Saturday, June 26, 2010

Pisang 10 Batang


Aktiviti minggu lepas diteruskan hari ini iaitu projek tebus guna tanah dan menanam pokok pisang. Pagi2 lagi bangun dan memulakan projek. Minggu lalu telah berjaya menanam 4 pokok pisang, kini di tambah 6 lagi menjadikan 10 batang kesemuanya. Cuba bayangkan 10 tandan pisang menguning sekaligus....fuyooo tak habis makan tu. Kalau Allah kurniakan rezki itu, dapatlah dikongsi2 dengan jiran tetangga dan ahli khariah sekelian. Laman rumah pun nampak terurus. Alhmdulillah. Kejap lagi nak outing bersama keluarga ke MIHAS.

Minggu lepas dalam sebuah majlis ilmu Ustaz ada berseloka katanya, "saya pun naik heran kenapalah kita suka sangat sedekah pisang kat masjid, dari zaman tok nenek kita dulu sampailah ke hari ini, tak ke rasa nak sedekah epal ke limau ke durian ke?"

Memanglah betul pisang ni memang popular terutamanya sebagai sedekah kat masjid pada hari Jumaat. Mungkin kerana khasiatnya dan kaya dengan vitamin C.

Tapi yang penting niat bersedekah yang ikhlas. Mana yang lebih elok antara orang yang bersedekah pisang kat masjid dengan orang yang tak bersedekah pisang kat masjid? Tentulah orang yang bersedekah pisang itu lebih baik, jika niatnya ikhlas kerana Allah.

Begitu juga kita sering mendengar komen orang yang suka mengomen, katanya "aik sedekah kat masjid RM1 je dari dulu kini dan selamanya." Saya pun suka juga bagi komen begitu suatu masa dulu, tapi kini saya sudah insaf. Yang mana lebih baik orang yang bersedekah RM1 dulu kini dan selamanya berbanding orang yang tak sedekah RM1 dulu kini dan selamanya?

Sedikit tapi ikhlas dan istiqamah itu jauh lebih baik dari banyak tapi tak ikhlas atau sekali sekala, betul tak? Jadi usah mengutuk orang. Usah ditanya apa orang buat atau apa orang tak buat. Yang penting apa yang kita buat? Buatlah sesuatu untuk mencari redha Allah bukan mencari redha manusia. Supaya kita tergolong di kalangan hamba Allah yang memperoleh keuntungan bukan saja di dunia tapi yang lebih utama, keuntungan akhirat. Amiiin.


@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...