Saturday, May 16, 2009


Hari Guru di sambut pada 16 Mei setiap tahun semenjak tahun 1972 sebagai menghargai sumbangan guru kepada para pelajar khasnya dan masyarakat amnya. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tahun ini adalah kali ke 39 sambutan Hari Guru dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa. Pelbagai tema telah dipilih untuk sambutan Hari Guru saban tahun. Berikut saya paparkan untuk tatapan:
  1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
Di sekolah rendah dulu dua orang guru yang masih kekal dalam ingatan saya. Yang pertama ialah Cikgu Abdullah yang dikenali dengan gelaran Cikgu Lah. Dia mengajar Bahasa Malaysia. Yang saya syok ialah kerana dia suka bercerita dalam kelas. Penyampaiannya sangat hidup. Anak murid nya seronok. Cerita rakyat seperti kisah2 Sang Kancil menjadi pilihan.

Yang kedua ialah Cikgu Ainordin. Di berasal dari Perak dan mengajar Matematik dan aktif dalam sukan hoki. Sangat dedicated dalam tugas dan berjaya memotivasi murid. Atas dorongan dan kelas tambahan beliau banyak membantu saya berjaya hingga layak ke sekolah berasrama penuh. Terima kasih cikgu.

Di sekolah menengah cikgu yang agak menonjol dan kekal dalam memori ialah Cikgu Mohd Soyong, seorang Cina Muslim. Dia salah seorang guru disiplin. Ramai pelajar mengingatinya sebagai cikgu yang paling power dalam libasan rotan ke punggung pelajar semasa 'public canning'. Memang berbisa.

Seorang lagi guru saya ingat ialah Puan Faridah. Orangnya kecil tapi sangat dedikasi. Para pelajar sangat menghormati beliau. Khabarnya beliau baru saja bersara dua tahun lepas. Guru kelas saya semasa di tingkatan lima ialah Miss Chan, guru kimia. Lembut dan tak gheti nak marah. Jasa mu di kenang.

Malam tadi anak kedua saya meberitahu dengan gembira bahawa dia akan jadi juruacara di sambutan Hari Guru sekolahnya pada hari Isnin ini. Saya ucapkan tahniah kepadanya. Saya memberi cadangan supaya di selitkan beberapa rangkap pantun penyeri majlis. Saya juga mengesyorkan agar di bacakan terjemahan Hadith Rasulullah perihal peranan guru dalam masyarakat dan ganjaran menyampaikan ilmu.

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda yang ertinya: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia." (Riwayat al-Tarmizi)

Begitulah mulianya peranan seorang guru. Segala kebaikan mereka ada nilaian nya di sisi Allah, InsyaAllah.

Mari Belajar Dalam Taman
Pandu Cermat Jiwa Selamat

Jasa Guru Sepanjang Zaman

Penuh Dedikasi Mendidik Umat


Selamat Hari Guru !!

2 comments:

yushida03 said...

salam.

Ms Chan atau lebih dikenali sbg Mama Chan adalah juga cikgu kimia saya semasa Ting 5. Mmg jenis yg x reti nk marah... pelajar2nya dibahasakannya 'adik-adik'.. :)

School Of Tots said...

TQ yushida03...cikgu klas ambo tu 5 Alpha, very nice lady.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...