Friday, January 29, 2010

Hazrat Ali


Semalam selesai solat asar di surau syarikat, sambil memakai kasut di pangkin kaki lima surau, seorang jemaah bercerita tentang satu kisah di zaman sahabat. Dan saya sempat merakamkannya ke dalam memori untuk dikongsikan bersama pada laman ini.


Sahabat ini sedang sakit tenat dan sedang menunggu saat-saat kematiannya, berpesan kepada Hazrat Ali sebuah wasiat, iaitu supaya membahagikan harta peninggalannya yang berupa 19 ekor unta kepada tiga orang anaknya. Dan unta2 itu hendaklah dibahagikan hidup2 supaya dapat berkembang biak nanti. Anak pertama di berikan 1/2 bahagian. Anak kedua diberikan 1/4 bahagian, dan anak ketiga diberikan 1/5 bahagian. Tidak lama kemudian sahabatnya itu meninggal dunia.


Hazrat Ali pun merenung ke kejauhan mengenangkan sahabatnya itu dan wasiat yang di amanahkan kepadanya. Wasiat itu mestilah di tunaikan nya dengan penuh rasa tanggung-jawab kepada tiga orang yang kini sudah menjadi anak yatim piatu itu. Berat rasanya tanggung-jawab ini. 19 ekor unta untuk dibahagikan kepada tiga orang anak mengikut formula yang terkandung dalam wasiat sahabatnya, kini masih terngiang-ngiang di cuping telinganya.


Agak2 macamana nak bahagi-bahagikan unta2 itu?


Untuk anak pertama 1/2 dari 19 ekor = 9 ekor setengah....hmmm. Mana bisa pak.


Jeng jeng...Hazrat Ali yang memang terkenal sebagai seorang yang bijaksana di zaman itu, mula mencongak-congak dalam kepalanya bak Prof Einstein lagaknya.

Kemudian dia mundar-mandir sambil mengurut-ngurut janggut nya yang memutih itu. Setelah beberapa ketika dia terasa lapar pula. Maka dia singgah sebentar di sebuah gerai dan memesan teh tarik dan roti kuah kari. Kepalanya ligat berputar. Sel-sel otaknya bekerja overtime.

Ahah...idea sudah mari. Hazrat Ali dapat merasakan hikmah dalam wasiat sahabatnya itu. Maknanya sahabatnya itu sudah memikirkan dengan tepat dan adil pembahagian hartanya yang berupa 19 ekor unta itu kepada zuriat peninggalannya.


Orang kampung yang sejak dua tiga menjak itu turut pening kepala dalam masalah pembahagian harta pusaka ini turut merasa teruja. Hazrat Ali mengajak orang kampung sekelian berkumpul di rumah arwah sahabatnya tadi. "Hai orang2 kampung sekelian", jerit Hazrat Ali. "Pada hari ini aku akan membahagi-bahagikan unta-unta ini mengikut wasiat yang telah di amanahkan kepadaku, tidak lebih tidak kurang". Orang ramai menunggu penuh sabar.


"Aku aku pinjamkan seekor unta ku ke dalam kelompok unta2 arwah sahabatku ini."


"Jadi jumlah unta sekarang menjadi 20 ekor kesemuanya," jelas Hazrat Ali kepada para hadirin.


"Sahabatku mewasiatkan 1/2 bahagian kepada anak pertamanya, jadi 1/2 dari 20 ekor ialah bersamaan dengan 10 ekor. Jadi anak pertama mendapat 10 ekor unta."


"Untuk anak kedua, sahabatku mewasiatkan 1/4 bahagian, jadi 1/4 dari 20 ekor bersamaan dengan 5 ekor. Maka anak kedua akan mewarisi 5 ekor unta." Orang ramai tersenyum sambil mengangguk-angguk kepala mereka tanda berpuas hati.


"Dan anak ketiga mewarisi 1/5 bahagian, iaitu 1/5 dari 20 ekor bersamaan dengan 4 ekor. Jadi anak ini akan mewarisi 4 ekor unta peninggalan bapanya."


"Maka jumlah kesemuanya setelah dibahagikan mengikut wasiat ialah, 10 + 5 + 4 = 19 ekor unta, " maka selesailah pembahagian 19 ekor unta itu, kata Hazrat Ali kepada semua yang hadir.


"Maka dengan ini aku akan ambil semula seekor milikku yang telah aku pinjamkan di awal tadi," tambah Hazrat Ali. Orang ramai bertepuk tangan tanda berpuas hati dengan kebijaksanaan Hazrat Ali meraikan suasana.


Kesimpulannya dari kisah di atas ialah kita mestilah 'street smart' iaitu pandai menyesuaikan dengan suasana untuk mendapat sesuatu penyelesaian. Kita perlu fikir di luar kotak (out of the box) kerana kekadang fikiran kita ini di blok oleh sesuatu kebiasaan atau rutin, dan takut untuk mencuba formula atau cara-cara yang baru dan mudah sebenarnya. Budaya belajar untuk berlumba-lumba cemerlang dalam peperiksaan sepatutnya di ubah, supaya pelajar lebih peka kepada keadaan sekeliling dan boleh mengaplikasi ilmu yang ada, bukan sekadar teori semata.

@@@

7 comments:

al-lavendari said...

Salam
Minta maaf kerana enter frame sikit. Saya sangat kagum dengan kebijaksanaan Hazrat Ali itu. Saya juga bersetuju dgn saranan supaya berfikir diluar kotak. Saya pernah buat tekateki dalam blog saya dan minta pembaca menjawabnya dengan cara 'lateral thinking' atau 'thinking outside the box'.

"kenapa sorang Mamat tu tak mati atau tak cedera, walaupun dia melompat melalui tingkap di tingkat 42 sebuah bangunan pencakar langit ?"

Tekateki tu senang sahaja jawapannya kalau kita biasa berfikir secara terbalik . (Omputih kata berfikir cara "lateral thinking" atau "thinking outside the box")

rasanya sot dah tahu jawapannya.

sot said...

TQ Tuan hamzah@al-lavendari kerana sudi memberi komen yg bernas. Saya sangat setuju dgn Tuan. Sometime kita terlalu menumpukan kepada satu titik hitam pada sekeping kertas putih. Dan lupa memberi perhatian kepada keputihan yg memenuhi ruang di kertas putih itu sendiri. Jazakallah.

amir acap said...

hehehe..hebat tol hazrat ali ni..
tp sbnarnye yg hebat bapak kpade 3 org anak tu..sbb die da taw awal2 lagi..hehehe..

Unknown said...

..susahnya kita sekarang terlalu banyak menyoal sahinggakan perkara yang mudah menjadi susah..

sot said...

Betul tu amir acap, org dulu2 penuh dgn wisdom. Yang patut dicontohi oleh org kini2.


TQ pakmat, we need to go back to basic really. Life is simple.

mamadou said...

Assalamu'alaikum

I have heard that story before but this the first I read it carefully.

Yes indeed its teachs us how to solve the problems with amanah.

Thank you for sharing your thoughts

sot said...

Wa'alaikum mussalam. TQ mamadou for your constructive comment. I TQ again for your visit to my humble SOT. For that I have found your nice blog in return and you've been link since then.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...