Saturday, July 09, 2011

Hak Rakyat Bersuara



Rakyat Sudah Muak Dan Bangkit Menyuara Pendapat

Hak rakyat bersuara menjadi nyata siang tadi. Apabila KPN mengatakan hanya 5,000-6,000 orang sahaja yang berhimpun dan TV3 pula melapurkan kurang lebih 600 orang sahaja yang berkumpul maka sekali lagi datang rasa meluat macam nak muntah. Kerana sekali lagi rakyat hendak ditipu.

Bak kata pengerusi Bersih, kita menuntut supaya di bersihkan sistem pilihanraya yang ada, berhentilah dari menang dengan cara menipu. Satu permintaan yang murni dan gentleman. Tapi nampaknya ia ditentang bagai nak rak, seolah-olah hidup mati parti memerintah bergantung di situ, di tipu daya yang masih berbaki.

Setuju benar dengan pengorbanan Pak Samad yang berkata saya luangkan sibuk tua saya di sini untuk megindahkan sistem pilihanraya yang ada bukan untuk mengotorkannya. Sepatutnya semua pihak memberi sokongan itu.

Tahniah warga tercinta kerana perjuangan ini. Sesungguhnya sesuatu perubahan itu tidak datang bergolek. Ianya satu perjuangan yang panjang. Kesemua 1667 yang ditahan khabarnya akan dibebaskan semuanya malam ini. TG Hj Hadi & Dato Ambiga juga sudah dibebaskan pukul 6:30ptg tadi.

Akhirnya mari kita hayati kata2 TGNA - Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. UMNO pasti akan jatuh tersemban juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!


Video credit to this blog.

@@@

2 comments:

Cikli said...

semua orang ada perjuangan masing-masing. cuma berani atau tidak. saya salute kepada yang berani walaupun halangannya begitu!

School Of Tots said...

TQ Cikli. Semoga demokrasi dan kebebasan bersuara kekal subur. Era pak turut dgn propoganda media arus perdana sudah berlalu. Rakyat sudah celik dan mengikuti ulasan dari media alternatif.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...