Tuesday, May 31, 2011

Anak Kera & Anak Lembu

"Tengok anak kera tu, perangai sebijik macam Kera," kata saya kepada anak saya semasa dalam perjalanan ke Kuala Kubu tempoh hari. Kera dan anak kera bergayut-gayutan di talian elektrik di tepi jalan. Mereka gembira hidup bebas tanpa gangguan. Malah apabila bermain di talian letrik itupun, Allah tidak kenakan kejutan letrik kepada mereka. Itulah kelebihan kera berbanding manusia.


Anak lembu pun sama. Perangainya sebijik macam lembu. Anak bapak la katakan. Pandang dan Fikir. Lembu ni kalau kita tenung-tenungkan, kerja dia makan je 24 jam sehari semalam. Asyik menguyah kerjanya. Sambil tidur pun boleh menguyah. Itulah kelebihan lembu dan anak lembu. Apa yang dikunyahnya saya pun musykil?


Apabila kita melihat kera dan anaknya, apakah yang dapat kita ambil iktibar dan pengajaran? Pertama kera sayang kat anaknya. Dia sanggup bergadai nyawa untuk melindungi anaknya. Kedua kasih sayang yang diberikan oleh kera kepada anak kera memang tidak berbelah bagi. Ketiga kera mengajar anaknya the art of survival, ilmu kemahiran hidup supaya anak kera dapat menempuh segala kerenah kehidupan yang mendatang. Dan akhir sekali tidak dinafikan kera bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan padanya tanpa pernah merungut walau sesaat. Dia bersyukur dengan apa yang ada dan hidup bahagia bebas mencari kebahagiaan di bumi Allah ini. Hebat sungguh kera dan anak kera yang tidak berakal itu. Begitulah jua dengan lembu dan anak lembu. Bagaimana dengan manusia yang berakal ini?


Manusia dikotori dengan penyakit hati. Dengki mendengki dan irihati. Riak, sombong dan takabbur. Hati manusia tidak sesuci hati lembu dan hati kera. Apabila hati manusia kotor dengan segala tompok hitam itu maka payah untuk menzahirkan kemanisan akhlak, budi bicara dan keikhlasan. Ada saja onar dan duri yang menyucuk supaya sakit. Manusia yang sakit akan menyakiti juga segala yang ada di sekelilingnya atau yang ada dalam capaiannya. Maka hina kera kah atau manusia yang hina? Hina lembu kah atau lembu yang terlebih mulia berbanding manusia yang punya akal berjela itu?


Fikir-fikirkan dan renung2kan. Selamat beramal.


@@@

8 comments:

Wan Sharif said...

Semuga kita tergolong sebagai orang yang bersyukur

Temuk said...

Assalamu'alaikum Sdra SOT
Terima kasih menjenguk blog Pak Temuk. Entri mengenai kera & lembu sdra memang menarik. Ada kalanya, dan dalam keadaan tertentu, kita wajar akui bahawa 'kumpulan' yg dikisahkan itu secara relatifnya memang lebih hebat daripada kita. Apa lagi jika difikirkan bahawa masing-masing itu adalah haiwan, sedangkan kita manusia.

baincardin said...

Salam. saya suka entri ni. Semoga kita semua tergolong di dlm golongan org yg bersyukur dan saling ingat mengingati..amin.......

School Of Tots said...

TQ Wan Syarif. Mulia kita pada hati. Hati kena taat, ikhlas & tawadduk.

School Of Tots said...

TQ Pak Temuk sudi titipkan komen di laman ini. Memang benar kekadang binatang lebih mulia dari manusia. Kekadang manusia lebih hina dari haiwan. Jaga hati kerana di sana ada kemuliaan dan ada kehinaan.

School Of Tots said...

TQ baincardin. Kita doakan supaya Allah dengan limpah rahmat-Nya sudi memasukkan kita ke dalam kelompok manusia yang beriman yang saling berpesan dan ingat mengingati pada kebenaran. Amiin.

Cikli said...

lembu dan kera boleh menjadi cikgu yang baik untuk manusia

School Of Tots said...

TQ Cikli. Lembu & Kera juga makhluk Allah. Renung & Fikir, di sana ada kebesaran Allah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...