 yang dimasukkan ke dalam tabung masjid. Semoga Ustaz ini diberi kesedaran dan hidayah oleh Allah SWT.

Ramadan mengajar orang kedekut jadi pemurah. Orang jahat jadi baik. Orang yang jarang ke masjid berubah setiap malam datang masjid. Orang yang malas baca Qur'an kini rajin baca Qur'an. Orang yang jarang ke majlis ilmu kini dihidangkan dengan majlis ilmu setiap malam dan mendirikan solat2 sunat berpuluh-puluh rakaat termasuklah solat terawih dan witir. Manfaatkan secara optimum Ramadan yang berbaki dua hari lagi ini. Alhamdulillah.

@@@

Friday, August 26, 2011

Lailatulqadar Malam Ini - Malam ke 27

Ya Allah, temukanlah aku dengan Lailatul-Qadar pada malam ini, malam yang ke-27 Ramadan. Amiin.



Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan.


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."


Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya: " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. "

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?


Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa yang maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "


Justru itu marilah kita perbanyakkan amal dengan penuh keikhlasan mendambakan tiada yang lain melainkan redha Allah. Jom hidupkan malam dengan segala amal soleh. Semoga Allah SWT rezkikan kita untuk berjumpa malam istimewa ini pada kali ini, ya pada malam ini. InsyaAllah.


@@@



Thursday, August 25, 2011

Antara Siang dan Malam Ramadan

Ustaz maaf nak bertanya. Nilaian amal antara siang dan malam di bulan Ramadan ini, adakah sama? Itulah mesej sms yang saya utarakan kepada beberapa orang Ustaz yang saya ada no. telefon mereka.


  1. Ustaz Azhar menjawab dari Madinah al-Munawarrah: Sama siang dan malam. Kecuali malam alQadar yang bersamaan 1,000 bulan.




  2. Hj Munir: Berbeza mengikut keikhlasan & pengorbanan/kesusahan. Wallahuaklan. Tanyalah Ustaz, bukan saya yang lemah ini.




  3. Ustaz Fauza: Ye..ganjaran di sisi Allah tak pernah berkurang selagi mana adanya Ramadan.




  4. Ustaz Johari: Nilaian Allah bergantung kepada keikhlasan kita. Tapi ganjaran lebih baik dari 1,000 bulan untuk Lailatulqadar.



Kemusykilan yang terbuku di hati ialah apakah amal ibadah kita di siang hari Ramadan itu sama ganjarannya dengan amal ibadah kita di malam hari Ramadan? Contohnya saya solat sunat dua rakaat siang hari berbanding dengan saya solat dua rakaat pada malam hari, sekiranya keikhlasan saya semata-mata kerana Allah. Maka dari jawaban yang diberikan di atas saya mendapati nilaian amalan kita di siang hari atau di malam hari sepanjang Ramadan ini adalah sama saja. Yang berbeza ialah di malam yang istimewa iaaitu Lailatulkadar.





Berkait dengan posting saya sebelum ini berkenaan dengan persoalan 'sentuhan kecundang' menjelang pengakhiran Ramadan. Memang saya dapat rasakan cabaran, dugaan dan ujian semakin berat. Ada saja kesibukan dunia atau kelemahan fisikal dan mental yang ditempelkan pada perjuangan di medan juang memburu Lailatukadar dan menghabiskan hari dan malam yang berbaki di Ramadan kali ini. Bergantung haraplah pada Allah agar diberikan kekuatan jasmani dan ruhani untuk meningkatkan daya saing dalam perjauangan ini.





Teruskan amal baik kita nawaitu semata-mata kerana Allah. Berikan persembahan terbaik dan semampu mungkin ke hadapan Allah. Semoga mendapat limpah rahmat Allah. Semoga berjaya meraih simpati dan keampunan daripada Allah SWT. Semoga dengan itu aku tergolong pada kelompok hamba Allah yang diberikan pembebasan dari azab api neraka-Nya. Tugas aku ialah beramal soleh seikhlas dan sehebat mungkin. Cuma berbaki 4 hari. Begitu cepat Ramadan berlalu.





@@@


Tuesday, August 23, 2011

Jangan Kecundang Di Hujung Perjuangan




Tadi saya hantarkan kad raya pada kawan saya ni melalui eMail. Seketika itu beliau membalas eMail saya berkenaan seperti berikut:


"Terima kasih atas ucapan ini. Tetapi ia secara tidak langsung memadamkan fokus 10 akhir Ramadan dan Lailatul Qadar sekiranya terlalu awal di war-warkan..."


Betul jugak tu. Jangan lah hantar awal2 ucapan Raya ni. Kita kena fokus kepada Ramadan yang berbaki 7 hari ini. Agendanya ialah tingkatkan ibadah. Biar kemuncaknya nanti ialah dapat bertemu Lailalatul Qadar. Jangan dok fikir nak beraya lagi. Fikir nak dapat keampunan daripada Allah dan pembebasan dari azab neraka-Nya. Itulah matlamat utama kita.


Saya pun membalas eMail kawan saya tadi, "Saya setuju. Maaf Tuan. Jgn kecundang di hujung perjuangan."


Beliau membalas balik, "Hujung perjuangan ialah maut pada jalan agama Allah." Saya tabik spring kepada kawan saya ini yang merupakan seorang aktivis jemaah tabligh dulu kini dan selamanya.


Ramai kita kecundang di hujung Ramadan ini yang dikatakan bulan perjuangan. Perjuangan yang kecundang janganlah menjadi kenyataan. Jika terjadi begitu maka itu adalah satu-satunya kerugian yang melampau. Kerana Ramadan dilimpahkan Allah rahmat dan barokah. Di bonuskan Allah dengan pelbagai promosi dan tawaran mega. Tiba-tiba kita gagal memanfaatkannya, maka rugi besar kita.


Apabila orang sibuk memburu Lailatul Qadar dengan beriktikaf di masjid, mengaji al-Qur'an, kiam, zikrullah, bermunajat memohon dan merintih keampunan pada setiap dosa dan noda, sedangkan kita sibuk tidur, menonton tv, membuat kueh raya, atau sibuk di jalanan kerana balik kampung. Pada malam-malam berbaki ini yang sepatutnya menjadi masa-masa yang paling berharga di hadapan Allah, tapi terjadi sebaliknya. Ruang masjid dan surau mulai lengang. Tadarus Qur'an sudah dihentikan.


Marilah kita perbetulkan keadaan. Mulai malam ini ayuh beriktikaf di Masjid. Bermunajat dan menginsafi diri. Berzikir dan mendirikan malam dengan solat. Mohon sungguh2 kepada limpah rahmat Allah, merayu keampunan, untuk mencapai level takwa. Bergantung harap pada Allah pada redha-Nya dan supaya kita bertemu Lailalatul Qadar. Jangan kecundang lagi seperti tahun lepas. Masih belum terlambat, insyaAllah.


@@@

Saturday, August 20, 2011

20 Ramadan


Kita akan melangkah ke 10 terakhir Ramadan. Suka atau sedih? Itulah hakikatnya. Hari ini sudah 20 hari kita berjuang di bulan Ramadan. Teringat tagline TVHijrah "Ramadan - Bulan Perjuangan". Apa yang kita perjuangkan? Perjuangan melawan hawa nafsu agaknya.

Bagaimana tahap iman kita setakat ini? Apakah tercapai target yang disetkan di awal Ramadan dulu pada tahap ibadah kita Ramadan kali ini. Berjaya sudahkah kita mentelaah Al-Qur'an? Istiqamahkah kita pada tahajjud malam? Sudah tercapaikah 100 rakaat solat sunat setiap hari yang didambakan itu? Zikrullah 1,000 kali sehari? Bagaimana dengan sedekah dan infaq ke jalan Allah?

Malam ini insyaAllah di Masjid As-Salam program Qiamullail & Sahur Perdana bersama Syeikh Nuruddin Albanjari pada jam 3:30-8:00pagi akan berlangsung di Masjid As-Salam. Marilah ramai2 kita ke sana. Menghidupkan malam2 Ramadan dengan kiam, zikrullah & majlis ilmu. Semoga kita melangkah ke 10 terakhir Ramadan dengan langkah kanan yang penuh barokah. Kalau berdasarkan dua program seumpama ini yang diadakan sebelum ini, maka insyaAllah ribuan jemaah akan sama2 qiam seramai jemaah solat jumaat. Aura 10 terakhir Ramadan akan terasa hebat penuh syahdu menyentuh ruang2 istimewa di hati kita.

Khutbah jumaat yang disampaikan oleh Ust Sidek Noor semalam menyentuh perihal ibadah puasa yang difardukan ini adalah bagi mencapai tahap takwa, iaitu taat pada Allah tanpa ada sedikit pun rasa ingkar lagi, tahap syukur pada segala nikmat2 Allah ini tanpa ada sekumit rasa kufur lagi, dan tahap takutkan Allah tanpa ada rasa berselindung atau menipu diri sendiri lagi. Jadikanlah Al-Qur'an sebagai panduan hidup sepanjang masa, bukan diambil separuh ditinggal separuh. Mulianya umat ini adalah kerana berpegang kepada Al-Qur'an kalam Allah yang disampaikankan oleh Rasullah SAW sebagaimana yang pernah dicapai oleh para sahabat yang berjaya menakluk jajahan dua kuasa dunia iaitu Rom dan Parsi suatu ketika dulu.

Pertolongan Allah akan tiba apabila umat ini berpegang teguh pada tali Allah sebagaimana terbukti pada Perang Badar di mana 313 orang Islam tanpa kelengkapan yang sempurna telah dibantu oleh tentera2 Allah berjaya menewaskan ribuan tentera lawan yang lengkap bersenjata. Yakinlah janji2 Allah akan terlaksana jua. Justru dibaki Ramadan ini kita lipatgandakan mengaji Al-Qur'an dan memahami isinya untuk diamalkan dalam kehidupan kita demi memburu kejayaan bukan sekadar di dunia tetapi yang lebih utama kebahgiaan hidup di Akhirat nanti.

Pemburuan Lailatul Qadar jangan dilupakan saudaraku sekelian. Mohon doa sungguh2 semoga Allah SWT ketemukan kita dengan Lailatul Qadar. Memanglah dugaan dan cobaan semakin banyak. Badan semakin penat, stamina semakin kurang, mata makin layu. Acapkali hampir tumbang pabila berterawih. Tapi jangan putus harap. Teruskan usaha giat. Sesungguhnya dua rakaat solat sunat di bulan Ramadan ini lebih baik dari wang ringgit yang banyak jika kita mengetahuinya.

Terpampang di white board sebuah surau, countdown "Hari Raya: 10 Hari Lagi". Nampak sangat penantian untuk berhari raya. Seolah-olah pemergian Ramadan yang berbaki 10 hari ini tidak sangat ditangisi malah ingin agaknya dibiarkan berlalu secepat mungkin. Kesian pada insan2 begini. Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa sekiranya umatku mengetahui kelebihan Ramadan sudah tentu mereka inginkan Ramadan sepanjang tahun. Satu lagi adat yang ada ialah bertadarrus Al-Qur'an begitu giat pada awal Ramadan hingga berjaya khatam menjelang 17 Ramadan. Tapi apabila ini tercapai, seolah-olahnya tiada lagi aktiviti taddarus di surau ini selepas itu. Kita dah khatam apa, seolah-olahnya begitu. Ramai yang bakal kecundang di akhir perjuangan.

Apapun marilah kita muhasabah diri. Pecutkan ibadah kita menuju Lailatul Qadar di akhir Ramadan ini. Dalam erti kata jelmakan 24jam kita setiap hari sebagai ibadah semuanya dan menambahbaikkan lagi kualitinya. Kita semua dambakan redha Allah. Kita harapkan rahmat Allah untuk mendapat keampunan dari segala dosa kita yang banyak itu. Kita mohon sungguh2 agar diberi pembebasan dari api neraka Allah. Semoga kita tergolong dalam kelompok umat ini yang layak mendapat nikmat Syurga Allah.

@@@

Monday, August 15, 2011

15 Ramadan

Kini kita berada di 15 Ramadan. Teruskan perjuangan. Jangan terkulai di tengah jalan seperti tahun lepas. Teruskan solat fardu berjemaah, istiqamah mendirikan solat2 sunat dhuha, qabliah, ba'diah, terawih, & witir. Kuatkan semangat untuk bangun bersolat tahajjud. Isi masa terluang dengan membaca al-Qur'an dan bertadarrus. Teruskan ringan2kan tangan untuk bersedekah pada setiap peluang yang terbentang luas. Rajin2lah menghadiri majlis2 ilmu di mana saja terutamanya di masjid dan surau. Rajin2lah juga mentelaah buku dan kitab2 bermanfaat untuk menambah kefahaman dan ilmu di dada.



Basahkan bibir dan keringkan lidah dengan zikrullah terutama ketika memandu kereta berseorangan pergi dan balik dari tempat kerja. Nawaitu keluar rumah kerana Allah untuk mencari rezki. Banyakkan melafaz kalimah toyyiba, beristighfar memohon keampunan Allah dari segala dosa, merayu rahmat Allah, jangan lupa memohon Allah bebaskan dari azab neraka-Nya. Dan akhirnya merayulah rahmat dan redha Allah untuk menempatkan kita dalam kelompok hamba2-Nya yang layak untuk mendapat nikmat syurga-Nya.



Pesan Ustaz tempoh hari, apabila ke bazar Ramadan belilah juadah dari peniaga yang solat. Eloknya tanya dia awak solat ke tidak? Belilah dari peniaga yang menjaga aurat. Kerana apa? kita tidak mahu juadah yang masuk itu menjadi penyebab kurang atau hilang pahala ibadah puasa kita. Kena berhati-hati pada soal makan dan minum ini. Lebih afdal lagi masakan dari air tangan isteri tercinta, bukan bibik atau yang lain. Ustaz juga menyatakan bazar Ramadan ini lebih banyak mengurangkan pahala puasa kita di bulan Ramadan ini. Apa tidaknya dengan pembaziran, dengan bercampur gaul lelaki perempuan, pendedahan aurat, dan serakah melayan nafsu makan. Elok lagilah kalau dapat elakkan terus bazar Ramadan ini. Dengar cerita 'ayam golek' berharga RM16 seekor sekarang, tu dia. Kat Kelantan lagi teruk depa habaq mai sampai RM19 seekor, ish ish ish.



Tingkatkan ibadah menuju Lailatul Qadar. Usaha sungguh2. Tawaran super duper Allah SWT untuk umat yang beriman. Janganlah menyerah kalah sebelum berjuang. Mohon sungguh2 agar Allah SWT ketemukan kita dengan malam istimewa ini. Iktikaf semampu mungkin. Usah hilang fokus. Hidupkan malam, zuhud di hadapan Allah SWT.



Ustaz menceritakan perihal seorang ahli ibadah yang sujud kepada Allah sahaja menjangkau 500 tahun, yang apabila Allah SWT bersetuju memasukkannya ke dalam Syurga dengan rahmat-Nya, dia cuba menyatakan pendirian bahawa aku ini masuk syurga kerana amal ibadahku. Maka Allah pun memerintahkan malaikat untuk mengira segala amal ibadahnya dan kontra dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan selama hidupnya. Malaikat mula mengira nikmat sebelah mata kiri yang Allah kurniakan, itupun sudah melebihi dari pahala ahli ibadah itu bersujud selama 500 tahun itu. Itu tidak di kira nikmat mata kanannya. Maka Allah SWT memerintahkan malaikat tadi untuk membawa ahli ibadah itu ke neraka-Nya.



Menunjukkan sehebat-hebat ahli ibadah itu tidak dapat melayakkan dia untuk mendapat nikmat syurga Allah. Apatah lagi kita yang level ibadah yang masih di peringkat yang tidak konsisten ini, sekejap buat sekejap tak buat. Jauh panggang dari api. Muhasabah diri, ada kita solat 100 rakaat sehari? ada kita zikrullah 1,000 kali sehari? ada kita bersedekah dan infaq ke jalan Allah setiap hari? ada kita berdakwah dan berjihad di jalan Allah seminggu sekali? Maka menangis dan merayu-rayulah ahli ibadah yang zuhud yang telah menghambakan seluruh hidupnya untuk beribadah kepada Allah untuk di kembali rahmat Allah kepadanya dan belas ehsan Allah dengan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya untuk dia mendapat nikmat syurga Allah SWT. Dia sudah sedar betapa ciputnya ibadah seumur hidupnya itu kalau hendak dibandingkan limpah rahmat dan nikmat yang Allah SWT kurniakan kepadanya selama hari ini.



Malam tadi saya solat di Surau AU2 Keramat yang ber 'aircond' itu. Minggu lepas saya solat juga di situ. Terawihnya 20 rakaat, tiada di selang seli dengan tazkirah. Apa yang saya nak cerita ialah perbezaan minggu lepas dengan minggu ini. Minggu lepas saf jemaah melimpah keluar. Tapi minggu ini saf hanya ada di dalam saja. Satu pengurangan bilangan jemaah yang sangat ketara. Fenomena ini terus berlaku saban tahun di majoriti masjid dan surau. Daya tahan menuju puncak layu di tasik madu.



Ayuh insan kamil. Kita istiqamah. Jangan rugi lagi di Ramadan yang masih berbaki ini. 15 hari yang sudah berlalu itu tidak akan kembali lagi walau kita menangis air mata darah dan nanah sekali pun. Ia sudah jadi sejarah dan kenangan pahit yang tak payah dikenang. Di hadapan kita terbentang luas jalan menuju redha Allah, mencapai keampunan-Nya, untuk membebaskan diri dari bakaran api neraka Allah. Apa lagi yang di cari. Inilah kemuncak sebuah perjuangan. Jika tergapai kejayaan membebaskan diri dari bakaran api neraka Allah yang maha dahsyat itu, maka tiada apa lagi di dunia ini yang bisa merobek kemuncak kebahagiaan itu. Itulah the ultimate goal. Kejuaran Piala Dunia yang sementara ini untuk menjadi cagaran hidup bahagia selama-lamanya di akhirat yang kekal hingga infiniti masa itu.



Bukan menuju puncak akademi fantasia, tetapi kejayaan hakiki, bukan tipu2, bukan seronok2, bukan sekadar hiburan lara penyedap jiwa kacau. Yes guys, Go For It !! Pecutan menuju puncak redha dan rahmat Allah SWT. Be The Best That You Can Be !! NOW or Never !!



@@@

Wednesday, August 10, 2011

10 Ramadan


Paparan kalendar di sisi sudah menunjukkan 10 Ramadan. Pejam celik pejam celik sudah di penghujung 10 pertama Ramadan rupanya kita ini. Bahagian pertama Ramadan yang di janjikan Allah limpah dan rahmat-Nya buat umat manusia yang beramal soleh dan menghayati kemuliaan dan kelebihan Ramadan ini. Cuba kita renung sejenak. Apakah aku ini termasuk di dalam kelompok manusia-manusia yang beruntung itu?

Ada berbaki 20 hari lagi perjalanan masa di bulan Ramadan penuh barokah ini. Sekiranya kita masih alpa dan bertindak biasa-biasa saja maka tidak mustahil Ramadan ini berlalu tanpa ada banyak manfaat yang kita dapat. Teringat kuliah subuh beberapa hari lepas, ustaz muda pelajar Darul Qur'an itu menyampaikan tiga poin utama yang harapnya dapat dibawa balik oleh ayah-ayah dan ibu-ibu para jemaah yang ada di depannya.
  1. Bulan Ramadan ini marilah perbetul niat. Nawaitu kerana Allah pada setiap amal soleh dan aktiviti atau perlakuan kita. Sesungguhnya amalan yang tidak kerana Allah akan sia-sia belaka kerana tidak mendapat nilaian dan ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Jangan nampak hebat di pandangan manusia tetapi hina di depan Allah. Usah tertipu lagi dengan tipu daya dunia. Tidak dijadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepada Allah. Setiap kegiatan kita boleh menjadi ibadah kepada Allah apabila nawaitu kerana Allah. Jadikan 24jam setiap hari sebagai 24jam ibadah kepada Allah. Puasa dibulan Ramadan mungkin cuma 10% dari ibadah. Mungkin 90% lagi terkandung dalam segala solat2 fardu dan solat2 sunat yang didirikan, sedekah dan infaq ke jalan Allah, mengaji Al-Qur'an, menghadiri majlis2 ilmu, zikrullah, tidur, bekerja, kebajikan dan segala kegiatan yang diniatkan tidak pada yang lain tetapi niat kerana Allah. Beruntunglah kita apabila betul niatnya lebih2 lagi di bulan tawaran mega ini.
  2. Bulan Ramadan ini ialah bulan promosi. Bulan jualan mega super sale, ibarat kalau di shopping complex diberi diskaun jualan sehingga 90%. Maka berebut-rebutlah seluruh warga kota untuk mendapatkan habuan dari tawaran hebat yang melampau itu. Sanggup beratur panjang bersesak-sesak dan bersusah-payah demi mencapai apa yang terhidang. Allah memberi promosi ganjaran pahala yang berganda-ganda untuk setiap amal soleh kita di bulan ini. Tahap ganjarannya begitu luas hinggakan Allah sendiri yang menentukan nilaiannya. Tapi mengapa manusia masih buat endah tak endah? Kerana ganjaran pahala itu tidak nampak secara fisikal ye? Kalau wang ringgit dan harta benda nampak di mata sebab itu semua gila mengejarnya. Pahala ini persoalan alam ghaib yang tak nampak dek mata. Maka si Luncai terjun dengan labu-labunya. Hanya Jauhari mengenal maknikam.
  3. Bulan Ramadan ini ialah bulan Al-Qur'an. Cuba kita pejamkan mata dan cuba berjalan balik ke rumah dari surau ini. Agak-agak boleh sampai tak kat rumah kita? Atau kemungkinan besar tersesat masuk ke rumah orang, kalau tidak terjatuh ke dalam longkang pun. Mata itu Allah kurniakan untuk memandu kita menuju destinasi dan menilai segala yang ada pada penglihatan kita. Maka Al-Qur'an itu pula ialah ibarat mata yang akan memandu kita pada destinasi untuk berjumpa Allah SWT. Al-Qur'an ini kalam Allah yang terkandung segala petunjuk lengkap bagi kegunaan manusia. Apabila manusia membaca Al-Qur'an, memahami, dan beramal dengannya maka perjalanan menuju destinasi Akhirat berjumpa Allah SWT itu tidak akan tersesat. Kerana panduan perjalanan itu disediakan oleh Allah SWT sendiri yang disampaikan kepada umat ini melalui perantaraan Rasulullah SAW. Jadi ayuh dalam Ramadan yang masih berbaki ini bacalah Al-Qur'an. Ganjaran pahalanya begitu besar. Seterusnya bacalah juga terjemahannya agar boleh faham maksudnya.
Setakat ini banyak amalan pembuat2 maksiat atau manusia2 ignoran yang dapat di lihat. Semasa memandu ke tempat kerja ada yang tidak segan silu menghirup teh ais atau menghisap rokok. Bulan Ramadan bagi mereka ini tiada apa2 makna. Ramai ditempat kerja yang sebelum ini tidak bertudung atau memakai pakaian ketat dan mendedah aurat, masih begitu juga. Tidak ada rasa untuk malu pada Ramadan. Tidak malu pada Allah SWT.

Untuk manusia2 yang tidak solat, pada Ramadan ini pun masih juga tidak solat. Seolah-olah solat ini tidak ada kena mengena dengan ibadah puasa. Puasa dia bagai nak rak namun tak nak solat dia. Ada juga yang hanya solat maghrib saja. Ramai juga yang hanya solat terawih saja. Ramadan yang kian berlalu ini tidak mungkin ditangisi mereka.

Hakikatnya 10 pertama Ramadan ini sudah di penghujung. Mohon doa sungguh2 supaya Allah limpahkan rahmat-Nya. Perjalanan harus diteruskan ke 10 kedua pula. Marilah kita mohon sungguh2 keampunan Allah SWT atas segala dosa2 lampau. Teruskan amal soleh.

@@@

Friday, August 05, 2011

IKIM fm 4 Aug 11 - Interview SOT

Sudah 5 hari kita di bulan Ramadan. Bagaimana perjalanan amal soleh kita? Ingatlah perjalanan masa yang terus berjalan. Apa yang berlalu tidak bisa kembali. Apatah lagi masa yang berlalu. Sebanyak mana harta pun tidak boleh membeli detik masa yang berlalu itu. Begitulah juga dengan Ramadan ini. Besok sudah hari ke-6, lusa ke-7 dan seterusnya. Ramadan akan meninggalkan kita pula. Justru itu usah tangguh2 lagi dalam amal soleh. Ambil manafaat dari kemuliaan dan keistimewaan Ramadan ini. Jika tidak, kita akan melepas lagi sebagaimana tahun2 sudah.

Semalam jam 6:15ptg, saya di interview oleh DJ Maz di Radio IKIM perihal buku sulong saya RAMADAN TERAKHIR. Antara bicara yang dapat saya kutip adalah seperti berikut:

DJ: Adakah ini buku pertama yang ditulis dan mungkin boleh ceritakan sedikit pengalamannya?
SOT: Terima kasih dan Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh. Buku ini sebenarnya mencoretkan pengalaman saya sebagai orang awam yang menuntut ilmu, dari pembacaan, dari pemerhatian, dari pengalaman dan yang penting sekali dengan menghadiri majlis2 ilmu. Saya ingin menyampaikan ilmu balik ilmu yang saya dapat itu untuk dikonsi-kongsikan dengan insan-insan yang lain dan ianya mengenai kisah benar iaitu pengalaman saya dan konsepnya masa santai tapi ilmu sampai. Itulah konsepnya yang merupakan bacaan ringan yang menyentuh tarbiah ruhani, memotivasikan kita dan insyaAllah ia bukanlah merupakan buku yang akademik sangat.

DJ: Ini buku pertama ke atau pernah menulis sebelum ini?
SOT: Ini merupakan karya sulong saya. Jadi terima kasihlah kepada pihak Galeri Ilmu kerana memberi peluang merealisasikan hasrat saya ini.

DJ: Rasanya bila karya pertama mesti ada pengalaman yang hendak dikongsikan. Cabaran ke rintangan ke, kerana menulis buku ini bukanlah satu perkara yang mudah dan banyak cabarannya.
SOT: Saya sebenarnya mengambil masa yang lama untuk mengumpul bahan ini dan mengambil masa beberapa tahun dan tabiat saya sebenarnya dari dulu suka mengambil nota-nota semasa menghadiri majlis2 ilmu. Kemudian nota2 itu saya gubah menjadi artikel dan adanya saya post di blog dan sebagainya. Apabila bahan itu makin berkembang saya dapati sudah agak cukuplah untuk diketengahkan. Dan itulah awal tahun ini sebenarnya saya menghubungi beberapa syarikat penerbitan buku dan Alhamdulillah Galeri Ilmu memberi respon yang positif dan memberikan nasihat2 profesional untuk saya membaikmutu sehingga terhasilnya buku yang pertama ini, Alhamdulillah.

DJ: Sebenarnya kalau kita perhatikan di pasaran sendiri pun dah banyak buku2 dan ceramah agama mengenai bulan Ramadan ini. Lebih2 lagi kita sekarang ini sudah memasuki bulan Ramadan. Jadi apa sebenarnya yang mendorong En Hisham sendiri menulis buku ini walaupun orang kata dah ada banyak buku2 berkaitan Ramadan di pasaran?
SOT: Sebenarnya saya ingin berkongsikan ilmu, itu yang pertama. Dan saya dapati ramai antara kita ini menganggap Ramadan itu sebagai sesuatu yang biasa sahaja tapi hakikat sebenarnya Ramadan ini adalah sesuatu yang luarbiasa. Ianya merupakan satu anugerah Allah SWT yang mana kita sepatutnya menghargai dan melalui dengan memperbaikmutukan berbanding dengan Ramadan2 yang lalu. Sebab itulah terhasilnya buku ini ialah sebenarnya untuk memotivasikan kita. Persediaan kita sebenarnya untuk menghadapi kehadiran bulan Ramadan itu bermula daripada Rejab dan Syaaban lagi merupakan latihan intensif kita. Kemudian kalau ibarat permainan bola, pertandingan sebenarnya ialah di bulan Ramadan itu sendiri. Kemudian kalau kita tengok 10 Ramadan pertama itu adalah limpah rahmat daripada Allah SWT. Kalau kita analogikan permainan bola, ianya adalah peringkat awal. Kemudian 10 kedua itu merupakan keampunan insyaAllah daripada Allah SWT. Dari segi analogi main bola itu tadi lagi, ini di peringkat suku akhir dan separuh akhirnya. Kemudian 10 terakhir itu adalah pembebasan daripada azab neraka Allah. Itu merupakan kemuncak sepatutnya, merupakan final dalam permainan bola dan kita sepatutnya merebut. Motivasi kita ialah untuk merebut kejuaraan dan meraikan kemenangan. Jadi perjalanan itu yang saya cuba gambarkan dalam buku ini supaya kehadiran hari raya ataupun Syawal itu sebenarnya adalah untuk meraikan sesuatu kemenangan yang hebat. Itulah sebenarnya yang saya cuba sampaikan.

DJ: Apakah istimewanya buku ini berbanding dengan buku2 Ramadan lain di pasaran? Kerana tajuknyakah atau macamana boleh berikan tajuk RAMADAN TERAKHIR ini?
SOT: Ok terima kasih. Sebenarnya ramai yang bertanya saya kenapa diberi tajuk RAMADAN TERAKHIR itu. Jadi pertamanya salah satu dari 48 Bab yang ada dalam buku ini kalau tak silap saya bab yang ke-17 bertajuk Ramadan Yang Terakhir, cuma kita keluarkan 'yang' itulah. Keduanya, ada satu doa Rasulullah SAW yang popular yang bermaksud "Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dab Syaaban, serta panjangkan umur kami sehingga bertemu Ramadan." Maknanya apabila Allah menemukan seseorang itu dengan Ramadan, sebenarnya ia adalah satu perkara yang hebat. Jadi ia adalah satu anugerah dan keistimewaan daripada Allah SWT. Maka sepatutnyalah kita menyambut anugerah ini dengan penuh kesyukuran dan kemuliaan. Apatah lagi ada satu malam di bulan Ramadan yang nilaian ibadahnya mendapat ganjaran seperti ibadah yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Jadi ini sangat teristimewa. Kenapa RAMADAN TERAKHIR? Kerana kita mungkin juga tidak akan bertemu dengan Ramadan pada tahun hadapan kerana sudah mati. Kerana ingat titik kematian bagi setiap insan itu sebenarnya ada di depan mereka masing2. Kita tidak tahu bila. Kita janganlah ingat lambat lagi kita akan mati. Ianya adalah faktor yang diluar kawalan kita. Tiada siapa pun yang boleh jamin besok kita masih lagi hidup. Dan Ramadan tahun depan iaitu 1443 Hijriah, 12 bulan lagi ke depan. Jadi 12 bulan itu merupakan jangkamasa yang agak panjang. Tidak mustahil sesuatu mungkin berlaku sepanjang masa itu. Mungkin titik kematian kita berada di antara jarak 12 bulan ke hadapan ini. Ini sepatutnya menyedarkan kita bahawa Ramadan kali kemungkinan besar merupakan RAMADAN TERAKHIR kita. Kita sepatutnya memotivasi diri kita untuk membuat yang terbaik. Dan satu lagi kenapa RAMADAN TERAKHIR ialah kerana kita mestilah membuat yang terbaik. Cukuplah sudah kita mengamalkan ibadah puasa ini pada piawaian orang awam sahaja. Iaitu sekadar menahan dahaga, menahan lapar dan pergaulan suami isteri di siang hari. Kita sepatutnya meningkatkan level puasa itu kepada level yang kedua iaitu puasa khusus. Yang mana kita sepatutnya mengajak seluruh pancaindera kita untuk turut sama berpuasa. Kita puasa mata, janganlah melihat benda2 yang haram. Kita puasa telinga dari mendengar benda2 maksiat. Mulut kita lidah kita, kita puasa dari bercakap benda2 yang mungkar. Kaki kita tangan kita perut kita, seluruh pancaindera kita puasa. Kita buat yang terbaik seolah-olah kalau seorang pelajar, ia sedang menghadapi final exam yang akan menentukan samada dapat lulus cemerlang atau sekadar lulus cukup2 makan atau yang lebih teruk lagi ialah mendapat keputusan yang gagal. Jadi ini adalah amalan terakhir kita. So be the best that we can be. Itulah antara sebabnya saya menghasilkan buku ini.




DJ: Ya selalunya jika terakhir itu kita sepatutnya membuat yang terbaik. Jadi golongan manakah yang menjadi sasaran untuk buku ini? SOT: Buku ini kita kategorikan sebagai tarbiah rohani, buku motivasi. Target audience kita ialah mungkin golongan awal dewasa atau peringkat IPTA atau IPTS yang sudah dapat menilai tentang risalah Islam, risalah dakwah. Jadi saya fikir itulah target audience kita insyaAllah.




DJ: Dalam banyak2 bab ini ada satu bab yang agak menarik iaitu bab 40 mukasurat 150, bersedekahlah walaupun hanya sesikat pisang. Biasanya kita bila nak bersedekah ni selalu beri alasan saya duit sedikit la, duit cukup2 makan la, saya belum masak yang sedap2lah untuk bagi jiran2 dan sebagainya, tapi dalam bab ini dinyatakan bersedekahlah walaupun hanya sesikat pisang. Mungkin boleh komen sedikit berkenaan bab ini.
SOT: Ok terima kasih. Sebagaimana yang saya terangkan tadi bahawa buku saya ini bukan sekadar teori, ianya adalah praktikal yang boleh diamalkan. Kegemaran saya ialah menanam pokok pisang di laman rumah jadi satu hari tu saya tanam pisang, saya kira2 dah 10 batang pisang yang saya tanam. Jadi saya terfikir kalaulah 10 tandan pisang ini menguning sekaligus pasti tidak habis dimakan. Jadi bila Allah kurniakan rezki itu bolehlah kita kongsi2kan dengan jiran tetangga. Saya teringat seorang Ustaz pernah berseloka, katanya saya pun naik hairan kenapa orang suka sangat bersedekah pisang kat masjid kat surau daripada dulu sampai sekarang. Jadi sememnagnya pisang ini amat popular sebagai jariah di masjid. Mungkin kerana khasiatnya iaitu kaya dengan vitamin C dan mineral, praktikal dan senang untuk dimakan. Yang penting ialah niat bersedakah itu. Mana yang lebih elok antara orang yang bersedekah pisang di masjid dengan orang yang tak bersedekah pisang. Tentulah orang yang bersedekah pisang itu lebih baik jika niatnya ikhlas nawaitu kerana Allah. Begitu juga kita sering mendengar komen berhubung dengan sedekah RM1 dulu sampai sekarang, saya dulu pun memberi komen yang sama tapi kini tidak lagi kerana saya sudah faham apa yang lebih utama di sini, mana yg lebih baik orang yg bersedekah RM1 dulu kini dan selamanya berbanding dgn orang yg dulu sampai sekarang tak bersedekah. Sedikit tapi istiqamah jauh lebih baik dari banyak tapi sekali sekala, kita tak payah mengutuk orang, tapi buatlah sesuatu untuk mencari redha Allah bukan mencari redha manusia. Sempena bulan Ramadan banyakkanlah bersedekah dan berjariah walupun sesikat pisang.

DJ: Pada cover belakang, saya tertarik dengan coretan "Cukuplah kita bodoh dan diperbodohkan selama ini. Kita tidak mahu jadi bodoh selama-lamanya. Marilah kita jadi cerdik pada Ramadan kali ini dan seterusnya", mungkin ada yang ingin dikomenkan..
SOT: Kadang kita tertipu dengan diri kita sendiri, kita berpuasa di siang hari tapi kita masih melakukan maksiat, kita masih mengumpat, masih tidak menutup aurat dan sebagainya. Bodohlah kita contohnya pantang meninggalkan solat terawih di surau di masjid tapi tidak berpantang untuk meninggalkan solat fardu seperti subuh dan zohor. Nampak hebat di depan manusia tapi hakikatnya kita bodoh di depan Allah dan hanya menipu diri sendiri. Coretan di belakang ini mengajak kita untuk usah jadi bodoh lagi. Kita boleh buat2 bodoh tapi jangan betul-betul bodoh. Buat benda sunat dan meninggalkan benda yg fardu.




DJ: Apa harapan SOT mengenai buku ini?
SOT: Saya teringat seorang jemaah di Masjid as-Salam, seorang wargatua bangun masa bersoal jawab dengan penceramah, mengangkat tangan dan bertanya, ustaz masyarakat kita ini masih lagi bermasalah, apakah majlis2 ilmu tidak berkesan mendidik masyarakat. Jadi ustaz pun menjawab, "saya ni menyampaikan kuliah maghrib setiap malam bermakna saya boleh pergi maksima 7 masjid shaja seminggu. Apabila saya berceramah jemaah yang ada 70-80 org dan 80% jemaah yg regular. Kebanyakan mereka dah ok sebenarnya, yg bermasalah ialah masyarakat di luar sana, selalunya majlis ilmu yg diadakan ini mesejnya tak sampai kepada masyarakat di luara sana. Saya setakat ini saja yang boleh buat. Sebagai muslim jemaah yg mendengar, menjadi tanggungjawab untuk kita untuk menyampaikan balik mesej dakwah ini dan berkongsi ilmu yang kita dengar ini supaya ilmu berkembang sebab sifat kita mudah lupa, atau kerana bila sampai ajal maka ilmu itu turut berkubur bersama kita jadi rugilah."


Dengan semangat itulah saya menghasilkan buku ini untuk berkongsi ilmu yang saya dapat kepada ahli masyarakat. Itulah harapan saya supaya pembaca yang membaca buku ini, sekiranya mendapat satu dua ilmu dari buku ini sampaikan juga kepada orang lain supaya ilmu berkembang. Atau jadikan ini sebagai hadiah atau cenderahati di musim perayaan atau semasa menyambut Ramadan ini. Kalau biasa kita beli baju atau t-shirt bagi dekat adik kita, kakak kita, jadi tahun ni kita beri buku. Harga RM19 campur pembalut hadiah RM1, pekej RM20. Kepada kawan2 yg kenduri kawin instead of bagi duit RM20 dalam sampul, maka hadiahkan buku. Saya rasa ini lebih elok. Ilmu yang ada akan berkembang dan berkembang. Manafaatnya bukan setakat untuk kita yang hidup tapi berpanjangan sampai hingga ke alam barzakh jika ilmunya bermanfaat.



@@@

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...