Wednesday, June 09, 2010

Bayan Sri Petaling

Weekend lepas saya sempat ikut sahabat saya Hj Munir ke Masjid Sri Petaling. Sempena ijtimak wilayah tengah yang dijadual berlangsung hujung minggu ini, kelihatan khemah2 sedang giat didirikan oleh para petugas sukarela. Saya bertanya kenapa antara sambungan tiang2 besi khemah yg menggunakan nut&bol itu dibalut dengan potongan karpet nipis? Jawabnya supaya apabila bergeser antara nut&bol dengan kanvas khemah itu, ia tidak koyak. Dijangkakan 40-50 ribu jemaah akan menghadirkan diri ke ijtimak hujung minggu ini. Saya pun berhajat untuk hadir sama tapi tidak kesampaian kerana terpaksa bekerja menyiapkan tender.

Berbalik kepada kunjungan saya kali ini. Selepas menjamu selera roti nan dengan gulai kambing, kami beriktiqaf dalam masjid sambil mendengar tazkirah sebelum maghrib. Antara intipati yang saya dapat ialah supaya kita sentiasa risau akan pemasalah umat serta fikir dan amal akan urusan agama pada setiap ketika.


Jangkaan saya semasa solat berjemaah maghrib itu sudah ada lebihkurang 5 ribu jemaah. Bayan menyusul selepas itu oleh seorang Syeikh yang menyampaikannya dalam bahasa Urdhu dan di terjemah secara langsung oleh Ustaz Abu Bakar iaitu Imam besar Masjid Sri Petaling. Saya sangat berpuas hati dan teruja melihat skil dan penyampaian Ustaz Abu Bakar yang berjaya menangkap segala intipati dan point2 penting yang disampaikan oleh Tuan Syeikh itu.


Segala perlakuan kita sebenarnya tidak memberi apa2 impak kepada Allah atas sifat-Nya yang Maha Berkuasa. Malah kitalah yang sangat berhajat kepada segala pertolongan dan limpah iradat-Nya. Segala kebaikan yang berlaku adalah atas kudrat dan iradat Allah. Segala kemudaratan juga terjadi atas kudrat dan iradat Allah. Maka kita hendaklah sentiasa bergantung harap pada Allah, tidak pada yang lain.


Agama Islam itu sempurna dan berjayalah orang2 yang mengamalkan Agama dalam kehidupan mereka. Tapi kenapa umat Islam yang sudah mencapai angka 1.8 billion ini masih mundur dalam segala hal? Kerana penghayatan Agama kita tidak sempurna. Allah menjanjikan kejayaan dunia akhirat kepada orang yang meyakini Agama secara total yakni sempurna, bukan separuh2 pada setiap cabang kehidupan seperti muamalat, ibadah dan sebagainya.


Dalam setiap amalan dan perlakuan kita untuk meletakkan Agama sebagai kerangka dan intipati maka kenalah mengamalkan empat ciri ini:


  1. Meyakini segala janji2 Allah

  2. Menguasai ilmu syariat

  3. Meyakini bahawa Allah sentiasa melihat kita

  4. Dan mengharap keredhaan Allah.


Tidak kiralah kita sebagai pelajar, peniaga, pemimpin atau ahli professional hendaklah membetulkan niat, memantapkan amal bukan sekadar percaya tapi meyakini sepenuh hati akan kebesaran Allah, pencipta kita. Yang sudah tentulah mengetahui segala kelebihan, kelemahan dan keperluan kita, hamba-Nya.


@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...