Sunday, July 12, 2009

Ijtimak Malaysia


“Dalam setiap perhimpunan jemaah Tabligh, 6 prinsip akan menjadi perkara utama yang dititikberatkan. Prinsip-prinsip tersebut adalah meninggikan kalimah tayyibah (la ilaha illallah), solat jemaah dan memakmurkan masjid, ilmu dan zikir, ikram muslimin (mengutamakan saudara seagama), niat yang ikhlas dan dakwah (tabligh).” Itulah penjelasan dari Sdra Sabri, kenalan baru saya di Ijtimak dari Yala yang kini menuntut di Pondok Kasa di Fatani.

Umat Islam itu walaupun banyak dari segi kuantiti tapi amat kecil dari segi kualiti imannya. Justru menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk berdakwah mengajak manusia kepada jalan yang lurus, iaitu yang di redhai Allah. Ikutlah cara dakwah Rasulullah dan para sahabat. Eye to eye face to face, ziarah menyeru pada jalan Allah. Ingat mengingati demi kebahagian dunia dan akhirat. Sungguh sadis untuk kaya di dunia tapi muflis di akhirat.

Pengalaman 3 hari menyertai Ijtimak di Nilai berakhir hari ini dengan begitu terkesan. Melihat umat Islam sejumlah 100 ribu dalam sebuah perhimpunan majlis ilmu, bersolat berjemaah, mengamimkan doa, tidur dan makan bersama dalam sebuah sistem yang teratur penuh barokah memang mengujakan saya. Terdapat 14 khemah besar yang menempatkan jemaah dari pelbagai bangsa dan negara. Fasiliti ijtimak yang dibangun dengan khidmat sukarela oleh jemaah tanpa upah material tapi hanya mengharap upah dari Allah semata.

Menarik penyertaan pelbagai golongan termasuklah yang pakai kaki palsu dan gigi palsu, Ulama' dan pemimpin, yang bongkok 90 degree, yang bertongkat, remaja dan kanak2, dari pengurus, businesman, profesor, mahasiswa, pelajar, ustaz, buruh kasar dan petani, dari India hinggalah ke Bosnia, melampaui tanah besar China hinggalah ke Indon. Sebuah usaha dakwah menegakkan panji-panji Allah tanpa sempadan.


Ikhtiar semasa hidup kerana bila mati harta berlonggok tiada guna sesen pun. Di samping keperluan makan minum, pakaian, tempat tinggal, keluarga dan kenderaan yang selesa, satu lagi keperluan tanpa pengecualian pada mana2 individu ialah Hidayah Allah. Kita mohon doa sungguh2 semoga Allah bagi faham bagaimana & dari mana datangnya Hidayah itu.

"Seorang fakir yang tiada naungan dari terik mentari, tiada makanan untuk dijamah, atau pakaian untuk dipakai jika berada dilandasan Hidayah Allah, adalah lebih berjaya di sisi Allah berbanding dengan seorang yang mewah segala tapi terkeluar dari landasan Hidayah Allah", itulah antara penerangan yang disampaikan oleh penceramah yang berbahasa Urdu dan di terjemah secara langsung oleh Ustaz Ab Halim (Imam masjid Sri Petaling) ke bahasa melayu. Orang yang punyai segala tapi tiada Hidayah Allah maka dia tetap gagal.

Terjemahan serentak ke dalam bahasa arab, thailand, cina, tamil, myanmar, dsb juga berlangsung serentak di kumpulan2 mengikut bahasa tadi di khemah masing2. Termasuklah juga bahasa isyarat oleh kumpulan jemaah pekak dan bisu.


Hidayahlah yang membezakan antara manafaat dan mudarat. Ibarat cahaya lampu suloh yang menyuluh jalan becak dan jalan kering. Hidayah adalah cahaya yang menyebabkan seseorang dapat membezakan manafaat taat kepada Allah dengan mudarat kufur kepada Allah. Manafaat menjadi Da'ie kerana orang yang menyeru kepada jalan Allah itu terselamat dari orang yang di seru, insyaAllah. Kesianlah pada mereka yang belum mendapat hidayah Allah.

Hanya Allah yang memberi hidayah dan hanya Allah yang memberi kesesatan. Hidayah akan datang dengan cara Rasulullah. Setiap cara ada tertibnya barulah Allah akan menzahirkan khudrat-Nya. Ibaratnya petani yang tanam sayur perlu gemburkan tanahnya, masukkah biji benih, dibajai dan sirami air untuk mendapat hasil sayur2an yang subur. Ibarat doktor perlu belajar ilmu kedoktoran untuk menjadi doktor bukannya belajar ilmu kejuruteraan. Dengan cara lain walaupun berkali ganda usahanya hidayah tidak akan datang. Apabila umat ini membuat usaha agama dengan cara Rasulullah maka insyaAllah hidayah yang menjadi keperluan tanpa pengecualian setiap individu itu akan menjadi milik kita.

Syaitan pula berfungsi sebagai penghias. Dia tiada upaya untuk menyesatkan manusia. Hanya Allah yang menyesat siapa yang ia kehendaki. Sehina-hina amalan dan sejijik-jijik perbuatan menjadi kerja syaitan sebagai penghias bagi nampak cantek dan elok. Maka kita minta perlindungan yang sebenar-benarnya dari Allah dari tipu daya syaitan itu. Manusia yang ingin buat taat Allah akan sentiasa tanpa putus asa di tarik ke belakang oleh syaitan. Menghalangnya dari terus maju ke depan pada jalan Allah. Syaitan adalah penghias yang hebat.

Biar ada peningkatan iman untuk kita merasa kemanisan iman. "Marilah kita berjanji untuk tidak meninggalkan solat walau apa keadaan sekali pun", merayu bunyinya dari pentas utama. Solat itu tiang agama. Tugas kita semua untuk mengajak manusia mendirikan solat. Bukanlah layak dipanggil muslim untuk orang yang gagal mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.

Berharaplah pada pertolongan dan belas ihsan Allah dalam segala hal. Dirikan solat 2 rakaat untuk memohon secara khusus atas segala kepayahan dan kesulitan. Jika ditimpa penyakit segeralah mengambil wudhuk untuk bersolat. Jika kehilangan sesuatu segera dirikan solat, mohon dari Allah. Barulah usaha lain. Dahulukan Allah dalam segala hal. Mohon Allah sembuhkan sakit kepala, barulah telan panadol 2 biji. Pengharapan pada Allah. Kita hamba-Nya.

Usaha dakwah memerlukan pengorbanan harta, masa dan tenaga. Mengikut kemampuan yang ada untuk keluar dari kepompong 'biasa' untuk berdakwah di jalanan mengajak manusia ke jalan Allah yang boleh dimulai dengan keluar satu hari sebulan untuk pelajar pada musim cuti, 3 hari sebulan, 40 hari setahun, 4 bulan setahun hinggalah satu tahun untuk ulamak. Pasanglah niat pada yang belum berkesempatan untuk menyertai jemaah dalam program tersebut.

Bak pengalaman yang dikongsi oleh seorang kawan lama saya Dr Nordin di blog nya
MGM#2 : “graduated” from jemaah tabligh in 1979 yang menjelaskan pengukuhan jatidiri dan kemanisan iman dari sesi praktikal dakwah yang bukan lagi sekadar teori dalam minda. Ijtimak Malaysia membawa seribu kepuasan yang menusuk qalbu. Jazakallah.

@@

2 comments:

azharjaafar said...

Terima kasih kerana menghadiri ijtimak. Perhimpunan mingguan dibuat pada setiap malam minggu di masjid bandar baru Sri Petaling.

sot said...

TQ kerana sudi komen. Dakwah itu tugas semua muslim, insyaAllah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...