"Jangan diajukan hajatmu selain Allah SWT, Allah SWT yang mendatangkan hajat itu kepada kamu. Siapakah yang selain Allah SWT dapat mengangkat sesuatu yang diletakkan oleh Allah SWT? Barangsiapa yang tidak mampu melaksanakan hajat dirinya sendiri, bagaimana pula dia sanggup melaksanakan hajat orang lain." Dalam membentuk keperibadian tauhid, kita perlu melihat sesuatu dari asal mulanya hinggalah kepada penghabisan sampainya. Orang yang masih dalam proses membentuk keperibadian tauhid, diibaratkan jambatan tempat lalu-lintas yang datang dan yang pergi. Apa yang datang menceritakan asalnya dan yang pergi menceritakan tujuannya. Jambatan itu ialah hati dan yang datang itu bermacam-macam, antaranya adalah niat, harapan, angan-angan, cita-cita, hajat dan keinginan. Semuanya datang dari arah yang sama, semuanya bukan jenis benda yang berupa, tetapi adalah jenis tenaga atau kuasa ghaib. Walaupun ghaib, masing-masing itu mempunyai keupayaan dan kekuatan untuk memberi kesan kepada hati. Kesan yang berbeza-beza menyebabkan satu keupayaan dan kekuatan dapat dibezakan dengan keupayaan dan kekuatan yang lain. Boleh dikenal keupayaan dan kekuatan marah, benci, suka, niat, harapan, hajat dan lain-lain. Sumber datangnya segala-galanya ialah makam Lahut (zat Ilahiat), turun kepada makam Jabarut (sifat). Pada makam Jabarut muncullah Iradat dan Kudrat. Iradat dan Kudrat Allah SWT menjadi sumber kepada semua keupayaan dan kekuatan. Pancaran Iradat dan Kudrat diterima oleh Alam Malakut sebagai perintah Allah s.w.t. Iradat dan Kudrat yang diterima oleh para malaikat dinamakan Haula dan Kuwwata Allah SWT, lalu malaikat-malaikat yang menyambutnya mengucapkan: 'Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan (Iradat dan Kudrat) Allah SWT' |
Ust Zahidi menceritakan suatu pagi dia dikunjungi oleh seorang usahawan tokoh korporat yang terkenal. "Ustaz, saya nak mintak tolong ubatkan mak saya yang mati sebelah tubuh ini. Sudah pelbagai cara saya cuba. Namun masih gagal." Ust Zahidi menjawab, "Saya ni bukan pandai pun. Tapi kita usahalah semoga dengan iradat dan kudrat Allah dan berkat doa kita semua semoga Allah memberikan kesembuhan kepada penyakit makcik ini."
Ustaz kata dia pun ambik sebotol air mineral dan di bacakan segala zikrullah dan ayat-ayat Al-Qur'an yang dia tahu dan memohon doa kepada Allah dengan penuh ikhlas dan pengharapan semoga dengan rahmat dan kekuasaan-Nya dan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya, diberikan kesembuhan kepada mak saudara kita seorang jutawan terkenal itu. Maka pulanglah tokoh korporat tadi pada pagi itu dengan bekalan sebotol air mineral. Sebelum pulang dia sempat berjanji kepada Ustaz sekiranya maknya berjaya pulih maka dia akan menaja Ustaz untuk mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci.
Malam itu handset Ustaz berdering. Panggilan dari usahawan tadi. "Ustaz, berkemaslah ustaz, kita pergi Umrah". Di takdirkan Allah, rupanya petang itu setelah pulang, saudara kita tadi telah menyapu 'air mineral' tadi ke tubuh maknya dan memberinya minum dan berdoa penuh harapan kepada Allah agar diberikan kesmbuhan kepada maknya itu. Alhamdulillah, Allah Maha Berkuasa penyembuh segala penyakit, pada malam itu maknya tadi telah dapat mengangkat tangan dan berdiri. Alhamdulillah.
Ustaz memberitahu jemaah sekelian tiada apa-apa keistimewaan dalam method pengubatan yang beliau amalkan. Apa yang penting ialah pengosongan hati untuk sebuah pengharapan penuh ikhlas pada Allah, tiada pada yang lain untuk sesuatu hajat kita itu. Jemaah terkedu dalam menghayati pengajaran penting hakikat kewujudan kita sebagai hamba kepada Sang Pencipta yang Maha segalanya itu. Hakikat tauhid itu sendiri meletakkan pergantungan kepada Allah yang satu, tiada yang lain. Amiin.
@@@
No comments:
Post a Comment