Friday, January 15, 2010

Anda Pengunjung Bertuah

Anda pengunjung bertuah, kerana dikurnia Allah nikmat yang banyak. Dapat tidur nyenyak malam tadi, di ulik mimpi indah lagi. Di kembalikan ruh ke dalam badan untuk tersedar dan bangun dari tidur menjelang subuh. Menyedut dan menghembus udara Allah mungkin 11,520 kali sehari semalam. Meminum air dan memakan pelbagai citarasa makanan. Di kurnia pancaindera, perasaan dan segala deria. Hingga boleh faham apa itu suka dan duka, gembira dan kecewa, masam atau manis, pahit atau tawar, sejuk atau panas dan pelbagai lagi. Dapat barcakap, senyum dan ketawa. Nampak segak dan menawan, sihat walafiat, tiada anggota kurang upaya. Anda seorang yang bertuah, betul tak?

Di tambah lagi dengan pakaian penuh almari, kereta yang reliable, rumah yang lengkap perabut segala. Isteri yang cantek dan anak2 yang baik. Di kurnia Allah lagi kerja yang stabil di sebuah syarikat konglemerat. Ada gaji, ada wang simpanan, dan di berikan rezki melimpah ruah. Anda seorang pengunjung bertuah.

Allah bagi nikmat Islam dan Iman. Allah campakkan akidah yang kukuh. Dapat beramal soleh dan bertakwa pada-Nya. Alhamdulillah. Hubungan dengan Allah terus di jaga rapi. Sentiasa bergantung harap tiada pada yang lain melainkan Allah semata. Bersihkan diri dari sifat dengki, irihati dan segala penyakit hati. Mencintai pula majlis2 ilmu. Akhlak yang mulia, menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kira pangkat atau usia. Rajin berusaha, zuhud berdoa dan bertawakkal pada-Nya. Bertuah sungguh.

Nikmat mana lagi yang hendak kita dustakan? Allah kurniakan nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Dari hujung rambut hingga ke hujung ibu jari kaki, dari pemandangan saujana mata memandang hinggalah setiap degup jantung dalam dada. Semuanya milik Allah yang di amanah pada kita yang tidak di tarik balik setakat detik ini. Maka jagalah sungguh2 amanah itu. Syukurlah banyak2 akan nikmat2 ini. Lihatlah di Haiti, beribu sudah mati. Bersegeralah melakukan kebaikan dan cegahlah diri dari melakukan kemungkaran. Dapat membeza mana dosa mana pahala. Anda Pengunjung Bertuah, percaya dan yakinlah.

Selamat Maju Jaya dan mohonlah redha Allah semoga di penghujung jalan nanti ada kemampuan untuk melangkah masuk ke Syurga Allah bukannya tersungkur di pintu Syurga seperti manusia2 kufur nikmat yang banyak melata di muka dunia dulu kini dan selamanya. Jadilah seorang pengunjung yang benar2 bertuah.


@@@

10 comments:

al-lavendari said...

ya, saya sangat bersyukur dengan segala nikmat yang telah di anugerahkanNya.. dan sentiasa mohon supaya kesudahan hidup ini dalam iman. Satu peringatan yang baik. t.kasih kerana mengingatkan.

al-lavendari said...

yess..! saya jadi pengunjung pertama. Memang bertuah !

fzi said...

Pa...
Mama pengunjung ke 2... moga masih dalam senarai yang bertuah..hehe
Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah beri.. :)

sot said...

Tuan al-lavendari, anda memang pengunjung bertuah, bukan saja punyai keluarga bahagia, kesihatan yg baik, malah rezki yg alhamdulillah mencukupi. Tahniah Tuan.

geraugebang said...

Jangan kufur nikmat.

The Kelantan Times said...

Mudah-mudahan kita tergolong di dalam kalangan orang-orang yang bersyukur akan nikmat-Nya...

sot said...

Mama sungguh bertuah hari ini. Yes memang bertuah. Banyakkkan bersyukur atas segala nikmat Allah yg tidak terhitung banyaknya. Nikmat anak2 contohnya. Setengah orang tidak sebertuah kita. Alhmadulillah.

sot said...

TQ geraugebang sudi singgah. Nikmat yg banyak itu untuk kita syukuri, insyaAllah.

sot said...

TQ Muhammad-al-Fateh, kita sama2 berdoa semoga hidup kita dalam iman dan mati kita dalam iman, tahu mensyukuri nikmat yg banyak ini dengan membanyakkan amalan soleh.

Goldman said...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...