Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Sunday, May 02, 2010
Anugerah Kecemerlangan
Pagi tadi berlangsung Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009 di sekolah anak saya 'Kakak' di SAMT KKB yang mana Kakak merupakan salah seorang penerima bagi pencapaian keputusan 8A pada SPM tahun lepas. Tahniah.
Semalam keputusan UPU telah diumumkan secara 'online' dan Kakak telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Asasi Pra-Universiti di UIA di bidang Ekonomi dan Sains Pengurusan. Ia merupakan pilihan Kakak yang pertama dalam senarai 8 pilihan permohonan UPU tempoh hari. Alhamdulillah. Mengikut jejak abangnya yang juga menuntut di UIA pada peringkat Asasi Sains (di bidang kejuruteraan).
Peluang ini selari dengan cita-cita Kakak untuk membuat pengkhususan di bidang Akaun nanti di peringat Ijazah. Mengikut surat tawaran UPU, Kakak akan melapurkan diri di kampus UIA PJ pada 23hb Mei ini. Setelah menjalani minggu orientasi Kakak akan ditempatkan di Kampus UIA di Nilai selama tempoh pengajian di peringkat Asasi Pra-Universiti ini. Semoga di permudahkan Allah segala urusan dan di tunjukkan jalan yang terbaik buat Kakak. Amiin.
@@@
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
3 comments:
Alhamdulillah syukur...
tahniah....moga jadi inspirasi utk terus nngaji insyaallah...samo universiti la denga ambo nanti...
TQ Achu Tra, Alhamdulillah. Semoga berjaya mencapai apa yang dihajati. Jadilah gelas yang nampak kosong tapi penuh. Jangan jadi gelas yang nampak penuh tapi sebenarnya kosong. Orang berilmu akan tinggi darjatnya dalam masyarakat, insyaAllah.
Post a Comment