Saturday, May 29, 2010

Bayan Firdaus

Saya dan isteri berpeluang berjemaah di Masjid BS semalam, sekaligus dapat mengikuti slot kuliah maghrib. Rupanya setiap Jumaat slot ini dikhaskan kepada jemaah Tabligh BS untuk sessi bayan (tazkirah). Alhamdulillah malam tadi penyampainya ialah seorang anak muda bernama Firdaus. Sebelum ini saya selalu melihatnya membaca Kitab Fadhilat Amal atau Kitab Munthakab Ahadith, iaitu dua kitab popular jemaah tabligh, pada setiap selepas solat Jumaat di masjid ini.

Tapi malam tadi pertama kali saya mengikuti bayan secara langsung yang disampaikan oleh Firdaus ini tanpa bantuan teks. Beliau memulakan majlis dengan membaca sepotong hadith. Seterusnya mengajak jemaah sekelian untuk sama2 fikir dan risau permasalahan Agama. Untuk mengukuhkan ilmu di dada dan mengamalkannya dalam kehidupan. Beliau mengingati perihal pentingnya usaha dakwah yang menjadi tanggungjawab semua, bukan setengah golongan sahaja. Mengajak manusia kepada suruhan Allah dan memberi peringatan akan tegahan Allah.

Firdaus berkongsi beberapa kisah sahabat untuk kita contohi. Betapa pengorbanan para sahabat untuk merantau meninggalkan bumi Mekah dan Madinah demi menyeru manusia kepada Islam dan mengajak kepada kebenaran telah melihat Islam itu berkembang jauh hingga ke negeri Sepanyol, China, Afrika, dan Malaysia. Umat Islam sudah mencecah 1.8 billion di seluruh pelusuk dunia. Perhimpunan 'Ijtimak' gerakan Tabligh ini bukan sekadar diadakan di negara2 Islam sahaja seperti Pakistan, India, Indonesia saban tahun tetapi sudah diadakan di negara2 Eropah, China, Brazil dan negara2 bukan Islam yang lain. Usaha dakwah ini mestilah diteruskan sebagai penyambung kepada usaha Rasulullah SAW dan para sahabat demi melihat Islam itu berkembang dan tertegak di bumi ini. "Marilah kita mensahabatkan diri kita", seru Firdaus kepada yang hadir, mengajak untuk mencontohi pengorbanan dan keyakinan para Sahabat.

Setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan termasuklah harta-benda, masa, tenaga, ilmu, dan kekuatan fisikal dan mental. Sudah menjadi amalan dalam gerakan Tabligh program ziarah 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun untuk usaha dakwah disamping perjumpaan mingguan di Masjid Sri Petaling dan program jemaah Tabligh kawasan masing2. Para muslimin dijemput untuk menyertai program2 ini. Rasulullah SAW pada hayatnya majoriti method penyampaiannya ialah secara langsung 'eye-to-eye' dan inilah yang diteruskan oleh jemaah Tabligh demi meneruskan sunnah Rasulullah yang mulia itu. Pengukuhan ilmu dan amal akan dicapai dalam program ini terutamanya kepada ahli jemaah Tabligh itu sendiri.

Maka terjawablah kekaguman saya kepada Firdaus seorang anak muda yang kerja hariannya ialah berniaga santan kelapa di Pasar BS, yang dapat menguasai isi dan cara penyampaiannya yang jelas dan lancar pada majlis bayan selama sejam itu. Ibarat menendang bola ke dinding di mana bola itu akan setia melantun balik kepada penendangnya. Kita menyampaikan ilmu dan peringatan menyeru kepada kebaikan kepada saudara se Islam yang lain, dan secara naturalnya segala isi penyampaian dan peringatan itu menusuk masuk ke jiwa penyampai itu sendiri. Maka lahirlah jiwa2 besar semuda saudara Firdaus ini.

Dalam kereta ketika menghantar anak saya Amir ke tempat kerjanya di Pasaraya Sakan (kerja part time masa cuti semesta UIA) pagi ini, saya utarakan kisah Firdaus ini kepadanya untuk memberi semangat kepadanya untuk menyintai ilmu dan menyertai program2 bermanafaat bagi peningkatan jatidiri, ilmu dan amal untuk menjadi muslim yang bermutu. Yang nampak je kosong tapi sebenarnya penuh. Sebaliknya jangan nampak penuh tapi sebenarnya kosong. Jazakallah Firdaus, anakmuda yang hebat.

@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...