Saturday, July 04, 2009

Antara Fatwa Dan Taqwa


"Cuba kita lihat ke dalam diri kita ini, waktu solat zohor itu bermula pukul 1:16tgh dan berakhirnya pada pukul 4:44ptg, maka mengikut Fatwanya kita bebas mendirikan solat zohor itu antara masa tersebut, tapi kalau mengikut Taqwa yakni takutnya kita pada Allah, maka selayaknyalah kita bersegera untuk mengadap Allah itu sebaik sahaja selepas azan zohor itu dilaungkan", itulah antara isi ceramah Hj Munir di Surau Al Faaizeen yang sangat terkesan menusuk kalbu saya malam jumaat semalam.

Menyebut pasal taqwa ini, teringat saya petikan dari laman Pandangan Kasih yang menyatakan:

"Taqwa ialah takut kepada Allah"
Bila takut pada Allah, kita makin hari makin dekat dengan Allah. Sebabnya, kita akan tingkatkan usaha berbuat amalan sebanyak dan sebaik mungkin kerana takutkan Allah. Kita akan berusaha menjalankan perintahNya dan cuba untuk menjauhi laranganNya atas sebab takutkan Allah. Hasilnya InsyaAllah Allah makin dekat lah dengan kita.


Kita sebenarnya sudah banyak mengikuti majlis-majlis ilmu, mendengar bacaan hadis dan membaca kitab-kitab muktabar. Namun mari kita tanya balik, "sejauh manakah yakin kita pada Allah?" atau "apakah kita ini sekadar percaya saja?".

Hj Munir memberi sebuah analogi, katanya "Saya memanah sebijik epal yang diletakkan di atas sebuah batu besar dan panahan itu menepati sasaran pada setiap panahan without fail". Hj Munir manambah lagi "Saya melakukan rutin panahan selama 40 hari berturut-turut dan Hj Jo iaitu Timbalan Pengerusi surau menjadi saksi kehebatan panahan Hj Munir sepanjang 40 hari itu".

Maka pada hari yang ke-41, Hj Munir berkata kepada Hj Jo "baiklah tuan telah menyaksikan kehebatan skil panahan saya, maka hari ini apa kata saya letakkan buah epal ini di atas kepala Hj Jo untuk saya membuat panahan". Agaknya apakah jawaban Hj Jo kepada saranan Hj Munir tadi? Itulah bezanya antara percaya dan yakin.

Ibu kepada ulamak besar Syeikh Abdul Kadir Jailani dalam pendidikan awal kepada anaknya mengarahkan anaknya untuk solat sunat dhuha pada setiap pagi dan memohon kepada Allah agar memberikan rezki, sebelum ke dapur untuk membuka saji menjamu selera dengan rezki yang diberikan. Jadi rutin ini menjadi amalan anak kecil ini untuk sekelian lama, tanpa menyedari bahawa ibunya yang menyediakan sarapan di bawah saji untuknya. Syeikh Abdul Kadir Jailani begitu yakin bahawa Allah yang memberi rezki kepadanya. Dia khusyuk dan ikhlas memohon kepada Allah rezki setiap selepas solat sunat dhuha tadi pada setiap hari.

Pada suatu hari emaknya telah pergi ke pasar dan terlupa untuk menyediakan sarapan untuk anaknya. Syeikh Abdul Kadir seperti biasa membuat amalannya dengan penuh khusyuk dan keyakinan pada Allah. Setelah itu dia pun membuka saji di dapur. "Aik, mana rezki ku hari ini?", desus Syeikh Kadir Jailani dalam hatinya. "Ada yang tak kena ni". Dia pun terus pergi mengambil wudhuk dan solat sunat dhuha sekali lagi dan memohon pada Allah dengan penuh ikhlas melebihi dari sebelumnya. Namun setelah ke dapur untuk menikmati rezki Allah kepadanya, dia kecewa lagi.

Kali ni dia bertambah yakin bahawa wudhuknya mungkin tidak sempurna, pakaiannya mungkin tidak suci, dan solatnya mungkin tidak khusyuk. Maka kali ini dia akan membuat yang terbaik. Itulah tekad hati nalurinya. Yakin pada Allah. Bukan sekadar percaya tapi yakin. Setelah selesai solatnya yang penuh khusyuk itu, dia menadah tangan mengharap belas ehsan Allah merintih dan merayu dengan penuh kehambaan dan keikhlasan.

Kali ini setelah di buka saji terhidang sebuah hidangan untuknya. Dia pun menjamu selera dengan rasa syukur. Hidangan itu jelas lebih lazat dari biasa. "Mungkin Allah memberi rezki yang agak istimewa memandangkan aku melakukan ibadah lebih dari kebiasaan", bisik hati kecilnya.

Berbalik kepada ibunya yang berada di pasar, baru teringat yang dia lupa untuk menyediakan makanan untuk anaknya pada pagi itu. Maka bergegas pulang ia. Sesampainya di rumah di lihat anaknya baru selesai makan dan sedang berehat. Dengan kehairanan dalam hati, dia bertanya kepada anaknya apakah dia sudah makan. Maka jawab anaknya "Ya mak, cuma hari ini agak payah sedikit kerana anakanda terpaksa mengambil wudhuk dan mendirikan solat sunat dhuha sebanyak 3 kali". Tambahnya lagi "dan kelazatannya melebihi kebiasaan".

Itulah sebuah kisah betapa yakinnya pada Allah dalam kekuasaan-Nya melakukan sesuatu adalah ketaqwaan yang mengeratkan hubungan kita dengan Pencipta. Maka bagaimana kita sekelian? Dalam memdidik anak misalnya, apabila menangis disuapkan susu. Apabila sakit disapukan ubat. Seeloknya dalam masa yang sama hendaklah kita mentarbiyah anak bahawa ya susu ini boleh mengubat kelaparan anak tapi yang mengenyangkan anak ini adalah Allah. Yang menyembuhkan sakit kepala itu adalah Allah, bukan panadol atau minyak cap kapak. Tarbiyah ini kenalah berterusan. Biarlah dinyata berulang kali, tidak mengapa. Agar aqidah anak menjadi jitu dan padu sukar di ganggu gugat oleh anasir yang tidak sihat.

Tengoklah binaan bangunan 20 tingkat di ibukota. Mengikut logiknya binalah bangunan itu ke atas 20 tingkat, tetapi tidak, engineer dan arkitek sependapat bahawa binaan itu bermula ke bawah hampir sama dalamnya dengan 20 tingkat juga di perut bumi sebagai foundation untuk menampu binaan 20 tingkat da atas bumi itu. Itulah akidah yang kita maksudkan iaitu yakin pada Allah. Bukan sekadar percaya. Itulah iman.

Maka setelah umur kita yang sudah meningkat tua ini, di manakah level ketqwaan kita? Yakin kah kita pada segala janji-janji Allah, pada Syurga dan Neraka? Yakinkah kita pada segala wahyu Allah yang disampaikan melalui Rasulullah SAW. Atau kita masih sekadar percaya saja?

4 comments:

pencinta bahasa said...

salam ziarah..
blog yang menarik..
minta izin follow ya..

sot said...

Terima kasih tuan. Silalah follow.

yushida03 said...

salam.

analogi2 yg menarik. :)

School Of Tots said...

TQ tuan.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...