- Solat adalah julung2 perintah yang diperintahkan oleh Allah SWT dan solatlah pula julung2 perkara yang akan disoal pada hari hisab.
- Takutilah Allah dalam perkara solat! Takutilah Allah dalam perkara solat! Takutilah Allah dalam perkara solat!
- Solat adalah satu2nya yang membezakan di antara iman dengan syirik.
- Solat adalah tanda Islam.
- Seorang yang bersolat dengan ikhlas dan khusyuk’ apabila masuk waktunya dan mengambil berat serta mengerjakan segala rukun2nya termasuk rukun2 yang mustahab pastilah ia seorang Mu’min.
- Dari segala seseuatu yang telah diperintahkan oleh Allah SWT, iman dan solat adalah lebih baik dari solat maka Allah SWT akan perintahkannya untuk para malaikat-Nya yang sesetengahnya sentiasa di dalam ruku’ manakala yang lainnya pula sentiasa di dalam bersujud.
- Solat adalah tiang agama Islam.
- Solat menghinakan syaitan.
- Solat adalah nur bagi orang Mu’min.
- Solat adalah jihad yang terbaik sekali.
- Allah SWT bermurah hati terhadap seseorang itu selagi dia bersolat.
- Apabila sesuatu bencana turun dari atas langit orang2 yang selalu ke masjid bertebaran dan terselamat.
- Jika setengah dari dosa2 besar orang Muslim itu mencampakkan ke dalam neraka Jahannam, maka api neraka itu tidak membakar bahagian2 badannya yang telah menempuhi bumi semasa dia sujud di dalam solatnya.
- Api neraka telah diharamkan ke atas bahagian2 tubuh orang yang telah menempuhi tanah dengan perasaan hina.
- Dari segala amalan, solat yang dikerjakan pada waktu2 yang telah ditetapkan adalah yang amat dicintai oleh Allah SWT.
- Allah SWT paling suka kepada perawakan seseorang apabila dia dalam bersujud, dahinya kena pada tanah dengan perasaan hina.
- Seseorang dalam keadaan sujud adalah paling dekat kepada Allah SWT.
- Solat adalah anak kunci ke syurga.
- Apabila seseorang berdiri dalam solat, pintu2 syurga dibuka dan segala tabir di antara dia dengan Allah SWT disingkap (asalkan dia tidak merosakkan solatnya itu dengan melakukan sesuatu yang makruh).
- Seseorang yang bersolat adalah seumpama dia mengetuk pintu rumah Allah SWT dan pintu itu adalah sentiasa terbuka untuk orang yang mengetuknya.
- Kedudukan solat di dalam Islam adalah seperti kepala pada badan.
Solat adalah Nur hati. Sesiapa yang mahu biarlah dia menyuluh hatinya itu (dengan bersolat). - Jika seseorang mahu dosa2nya diampuni Allah SWT maka hendaklah dia mengambil wudhu’ dengan sempurna, solat dengan khusyu’ dua atau empat rakaat solat fardhu atau nafil dan kemudian berdoa ke hadhirat Ilahi, maka Allah SWT akan mengampuni segala dosa2nya.
- Mana2 bumi yang di atasnya Allah SWT diingati dalam solat merasa bangga dari bumi2 lain.
- Allah SWT menerima doa seseorang yang berdoa kepada-Nya setelah bersolat dua rakaat.
- Allah SWT mengkabulkan apa yang dimohonkannya, kadang2 dengan segera dan kadang2 terlambat sedikit (untuk kepentingannya).
- Seseorang bersolat dua rakaat bersendirian dengan tiada sesiapa pun yang melihatnya kecuali Allah SWT dan malaikat-Nya sahaja, maka api neraka tidak akan menyentuhnya.
- Sesuatu doa itu dimakbulkan oleh Allah SWT setiap lepas seseorang itu menunaikan solat fardhunya.
- Api neraka terharam dan syurga diperolehi seseorang yang berwudhu’ dengan sempurna dan mengerjakan solatnya dengan khusyu’ menurut rukun2nya.
- Syaitan takut akan seorang Muslim selagi dia mengambil berat atas solatnya tetapi apabila saja dia mengabaikannya maka syaitan itu menguasainya dan berharap akan berjaya menyesatkannya.
- Solat pada awal waktu merupakan amalan yang paling baik.
- Solat adalah persembahan orang2 soleh.
- Solat pada awal waktu adalah amalan yang amat digemari Allah SWT.
- Di waktu fajar sesetengah orang pergi ke masjid manakala sesetengahnya lagi ke pasar. Mereka yang pergi ke masjid adalah pembawa bendera iman dan yang pergi ke pasar pula adalah pembawa bendera syaitan.
- Empat rakaat solat sebelum Zohur sama pahalanya dengan empat rakaat solat Tahajjud.
- Empat rokaat solat sebelum Zuhur dikira sama seperti empat rakaat solat Tahajjud.
- Rahmat Allah SWT dicucuri ke atas hamba-Nya yang bersolat.
- Solat tengah malam amatlah dihargai tetapi amatlah sedikit bilangan orang yang mengerjakannya.
- Jibril AS datang kepadaku lalu berkata: “Hai Muhammad! Berapa lama pun yang kamu hidup kamu akan mati jua pada suatu hari nanti dan kamu mungkin mencintai siapa saja yang darinya kamu akan berpisah pada suatu hari. Sesungguhnya kamu akan menerima balasan ke atas apa jua yang kamu kerjakan (baik atau jahat). Tidak syak, kebesaran seorang Mu’min itu adalah dalam Tahajjudnya dan kemuliaannya adalah dalam keredhaannya dan kesabarannya.
- Solat dua rakaat di tengah malam adalah lebih berharga dari segala kekayaan di dunia ini. Jika tidak kerana aku takut ia menyusahkan ummatku, akan kuwajibkannya.
Teruskanlah solat Tahajjud kerana ia adalah perjalanan orang2 yang soleh dan cara mendekati Allah SWT. Solat Tahajjud menjauhkan dosa, menyebabkan dosa terampun dan menyihatkan kesihatan badan. - Allah SWT berfirman: “Hai anak Adam! Janganlah malas dalam mengerjakan solat empat rakaat Isyraq kerana Aku akan memurahkan rezekimu dalam usaha2mu pada keseluruhan hari tu.”
Maka marilah kita semua menjaga solat kita dengan sepenuh hati demi menuju redha Illahi yang kita sebagai seorang Muslim dambakan dari Pencipta kita. Itulah teman penyelamat dunia dan akhirat.
Bagi yang masih belum dikurniakan hidayah Allah untuk bersolat, insaflah dan sedarlah mulai hari ini bahawa walau segah mana pun pencapaianmu atau berbillion harta benda mu, maka di sisi Allah itu semua tiada nilaiannya jika kau masih alpa dan lara dari mendirikan solat yang di fardhukan itu. Walaupun berjaya menipu sesama makhluk dengan kepetahan dan kecerdikanmu, namun usahlah menipu diri sendiri dan menjadi seorang yang bodoh dan bebal kerana Allah itu Maha Mengetahui dan kau tidak bisa menipu-Nya. Semua kita akan mati. Jadikanlah ini ingatan dari ku buat mu. Janganlah biarkan diri kita di bakar api neraka Allah.
Moving Forward:
- Dirikanlah solat 5 waktu sehari semalam hingga ke akhir hayat. No more excuse !!
- Tingkatkan kualiti solat kita contohnya solat berjemaah, solat di awal waktu, khusyuk, dan menjaga yang rukun dan sunat. Keep improving !!
- Dirikan solat2 sunat ibarat meraih dividen dari sebuah pelaburan atau nett profit dalam usaha perniagaan. Be smart !!
- Tidak solat = Munafik = Kafir = Bukan Islam. Kerana solat adalah Tanda Islam, Tiang agama dan Persembahan orang2 soleh. Janganlah mengaku Islam kalau engkau sebenarnya bukan Islam. End of story. Insaflah !!
Janganlah kata tiada peringatan. Jazakallah.
@@@
@@@
No comments:
Post a Comment