Monday, June 21, 2010

24 jam Ibadah

Semalam anak saya ada memberitahu bahawa dia ditugaskan untuk memberi tazkirah sekadar 5 minit di hadapan kelas di UIA dan meminta pendapat saya akan topik yang sesuai. Setelah berfikir sejenak saya pun memberi satu cadangan berkisar kepada:


  1. Firman Allah yang bermaksud: Tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada–Ku.(Azzariat: 56)
  2. dan firman- Nya lagi yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad, bahawa solatku, ibadatku, hidupku dan matiku, hanya untuk Allah Tuhan semesta alam.(al-An’nam: 162).

Perbualan di meja makan itu mendapat tumpuan dari anak saya ini.


Kata saya, Allah telah memberikan 24 jam sehari semalam kepada kita, hamba-Nya, tidak kira siapa kita. Kuli kah kita atau presiden kah kita. Fair & square. 24 jam. Apabila Allah SWT menekankan bahawa objektif hidup kita ialah beribadah kepada-Nya, maka apakah maksud ibadah itu hanya sekadar solat, puasa, zakat dan haji? Atau berzikir atau membaca Al-Qur'an? Kalau itulah jawabannya maka rasanya memakan masa tidak sampai satu jam sehari pun. Bagaimana dengan baki 23 jam lagi itu?


Maka saya ingin hubungkan dengan posting saya terdahulu iaitu segala perlakuan kita ini boleh menjadi satu ibadah apabila kita memasang niat kerana Allah SWT dan ikhlas kerana Allah SWT tidak pada yang lain. Nah kalau itu situasinya maka tidak mustahil 23 jam yang berbaki itu juga boleh menjadi ibadah. Dan benarlah tuntutan dari ayat Allah di atas iaitu kita dijadikan ini untuk beribadah kepada-Nya. Are you follow?


Kesibukan dunia ini juga sebuah ujian. Namun dalam kesibukan dunia itu akan ada manafaatnya pada akhirat apabila kita memasang niat yang betul iaitu kerana Allah. Tukarkan segala kegiatan dunia itu menjadi ibadah yang ada nilaiannya di sisi Allah. Bila menjadi pelajar belajarlah dengan sungguh2 atas niat memenuhi tuntutan Allah untuk menuntut ilmu hingga ke liang lahad. Jika menjadi seorang professional, niatlah kerana Allah untuk berbakti pada masyarakat dan memenuhi tuntutan fardu kifayah. Manusia cemerlang itu ialah yang cemerlang di dunia ini untuk mencari bekalan akhirat.


Tadi, anak saya memberitahu melalui perbualan telefon bahawa sessi tazkirah yang disampaikannya pagi tadi perihal hidup untuk ibadah ini telah mendapat pujian dari lecturer dan menganggapnya sebagai sebuah peringatan yang bermanafaat.


Marilah kita sama2 menanam azam untuk meraikan suasana iaitu memanfaatkan setiap detik waktu yang Allah amanahkan kepada kita ini untuk beribadah kepada-Nya. Ibadah khas dan ibadah am memenuhi setiap ruang 24 jam sehari semalam. Apabila ianya ibadah maka insyaAllah di sana ada nilaiannya di sisi Allah yang boleh menjadi bekal kita di akhirat nanti. Ingatlah seseorang yang cemerlang itu ialah yang melakukan segala kerja dunianya dengan mengambil kira kesannya di akhirat nanti.


Saya pernah sebut di posting yang lalu dan saya ingin ulangi lagi di sini iaitu bermula dari bangkitnya kita dari tidur, kita melafazkan doa mensyukuri nikmat hidup selepas mati selama 8 jam (tidur) itu. Kita mandi niat kerana Allah, solat subuh, bersarapan dengan kalimah Bismillah, berpakaian menutup aurat kerana Allah, melangkah ketempat kerja niat kerana Allah untuk mencari rezki yang halal, membuat kerja yang berkualiti semampu mungkin, niat kerana Allah, solat zohor dan asar berjemaah di surau atau musolla. Tidak curi tulang, berbohong atau rasuah kerana takutkan Allah.


Berdakwah, ingat mengingati, menuntut ilmu dan bersilaturahim kerana Allah. Menjamah juadah makan tengahari atau makan malam dengan nama Allah. Menjaga pergaulan dan tuturkata kerana Allah SWT. Bersosial dengan masyarakat kerana Allah. Berehat dan beraktiviti dengan keluarga kerana Allah. Tidur dan beristirehat itu juga kerana Allah. Maka benarlah 24 jam yang terisi itu nawaitunya kerana Allah, maka 24 jam itu ibadah kepada Allah.


Pahatkan di minda bahawa segala janji-janji Allah itu benar. Usaha sungguh2 untuk mempelajari dan mendalami segala ilmu Allah yang maha luas terutamanya ilmu syariat. Bergantung haraplah pada Allah dan ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah dan tidak pada yang lain. Dan akhirnya yakinlah bahawa Allah melihat segala apa yang kita lakukan ini, tidak terlepas walau sebesar debu pun dari pandangan dan pengetahuan Allah.


Apabila kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah maka kita hanya menzalimi diri sendiri sahaja yang bakal menarik minat bakaran api neraka di akhirat kelak. Kita hanya membohongi diri kita sendiri. Kita tidak boleh membohongi Allah SWT. Fikir2 kan dan mulakan projek ibadah 24 jam kita, now !!

@@@

2 comments:

Pena Maya said...

Assalamualaikum
betul apa yang tuan cakapkan ni.
24 jam beribadat.
bila kita sntiasa ingat Allah
insya-Allah

kita mesti tak berani nak langgar perintah-Nya

thanks untuk artikel ni
sgt bermanfaat.

p/s: baca post ni teringat pulak kat ayah saya ..

sot said...

TQ Pena Maya for your comment. Allah is watching.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...