Monday, July 13, 2009

Sekitar Ijtimak


Berikut saya paparkan beberapa image untuk memberi gambaran suasana ijtimak yang dihadiri ratusan ribu umat Islam dari seluruh dunia itu.

Sesi bayan (penerangan) selepas solat subuh, selepas asar dan maghrib memenuhi ruang masa ijtimak untuk memberi kekuatan pada sebuah perjuangan yang diwarisi dari Rasulullah SAW untuk mengembangkan syiar dakwah ke seluruh pelusuk dunia. Seterusnya program2 khas bersama focus group seperti kelompok ulamak, mahasiswa dan professional bagi strategi terbaik dan motivasi jemaah berjalan dengan teratur. Dhuha, tahajjud, solat2 sunat yang lain diselang seli dengan tazkirah, membaca Al-Qur'an, syarah kitab fadhilat amal adalah antara ibadah pilihan.


























Kepayahan untuk membuang air, mandi dan mengambil wudhuk kerana jarak perjalanan yang jauh dan kekurangan bekalan air menjadi antara cabaran kecil yang terpaksa dialami. Mengambil wudhuk dengan sebotol air 1.5L menjadi rutin. Ia melatih diri kekal dalam wudhuk dan menghargai nikmat air yang Allah kurniakan.








Malah mandi juga sekadar mengelap badan atau membasahi kepala dengan sebotol air berukuran 1.5L itu juga sepanjang 4 hari ijtimak.Tidur beramai2 dengan teratur dalam ratusan saf di bawah khemah yang dapat memuat 10 ribu orang itu (khitta 1, 2 & 3) adalah pemandangan unik yang luarbiasa. Malah semasa program bayan berlangsung jemaah yang perlu rehat bebas 'taking a nap' dalam suasana santai. Terdapat 20 khitta kesemuanya termasuklah khitta untuk jemaah luar negara, khitta VIP/Ulamak, dan khitta untuk penyediaan makanan.
Makan berjemaah menggunakan dulang menjadi amalan untuk breakfast, lunch dan dinner. Ukhwah persaudaraan menjadi lebih utuh.

























Di luar sana ratusan gerai jualan memeriahkan suasana memberi rezki pada para peniaga. Dari jualan cincin2 zamrud dan batu2 permata, gerai sup dan nasi beriani, jubah dan kupiah, minyak atar, beraneka makanan dan minuman. Pendeknya macam2 ada. Khidmat refill air reverse osmosis juga di sediakan secara percuma sebagai sumber minuman utama para jemaah.

Saudara Kahar ahli jemaah halaqah BS, pada hari terakhir Ijtimak itu nampak sangat risau kerana anaknya Muzamil yang berusia 12 tahun itu masih tidak muncul setelah berjalan2 di kawasan gerai yang berderetan di luar sana selepas bayan subuh tadi. Sudah beberapa jam anaknya itu tidak dapat dikesan. Saya cuba menenangkanya dengan berkata mungkin dia keluar dengan pakcik kat sebalah tu, namun Kahar berkata bahawa pakcik tu sudah pulang pagi tadi. Setelah beberapa lama mata kami semua melilau kot2 ternampak si Muzamil yang berbaju biru itu sekitar khitah 1, 2 & 3 itu, namun masih tiada bayangan nya. Kerisauan meningkat.

Hj Munir menasihati Kahar untuk kembali kepada Pencipta dalam menyelesaikan musibah atau kesulitan. Solat dua rakaat dan menadah tangan memohon pada Illahi dengan penuh pengharapan. Semasa Kahar mengangkat takbir ratul ihram untuk solatnya itu, sekonyong-konyong saya dan Hj Munir melihat dari kejauhan Muzamil yang berbaju biru itu. Tanpa disedari ayahnya, yang penuh khusyuk dalam solat dan kemudian menadah tangan berdoa agar dikembalikan anaknya. Allah terus menunaikan permintaan hamba-Nya itu secara tunai.
Alllah hu Akbar.

Selesai doanya terukir senyuman menggantikan kerisuan di wajah Kahar melihat anak sulongnya, yang merupakan pelajar tahfiz di Kelang itu sudah muncul di sebelah Hj Munir. Rupanya Muzamil terjumpa kawannya dan membantu kawannya mencari selipar yang hilang sebelum menziarah gerai2 untuk membeli sebuah jam buat adik perempuannya di rumah.

Saya pula mengalami dua kali kejadian apabila bangkit dari "nap" seolah2 mendengar deraian hujan, seperti mana suasana pada pagi hari kedua Ijtimak yang diturunkan rahmat hujan yang agak lebat. Hj Munir menafsirkan bahawa bunyi deruan hujan yang saya dengar itulah adalah bunyi malaikat2 yang turun dari langit ke Ijtimak yang penuh barokah itu.


Teringat saya kata2 Sdra Sabri pelajar pondok dari Yala dalam bualan singkat denganya tempoh hari "mungkin tak banyak ilmu saya dapat di sini tapi saya mari ni hendakkan keberkatan majlis bersama para ulamak, kerana nur keberkatan itu tegak ke langit dari tapak ijtimak bersama malaikat2 berbaris dari langit yang berzikir dan mendoakan rahmat untuk kita semua tambahnya".


Rasa teruja melihat akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan gambar penutup Ijtimak di muka depan dengan ratusan ribu jemaah yang berangkat pulang, kerana saya adalah salah seorang yang menyertai Ijtimak kali ini.

Alhamdulillah.

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...