Thursday, July 14, 2011

Buku RAMADAN TERAKHIR

Buku RAMADAN TERAKHIR karya SOT



Hidup ini ibarat sebuah perjalanan yang jauh menuju akhirat. Destinasi akhir kita ialah akhirat. Saya teringat sebuah ungkapan - Dunia ini dijadikan untuk manusia, dan manusia dijadikan untuk akhirat. Maka benarlah bahawa hidup didunia hanya sekadar jambatan untuk ke akhirat. Walau pun kehidupan dunia cuma sementara tetapi ianya sangat signifikan. Kerana apa? Kerana adanya 'judgment day'. Setiap perlakuan kita di dunia ini akan dinilai kesemuanya, tiada yang ketinggalan. Amal yang sebesar biji sawi pun akan tetap diambil kira.


Dalam perjalanan ini kita akan menempuh satu titik iaitu detik kematian. Mungkin 1km lagi, mungkin 2 km lagi. Mungkin 1 bulan lagi, mungkin 6 bulan lagi, mungkin 2 tahun lagi. Kita tidak tahu bila detik kematian kita. Namun ia sudah termaktub di Luh Mahfudz.


Hakikatnya setiap pagi kita bangkit dari tidur, ia akan mendekatkan kita sehari lagi kepada detik kematian itu. Semua yang lain itu hanya asbab semata. Ada orang mati kerana kemalangan jalanraya, ada yang mati kerana jatuh ditimpa tangga. Kita berjalan ke depan dan di depan sana ada menanti sebuah kematian untuk diri kita. Suspen bukan untuk difikirkan?


Ramai sudah teman2 seperjuangan kita atau kawan2 sekelas kita samada di sekolah rendah atau di sekolah menengah dulu yang sudah meninggal dunia. Tapi aku masih bernyawa. Untuk berapa lama lagi?


Semalam anak bekas CEO syarikat tempat saya bekerja meninggal dunia pada usia 21 tahun. Dia terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai. Namun dia bangun dan masuk ke bilik untuk tidur. Namun rupanya tidurnya malam itu untuk selamanya. Siapa sangka? Tidak siapa menyangka termasuklah ibu dan bapanya. Mengikut logik akal, ibu dan bapanya sepatut mati dulu. Tapi ingat, kematian itu tidak mengenal usia.


Sesampainya manusia pada titik kematiannya maka matilah dia. Expired date yang tidak mungkin disambung hayat. Tidak seperti lesen memandu yang apabila tiba tarikh luput boleh disambung untuk jangkahayat satu tahun lagi dengan membayar RM30 kepada JPJ.


Saya mengahadiri pengkebumian arwah di tanah perkuburan di perkarangan Masjid al-Reduan Ulu Klang. Lubang kuburnya begitu sempit. Jenazah dibaring mengiring mengadap dinding tanah. Gumpalan tanah memenuhi ruang kubur, maka bersemadilah jasad yang tidak bernyawa itu di dalam lubang kubur yang dikambusi tanah itu. Asal manusia dari tanah maka kembalinya ke tanah juga. Tahlil di baca oleh imam muda. Hi Abdul Hadi, hari ini terputuslah hubunganmu dengan dunia. Bersemadilah kamu di kubur ini sehingga hari kiamat. Kamu akan didatangi oleh malaikat yang bertanya siapa tuhan kamu? Maka jawablah Allah tuhanku...


Hadirin yang mengiringi pengkebumian ini agak ramai. Setelah tahlil arwah dan doa diaminkan maka tibalah masanya para hadirin bergerak pulang. Benarlah orang yang mengiringi akan pulang, harta yang dimiliki akan ditinggalkan, cuma yang dibawa ke lubang kubur ialah kain kapan bewarna puteh yang akan reput dalam beberapa hari. Yang dibawa lagi ialah amal baik dan amal buruk yang akan di hisab suatu masa nanti.


Terputuslah hubungan anak Adam apabila mati kecuali 3 perkara iaitu doa anak yang soleh, amal jariah, dan ilmu bermanafaat yang diamalkan. Menyedari hakikat ini saya yang telah berpeluang menyedut oksigen Allah selama hampir 48 tahun ini tidak mahu ilmu di dada hilang begitu saja bersemadi bersama jasad yang terkujur layu. Itu yang akan berlaku jika ilmu di dada tidak dikongsi dengan manusia lain. Tabiat ilmu ialah makin berkembang apabila di sebarkan dan menjadi hilang atau lupa apabila dipendamkan.



Sepanjang perjalanan kehidupan ini, sedikit sebanyak ada ilmu2, kisah2 tauladan, dan hikmah2 yang telah dikutip. Kebanyakannya dari kesempatan menghadiri majlis2 ilmu seperti ceramah perdana, kuliah2 maghrib, dan tazkirah2 ramadan di surau dan masjid. Juga melalui pengalaman hidup, pembacaan dan pemerhatian. Yang penting ialah pandang dan fikir tentang kehebatan alam dan kejadian ciptaan Allah SWT.


Tabiat rutin saya ialah mencatit nota pada majlis2 ilmu, membuat artikel, dan mengumpul maklumat. Merintasi masa, saya kumpul2kan sehingga menjadi sebuah manuskrip buku. Objektif saya untuk berkongsi ilmu di dada dengan insan yang lain agar ada manafaatnya dan supaya ilmu itu dapat berkembang bukan hilang begitu sahaja.


Sampai masanya saya pun menghantar manuskrip ini kepada beberapa syarikat penerbitan buku terkemuka tanahair. Alhamdulillah Galeri Ilmu memberi respon yang positif melalui perantaraan editor kanannya. Panduan dan nasihat profesional diutarakan untuk saya patuhi sehingga akhirnya buku hasil karya sulong saya ini dihantar untuk cetakan pada penghujung bulan Jun 2011. Tajuk buku ini ialah Ramadan Terakhir. Setebal 197 mukasurat dengan harga RM19.


Kenapa Ramadan Terakhir? Kerana Rasulullah SAW pernah berdoa, "Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban serta panjangkan umur kami sehingga bertemu Ramadan." Maknanya apabila Allah menemukan seseorang itu dengan Ramadan, sebenarnya ia adalah perkara luarbiasa, bukan perkara biasa2. Ianya adalah 'privilage'. Ia adalah anugerah yang hebat. Satu keistimewaan dari Allah SWT kepada hamba-Nya. Maka sepatutnya kita menyambut anugerah ini dengan penuh kesyukuran dan kemuliaan. Apatah lagi ada satu malam di bulan Ramadan itu nilaian ibadahnya mendapat ganjaran seperti ibadah lebih baik dari 1000 bulan. Teristimewa.


Kenapa Ramadan Terakhir? Kerana kita mungkin tidak akan bertemu dengan Ramadan pada tahun hadapan kerana sudah mati. Kerana ingat, titik kematian setiap insan itu ada di depan mereka masing2. Jangan ingat lambat lagi nak mati. Ianya faktor yang diluar kawalan kita. Dan 12 bulan untuk bertemu Ramadan yang akan datang itu adalah jangkamasa yang panjang. Tidak mustahil 'expiry date' seseorang itu ada didalam ruang waktu 12 bulan itu. Think about it.


Kenapa Ramadan Terakhir? Kerana kita mestilah membuat yang terbaik. Cukuplah sudah kita mengamalkan ibadah puasa pada piawaian orang awam, iaitu sekadar menahan lapar, dahaga, dan tidak bersetubuh di siang hari. Berusahalah untuk mencapai puasa khusus iaitu puasa yang mengajak pancaindera lain juga untuk turut berpuasa. Puasa mata dari melihat yang haram, puasa mulut dari bercakap yang mungkar, puasa telinga dari mendengar perkara maksiat, puasa kaki, tangan, perut, lidah, dan semuanya. Buat yang terbaik seolah-olah inilah final exam yang menentukan untuk lulus cemerlang atau lulus sekadar cukup makan atau yang lebih teruk lagi mendapat keputusan gagal. Ini ialah Ramadan terakhir. Be the best you can be.


Buku sulong karya saya ini menyentuh persediaan ke medan juang. Ibarat bermain bola, latihan intensif yang wajar dimulakan pada bulan Rejab. Diikuti latihan khusus dan perlawanan2 persahabatan di bulan Syaaban untuk memantapkan diri secara fisikal dan mental bagi menempuh pertandingan sebenar di bulan Ramadan al-Mubarak. Tanpa sistem latihan yang mantap sudah tentu peluang untuk menang dan meraikan kejayaan turut pudar. Mana ada pasukan bola ke Piala Dunia yang berjaya tanpa latih tubi yang sistematik?


Apabila Allah SWT memberi keistimewaan untuk kita bertemu dengan Ramadan pada tahun ini maka sambutlah ia dengan penuh kesyukuran dan kesedaran. Ambil peluang yang diberikan ini untuk meraih segala keuntungan dan kemenangan. Di sini saya berkongsi ilmu yang saya dapati dari pengalaman ibadah dan majlis2 ilmu yang dibimbing oleh para2 daei', iman dan lebai. Pengalaman melalui bulan yang penuh magik ini memberikan kenikmatan yang luarbiasa hebat. Maka perkongsian dalam bentuk santai tapi saya mengharapkan ilmu sampai. Semoga ilmu yang bermanfaat terhasil dari coretan demi coretan pada setiap lembaran 49 bab yang dipaparkan.


Akhirnya hasil dari tarbiyah Ramadan itu sendiri. Apakah mampu membawa sesuatu perubahan positif kearah mendekatkan diri pada Illahi? Atau sekadar di pinggiran, balik ke takuk lama atau lebih membawa mudarat dari berkat? Apakah beraya sakan macam orang hilang ingatan? Dan masih malambat2kan solat tiang agama. Atau terus tidak solat dan tidak menutup aurat macam biasa? Sendiri mencari jawabannya.


Milikilah buku Ramadan Terakhir keluaran Galeri Ilmu ini yang masih hangat dari kilang. Sesuai juga di buat hadiah untuk rakan dan taulan. Semoga ada barokah dalam penghasilan buku ini dan mencapai objektif untuk mencari redha Illahi dengan berkongsi ilmu yang ada untuk manfaat semua.






@@@

13 comments:

Cikli said...

selamat datang ramadhan

Achu Tra said...

masyaallah....TAHNIAH atas kelahiran karya tarbiyyah...keno oda nih sebutir...

zul permatang badak said...

Buku baru.....tahniah...bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramdhan yang mulia........ia dapat membentuk jiwa serta akhlak berpuasa ketahap sebenarnya.............

Sekali lagi tahniah.......untuk SOT..

School Of Tots said...

TQ Cikli. Segala puji bagi Allah. Semoga perkongsian dalam bentuk buku RAMADAN TERAKHIR ini ada kebaikannya, insyaAllah. Selamat datang Ramadan. It's a privilage to meet Ramadan again.

School Of Tots said...

TQ Achu Tra. Ambo pun terkejut juga sebenarnya. Tak sangka impian menjadi nyata. Allah mempermudahkan penerbitan buku RAMADAN TERAKHIR karya sulong saya ini. Saya berharap sedikit sebanyak ada ilmu yang bermanafaat untuk perkongsian bersama, insyaAllah. Segala puji bagi Allah.

School Of Tots said...

Alhamdulillah zul permatang badak. Semoga kehadiran Ramadan tahun ini mengundang kepuasan beribadah pada tahap maksima kerana mungkin ini RAMADAN TERAKHIR untuk diri. Latihan intensif di Rejab & Syaaban untuk perlawanan sebenar di bulan Ramadan bagi meraikan kejayaan & kejuaraan menyuloh kehidupan hingga ke akhir zaman. InsyaAllah.

ooooooooo said...
This comment has been removed by the author.
School Of Tots said...

TQ Umar Zakir Abdul Hamid atasan sokongan ini. Setiap kita punyai peranan masing2 dlm meyebarkan mesej dakwah. Selagi mana nikmat kemanisan iman itu sebati di jiwa maka banyak2lah bersyukur dan bergantung harap pada Yang Esa. Semoga segala urusan bakal menempa kejayaaan, insyaAllah.

syahrulnizam said...

Tahniah atas penulisan buku Ramadan Terakhir. Ia menjadi gandingan tepat untuk buku Travelog Ramadan.

http://pts.com.my/index.php/buku/travelog-ramadan-menyingkap-tabir-hamba-dan-pencipta/

School Of Tots said...

TQ syahrulnizam. Semoga ada barokah atas segala usaha ini. Harap2 Ramadan kali ini terbaik untuk kita semua.

Ashraf Hadi said...

Amat berhajat untuk mendapatkan buku sulong penulisan tuan ini. InsyaAllah saya balik Malaysia bulan depan boleh carikan. Tahniah tuan :)

School Of Tots said...

TQ Sdra Ashraf Hadi. Alhamdulillah semoga Buku ini ada manfaatnya untuk Sdra.

School Of Tots said...

100 hari lagi ~ Ramadan 1440H akan muncul ~ jom brrsiap dgn latih tubi amal soleh dari skrg agar cemerlang di Ramadan nanti 😎

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...