Sunday, May 10, 2009

Khatam Buku




Saya sudah khatam ketiga2 buku karya Ustaz Hasnizal iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga & Rindu Bau Pohon Tin. Banyak pengajaran dan kata-kata hikmah dapat di ambil dari susun atur jalan cerita yang santai tapi benar pengalaman Ustaz itu. Merangkumi persoalan remaja, melanjut pengajian ke luar negara, pengalaman hidup di Eropah, misi dakwah dan motivasi serta pelbagai sumbangan kepada masyarakat. Saya agak puas dengan ketiga2 buku ini. Semoga Ustaz Hasnizal tidak kekeringan idea dan bahan untuk terus berkarya dan berdakwah.

Minggu lepas isteri saya singgah di Perpustakaan Awam dan meminjam sejumlah buku untuk santapan minda. Antaranya adalah koleksi Hadith pedoman hidup keluaran Telaga Biru yang berkulit keras, sungguh mantap kalau dibuat koleksi di rak buku kat rumah. Namun content nya itu yang sangat mahal untuk sama2 digali ilmu dan intinya. Buku perkaya minda. Mamang benar.

No comments:

MAKE AMERICA GREAT AGAIN

MAKE AMERICA GREAT AGAIN Trump wanna stamp his present as soon as he take office in Febuary. He wanna make america great again. In his own w...